KEPALA yang masih berpinar dipegang. Sumpahlah ni penangan bila teguk minuman keras bila dah lama minuman beralkohol tu dia tinggal. Rasanya hampir 2 tahun jugak. Entah setan apa yang hasut dia sampai macam tu sekali.
Huh, setan Qiu mungkin.
T-shirt biru gelap berkolar disarungkan pada tubuh. Dipadankan pula dengan seluar straight cut khaki yang menjadi pilihan mata.
Keluhan beberapa kali terlepas di bibir. Fikirannya kembali terbuai tentang kejadian semalam. Apa yang dia dah buat...
Sebab bangun sahaja pagi tadi tubuhnya sudah berada dalam bilik. Baju masih tersarung pada tubuh tetapi dua butang atas sedikit terbuka.
Minda cuba memproses kembali apa yang berlaku semalam. Bibir diketap. Kepala tergeleng sendiri. Ah, lupakan! Harap-harap dia tak cakap mengarut, tak buat benda mengarut. Tu dah bernasib baik!
Kaki melangkah ingin keluar. Pintu bilik dikuak. Serentak itu juga, pintu bilik di hadapannya turut sama terkuak. Untuk seketika, dia bagaikan terbuai dengan penampilan gadis di hadapannya itu. Rambutnya yang melepasi bahu itu digayakan dengan reben hitam yang diikat pada belakang rambut.
Perasan akan mata Dareena yang masih terhala padanya, cepat sahaja Danish mengalihkan pandangan. Jelas melalui ekor matanya hujung bibir Dareena yang ternaik sedikit. Aduh, kenapa dia rasa tak selesa ni!
Lantas, langkah segera dipercepatkan ke ruang tamu. Tawa kecil Dareena yang kedengaran cuba untuk tidak dihiraukan. Perlahan, tapi masih membuatkan hati dia yang mendengar sudah jadi makin tak selesa. Aduh, matilah. Mesti ada sesuatu yang dia terlepas cakap semalam ni!
"Danish? Danish balik bila ni sayang?" Langkah yang laju ingin terus keluar dari rumah terbantut tatkala mamanya menegur. Kepala terteleng sedikit ke belakang. Risau bakal bertembung lagi dengan Dareena.
"Er, Danish balik semalam. Lewat malam. Kerja dah siap kan, baik Danish balik terus aje." Terang Danish sedikit kalut. Memandangkan hanya sekadar jawapan rekaan semata-mata!
Lagi pula, kalau mama tahu dia jejak kaki ke kelab malam balik, matilah dia!
"Tak nampak pun kereta Danish kat luar? Kereta yang satu lagi tu ada la."
Aduh, banyak pula benda yang ingin disoal mama sekarang.
"Danish... Er, Danish suruh kawan Danish hantar. Sebab Danish tak larat sangat nak drive semalam." Baru sahaja Danish ingin melangkah pergi, satu lagi soalan terpacul dari mulut mama.
"Oh, dah ni bersiap bagai ni nak pergi mana? Kan hari ni cuti. Ke nak hantar Reena balik?" Belum sempat soalan itu Danish jawab, Dareena yang mendekati mama dan dirinya membuatkan mulutnya bagaikan terkunci. Pandangan langsung tidak dihalakan pada wanita itu.
"Aunty... Reena dah nak balik," suara lembut itu turut menyapa pendengarannya. Entah kenapa, Danish masih membatu di situ. Walhal hati sudah ingin berlalu pergi.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...