10

3.3K 330 74
                                    

          GELAK ketawa dari dapur itu membuatkan dahi Danish sudah berkerut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          GELAK ketawa dari dapur itu membuatkan dahi Danish sudah berkerut. Wah,meriah lain macam! Sorang-sorang mengilai macam mak lampir. Perempuan memang macam ni ke?! Sudah lah dia rasa penambahan ahli keluarganya cuma Dareena, tak ada insan lain.

Laju langkah Danish dihala ke dapur. Suara yang bila-bila masa sahaja bakal membuatkan telinga dia bernanah itu makin lama makin kuat kedengaran. Baru kaki kanan selamat mendarat ke bahagian dapur, tepung yang tiba-tiba entah dari mana terbang mula melekat ke wajahnya.

Rahangnya diketap. Mata tertutup rapat apabila tepung itu agak membataskan matanya untuk kembali dicelikkan. Namun, dalam keadaan dia sedang menahan geram, jelas kedengaran tawa seseorang yang sangat dikenalinya.

"Dareena," tenang nada suara Danish memanggil insan yang kedengaran tak henti menggelakkannya itu.

Tawa Dareena lantas berhenti. Dia tersengih kelat apabila seusai Danish mengesat bahagian matanya yang terkena tepung itu, hanya pandangan tajam dihadiahkan padanya.

Bukan sengaja pun!

"Dareena, come here. Let's discuss further kat atas," nada suara Danish masih dikawal. Tenang. Hanya renungan matanya yang tajam memainkan peranan. 

"Tepung ni terbang sendiri Danish.."

"Wow, modennya zaman sekarang. Kereta terbang pun belum ada, dah ada tepung terbang?" Dareena memandang Mak Kiah di sebelahnya. Perlahan-lahan dia berdiri di belakang Mak Kiah. Lengan baju Mak Kiah ditariknya sedikit. Seakan-akan cuba meminta tolong.

"Dareena!"

"I tak sengaja!" Danish menarik nafas panjang. Wajahnya yang masih diselaputi tepung itu dibiarkan. Ini bukan setakat muka sahaja kena tepung, sekali dengan baju pun turut sama kena! Mana tak marah!

Memang Dareena dengan Mak Kiah ni tengah main baling-baling tepung ke apa sampai dia pun terpalit sama dalam situasi ni?!

"Mak Kiah, tinggalkan Danish dengan Dareena je kat sini kejap boleh?"

"Er..tepung kat lantai ni—"

"Tak apa, Mak Kiah. Bukan salah Mak Kiah. Salah budak kecik ni, jadi biar dia yang kemaskan sendiri."

"I bukan budak kecik!" bidas Dareena kegeraman. Padahal Danish tu yang kecik! 178 cm je! Terlalu rendah untuk perempuan setinggi 170 cm macam dia!

"No, you literally are! Look at what you did just now."

"Kan dah cakap tak sengaja! Kat plastik tu ada lipas, jadi I terlempar lah! Manalah tahu you nak datang dari arah tu!"

"That's obviously proven that you're just a little kid! Dah tahu salah bukannya nak minta maaf! Lagi bagi alasan!" bidas Danish lagi sambil mengesat tepung yang habis mengena wajahnya.

Ini bukan setakat kena muka sahaja ni, sekali dengan rambut dan kemeja dia pun turut sama kena! Memang tak boleh expect lebihlah dari Dareena ni. Ingatkan pembawa ketenangan, tapi yang ada cuma kemarahan adalah!

Taming The DevilWhere stories live. Discover now