21

2.3K 265 39
                                    

         BUNYI jam loceng berkali-berkali kedengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         BUNYI jam loceng berkali-berkali kedengaran. Telinga yang tidak sanggup mendengar membuatkan saluran otak cuba memproses tangan untuk bertindak segera. Cahaya yang menerangi ruang bilik bagaikan memberi isyarat kepada matanya untuk bersedia celik.

"Kenapa..." ayat Danish terjeda seketika tatkala hembusan nafas seseorang jelas menerjah telinganya. Perlahan, tetapi terlalu jelas!

Perlahan-lahan, matanya dicelikkan. Terkelip-kelip matanya tatkala menangkap wajah Dareena yang masih lena dibuai mimpi. Sangat hampir!

Ingin sahaja dia menjerit sekarang, tapi disebabkan dirinya yang masih lelaki itu, segera niat itu dibatalkan. Otaknya kembali cuba memproses apa yang berlaku semalam.

"Dareena, elektrik dah-" Tersedar akan Dareena yang sedang berbual dengan ibunya di talian, segera ayatnya dibiarkan terjeda. Posisi Dareena juga mengiring membelakanginya. Membuatkan Dareena tidak dapat melihat reaksinya tika ini.

Matanya cuba dipejamkan perlahan-lahan. Cuba membuang perasaan takut yang makin menyelubungi dirinya itu. Namun, makin dibuang, makin gementar jadinya.

Perut sudah mula memberi reaksi. Sakit. Dipegangnya bahagian perut itu dengan tangan yang turut sama mencengkam bahagian tersebut. Perutnya kadangkala bagaikan ditusuk-tusuk setiap kali keadaan menjadi gelap-gelita seperti ini.

"Danish, you okay tak ni?" suara Dareena menjengah pendengarannya. Dia menggeleng perlahan. Peluhnya mula dirasakan menitik jatuh pada dahi.

"Sa..kit."

"Kejap. I carikan—" Tangan Dareena dicapai laju. Kepala digelengkan. Menghalang Dareena untuk bergerak ke mana-mana.

"Just..stay here."

"Danish..."

"Danish!" Panggilan Dareena itu sayup-sayup kedengaran di telinga sebelum matanya mula menjadi kabur.

Danish menelan liur. Kali terakhir dia cuma ingat yang Dareena sedang panggil nama dia. Entah apa yang terjadi lepastu pun dia tak tahu. Tapi macam mana dia boleh pitam sampaikan tertidur ni?

Dan sedar-sedar subuh ni..Dareena sudah ada dalam pelukan dia.

Mata dilirikkan pada tangannya yang masih melingkari pinggang Dareena. Alamak, adakah dia terambil kesempatan dalam kesempitan semalam?

Perlahan-lahan, tangan dialihkan dari tubuh Dareena. Bibir diketap. Tiba-tiba malu untuk mengejukan isterinya itu.

"Dareena..." Akhirnya Danish menebalkan mukanya jua untuk memanggil. Perlahan sahaja Danish mengejutkannya. Bahu Dareena ditepuk-tepuk berulang kali. Dia mula bangun dari pembaringan. Rambut yang sudah serabai dikemaskan sedikit.

Skrin telefon ditekan. 6.40 pagi?!

"Dareena..." Dengan suara serak basahnya, nama Dareena diseru lagi.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now