6

3.1K 302 32
                                    

         DAREENA cuba mengintai sekeliling bilik. Ketiadaan Danish membuatkan dia akhirnya lega untuk menyalin pakaiannya. Seharian pakai dress, fuh!

Gila tak panas?

"Dareena!" Membulat matanya tatkala suara Danish itu tiba-tiba kedengaran dari satu arah. Zip belakang yang sudah hampir terbuka cepat-cepat dizipkan kembali keatas sehingga membuatkan rambutnya mula tersangkut pada zip dress.

Matilah, mati!

"Daree—"

"Daripada you masuk, baik you keluar balik!" Nada suaranya ditinggakan sedikit. Sedar akan suara yang mula meninggi itu, pantas sahaja mulutnya ditekup.

"Er, maksud I... You kena keluar." Langkah Danish terhenti. Masih tidak faham dengan apa yang berlaku tapi dia hanya turutkan jua kehedak tersebut. Langkah kembali diatur ke beranda.

Hilang sahaja kelibat Danish dari pandangan, rambutnya sedaya upaya ditarik dari zip.

Masih tidak berhasil. Lagi sakit adalah!

Keluhan dilepaskan. Sejurus itu kaki mula melangkah perlahan ke beranda. Langsir yang menutupi gelangar kaca itu diselak. Kelihatan jelas Danish yang sedang termenung di beranda. Memerhatikan langit yang langsung dia tak nampak mana bintangnya.

Maghrib macam ni pandang langit buat apa?! Panggil kawan dia ke?! Ya lah, waktu maghrib biasanya kawan dia selalu berkeliaran.

Gelangsar kaca itu dibuka. Hanya wajahnya sahaja yang terjengul keluar.

"Hai." Danish memalingkan tubuhnya. Keningnya bertaut, tidak faham dengan sengihan Dareena padanya itu.

"What?"

"Can you lend me your help?"

"Nak apa? Straight to the point aje. Aku tak suka ayat bertapis-tapis ni." Dareena hanya tayang sengih. Sebelah tangannya dilambai-lambaikan. Memberi isyarat kepada Danish supaya menyuruhnya masuk.

Lambat-lambat Danish menuruti permintaan tersebut. Walaupun masih tak faham dengan kelakuan pelik Dareena tu. Padahal tadi nak sangat dia keluar.

"Kau ni memang nak kahwin dengan aku buat kali kedua ke apa? Dengan dress yang tak salin lagi. Tak panas ke?" Dareena cuma menahan telinganya dari bebelan Danish. Hanya sengihan yang dipamerkan.

"Tolong I..." Rayuan Dareena membuatkan dahi Danish makin berkerut. Apabila Dareena mula memusingkan tubuhnya, barulah permintaan tersebut difahami.

Wajah Dareena sudah membahang. Dia sedar dia bukannya wanita yang tutup aurat dengan sempurna pun selama ini. Tapi belum pernah lagilah belakang tubuhnya itu terdedah. Hanya dari segi rambutnya yang terdedah itu sahaja auratnya tidak terjaga. Jadi, bila terpaksa mintak bantuan Danish ni, dia agak...

Er, segan?

"You buat sambil pejam mata boleh?" Pintanya perlahan.

"Rambut kau ni tersangkut kat zip. Kalau tak tersangkut, tak apalah jugak aku nak tutup mata pun." balas Danish tenang.

"Aww, gentle." usik Dareena sengaja.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now