SWEATER hitam yang tersarung pada tubuh itu ditilik untuk kesekian kalinya. Bau macam baru je..macam tak pernah pakai! Hmm, mungkin sebab banyak sangat kut baju yang Danish ada. Jadi yang tak berkenan dia tak pakailah. Mudah betul hidup!
Selesai menilik, rambutnya turut disisir rapi. Tak ada getah rambut, serabut pulak jadinya! Semua dia tak prepare! Getah rambut tak prepare, pakai baju warna gelap dia tak prepare, makanan lagilah dia tak prepare!
Tapi manalah dia tahu tiba-tiba akan terperap kat rumah Danish ni. Sekarang hujan dah lebat balik, waktu dah menginjak lewat petang. Esok dia kerja, Danish pun kerja. Takkan sampai malam diaorang nak duduk kat sini? Haih.
Danish okay lah. Semua barang dia dah ada sini. Kalau dia? Hmm. Macam persiapan fizikal dengan mental je? Yang lain memang kosong. Gila ke nak pergi kerja esok pakai baju sama?! Ya Allah, dah lah baju tu pun dah basah. Kalau nak minta cuti? Hmm, nanti apa pulak kata Cik Shopee. Mesti ingat dia nak mengelak dari buat kerja tambahan.
Langkah kaki dihayun merata tempat di sekeliling bilik. Bilik besar-besar kalau tak buat room tour sayanglah kan? Jadi tak apa, dia akan buat bagi pihak Danish!
Mulut bernyanyi kecil lagu yang terlintas di fikiran. Dengan suasana hujan yang belum lagi reda, ditambah pula dengan pendingin hawa, memang sejuk! Boleh meremang bulu roma! Otaknya ligat memikirkan tentang apa yang dilakukan Danish sekarang, tapi kaki masih lagi melangkah ke sekeliling bilik. Leka menilik.
Satu-persatu sudut di dalam bilik itu dilaluinya. Bukan sekadar lalu, bila nampak sahaja barang-barang yang menarik perhatian, confirm akan disentuhnya juga! Contohnya swing chair di dalam satu bilik tersembunyi di dalam bilik tidur itu.
Bilik dalam bilik.
Ya, macam kedengaran unik sikit peta bilik Danish ini. Sudah macam maze! Masuk sahaja ke dalam bilik yang dianggap tempat tersembunyi itu, ada satu sudut bacaan yang dia anggap Danish pun tak pernah jejak lagi. Huh, nampak bilik tak macam sepadan langsung dengan tuan! Jenis macam Danish pun suka membaca ke? Nampak style macam lebih kepada tengok movie.
Langsir yang menutupi ruangan itu diselak sedikit. Lah, cantik sangat ni. Ada gelangsar kaca. Kalau bukak je gelangsar kaca tu, mata terus dapat menjamah pemandangan cantik beranda bak Japanese style. Memang sesuai dihias di sebelah ruang bacaan. Tenang sangat!
Okay, sekarang, tempat seterusnya pula!
Kaki dihayun mengikut kata hati. Yang mana dia nak tuju, dia tuju. Pintu sebelah wardrobe itu dikuak. Mulutnya terlopong sedikit apabila melihat sesuatu yang amat menarik perhatiannya. Kaki terus dituju kearah alat muzik tersebut.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...