7

3K 302 30
                                    

      SUARA bacaan Al-Quran kedengaran memenuhi ruang bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      SUARA bacaan Al-Quran kedengaran memenuhi ruang bilik. Berlagu dan merdu. Jarang-jarang sekali waktu awal paginya disajikan dengan bunyian seperti itu. Sesekali rasa terbuai pula.

Danish perlahan-lahan bangun daripada pembaringan. Cahaya yang menerobos terus ke wajah membuatkan dia menggeliat kecil. Mata ditenyeh-tenyeh. Cuba mendapatkan gambaran jelas tentang apa yang dilihatnya.

Bacaan Al-Quran itu membuatkan dia terleka. Walaupun dia tidak tahu surah apa yang dibaca oleh Dareena, tapi setiap bait ayat itu dapat membuatnya terpaut.

"Sadaqallahulazim..." Tatkala ayat itu kedengaran, Danish segera membetulkan posisi duduknya. Rambut yang sudah serabai dikemaskan sedikit.

"Dareena," panggilnya.

Terkejut dengan nama yang tiba-tiba diseru, pantas sahaja Dareena menoleh ke belakang. Danish melalui penglihatannya sedang termangu di katil, dengan renungan yang bagaikan mempunyai maksud.

"Eh, I kejutkan you ke?" Danish masih diam. Lambat-lambat dia baru menggeleng. Menidakkan soalan Dareena itu.

Tindak-tanduk Dareena diperhati. Al-Quran itu diletakkannya semula di rak usai dia siap baca. Huh, dia pun tak ingat bila masa dia simpan Al-Quran. Rasanya dah berhabuk Al-Quran tu.

Dia nak sentuh dan baca balik pun macam agak susah. Memandangkan sudah lama dia tinggal. Terkial-kial la sedikit.

Dareena kembali duduk di atas sejadah. Mungkin juga sedaang menunggu azan subuh.

"Kau memang pura-pura baik depan aku ke macam mana ni?" Ayat yang terlontar dari mulut Danish membuatkan Dareena agak terkedu. Tapi dia masih memaniskan wajahnya dengan senyuman nipis. Nak layan orang macam Danish ni kena kesabaran yang tinggi sikit.

Mulut memang tempah cili!

"Lancangnya mulut. You ingat you Raqib ke sampai I kena buat baik depan you?" Dahi Danish sudah berkerut. Bebola matanya digulingkan keatas. Baru hari kedua kahwin dah sebut nama lelaki lain? Memang banyak scandal ke apa si Dareena ni?

"Siapa Raqib? Skandal kau yang mana pulak ni?" Tuduh Danish melulu. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Sinis.

Dareena memejamkan matanya seketika. Nafas ditarik dalam. Masih lagi cuba bersabar. Geram betul dengan si Danish ni. Tahu nak tuduh bukan-bukan, marah sebab benda bukan-bukan je. Apa, muka dia ni nampak macam muka simpan ramai skandal ke apa?

"Raqib tu..malaikat yang catal amal kebaikan." Danish terdiam. Masih cuba memproses pernyataan Dareena itu.

"Yang catat keburukan pulak nama dia Atid," ujar Dareena dalam lembutnya. Satu-persatu dia cuba berikan penerangan agar Danish sudah tidak salah faham lagi.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now