Hi, sorry for the 2k words in this chapter 🤍 Saya tak tahu if ada ke tak yang still tunggu chapter baru untuk story ni, but apa pun thank you! 🫂
***
BEKAL yang disediakan Dareena dijamah dengan seleranya. Walaupun termasuk hari ni, sudah beberapa hari Dareena tidak menyapanya, tapi isterinya itu tetap menyediakan bekal kepadanya seperti biasa. Bila dia balik rumah pun, akan ada makanan yang sudah tersedia di dapur.
Tapi hanya sesekali sahaja wajah Dareena akan menjamah pandangannya. Entahlah. Tinggi lagi rasa serba salahnya pada Dareena berbanding rasa serba salahnya pada Luna. Padahal yang menjadi target marahnya ialah Luna dan bukannya Dareena.
Fikirannya cuba dikosongkan untuk seketika. Namun, makin dikosongkan, makin dia teringat akan kata-kata Dareena padanya tempoh hari.
"Danish! Apa masalah you ni?!"
Lengan Dareena yang ditariknya ditepis kasar. Tampak jelas kemarahan pada wajah Dareena yang mungkin sudah tidak boleh disembunyikan lagi.
"Reen, kau percayakan dia? Aku tak," balasan selamba Danish membuatkan Dareena baran.
"Kalau you tak percayakan dia sekali pun, perlu ke you koyak buku tu macam tu? Perlu ke? Damn, Danish. You're too much! Your trust issue with her got nothing to do with that book!"
"No, my trust issue got something to do with that book! Aib dia aku pegang tau, aku tak pernah bagitahu orang. But then she told everyone about me in that damn book! Dan aku tak nak hanya disebabkan tu, kau dah tak akan boleh terima buruk aku."
Hujung bibir Dareena ternaik sedikit. Sinis. Seakan-akan memperlekehkan semua yang diomongkan oleh Danish.
"Apa you cakap? I tak boleh terima buruk you? Habistu selama ni I buat apa? Sabar I dekat you tu selama ni apa? Sabar sebab kebaikan you? Hmm?" Danish terdiam.
"You want to know the truth? I sebenarnya dah baca sampai habis dah pun buku tu. What do you mean by I tak boleh terima buruk you when I literally did feel upset when I read about that! But then I still tried to endure it, sebab I yakin you dah berubah! And Luna pun tak ada mention benda yang jelas pun pasal tu. But I know the person is you! Tapi you tahu tak apa yang dia bagitahu dalam tu?"
"Dia cakap yang semua salah you pada dia, dia dah maafkan. But then you—"
"You know what, I'm upset with you. For real! Too childish! Sampai baik buruk pun tak boleh nak fikir!"
"Reen..tapi still, aku rasa sangat Luna dengan Qiu tu ada rancang benda tak elok."
"You rasa? Rasa? That's a freaking opinion, not a fact! Jangan tuduh melulu untuk sesuatu benda yang you pun tak sahih."
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...