58

1.6K 276 49
                                    

Auckland, New Zealand

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Auckland, New Zealand

3 bulan kemudian...

"The charm of this coffee is its strong chocolate powder that comes into the mouth at the end. It..." Tangan sibuk mengemaskan apa yang patut, tapi telinga masih setia mendengar satu-persatu butir bicara si rakan sekerja.

"Ugh, so tired." Dareena cuma senyum. Sejujurnya, dia pun penat. Tapi apa boleh buat. Memilih untuk kerja di sini pun pilihannya. Jadi chef di sini memang memenatkan. Lebih banyak masa dihabiskannya di sini berbanding di rumah. Padahal, niat asalnya untuk bekerja di sini hanya untuk luangkan lebih masa dengan ibu dan kakaknya.

"You're sweating. I mean..a lot. Because of this," ujar si wanita berambut perang itu sambil menghalakan jari telunjuknya pada hijab di kepala Dareena.

Dareena cuma senyum nipis walaupun sudah pasti senyumannya tidak dapat dilihat. Memandangkan ada purdah yang dipakainya.

Hijab yang tersarung elok di kepala dibetulkan. Dalam pada dia menambah ilmu berkaitan bakeri di negara luar ini, dia juga meluangkan masa lebihannya dengan mendalami ilmu agama dengan ibunya di sini. Ibu merupakan guru agama di tempat tinggalnya di Auckland, New Zealand. Walaupun jumlah pelajar hanya sedikit di sini, penerapan belajarnya masih berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sudah dua bulan dia berjinak-jinak dalam pemakaian hijab dan juga dalam fasa memperbetulkan pemakaiannya. Tapi tak ada sedetik pun rasa rimas kerana pemakaiannya ini. Lebih-lebih lagi, kali ini dia juga dalam cubaan perlahan-lahan berpurdah.

Sejujurnya, pada awalnya, memang ada rasa tidak selesa atau rimas yang bertandang di hati. Tapi lama-kelamaan, dia rasa makin selesa. Selesa berpakaian sebegini. Mungkin juga kerana niatnya yang terbuku dari dulu lagi dan juga berkat doa orang sekeliling.

"Reena..." Wanita itu mendekatkan dirinya pada Dareena. Tangan sudah menongkat dagu.

"Yes?"

"First of all, sorry if my question seems rude but somehow..don't you feel the need to take this off? I mean..." Wanita itu mengetap bibir apabila pergerakan Dareena terhenti. Fokus mata Dareena mula tertumpu padanya. Dapat dia lihat sepasang mata cantik wanita berhijab itu seolah-olah sedang tersenyum padanya.

"Kate, in Islam, every drop of sweat, every hardship we face due to our hijab and clothing, all of these..will be rewarded. I don't think I would take this off easily. I'm trying to be better. I hope you can support me too." Senyum Kate memudar. Wajah Kate kelihatan kelat.

"Reena, I'm sorry. I'm just curious. That's all. I don't know much about your religon but nevertheless, you still could rely on me. I got your back, bestie!" Dareena melepaskan tawa kecil.

"And I think that's great too. Cause you look beautiful when wearing this. And I guess that's why our team leader seems to be interested in you." Dareena lantas diam. Dia menggeleng perlahan. Dia perasan cara layanan ketua team padanya, tapi dia masih tahu batasnya.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now