Assalamualaikum / Hi guys! Min nak promote cerita ke-5 ni.
Setelah sepeninggalan si isteri dari hidupnya,Kim Namjoon sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada satu-satunya kebahagiaannya iaitu anaknya. Nama diberi ialah Kim Taehyung. Dia tetap bahagia walaupun membesar tanpa seorang ibu kerana Namjoon menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan ibu dengan sangat baik.Tahun berganti tahun dan Namjoon dikejutkan dengan satu berita yang menyesakkan dada bahawa dia disahkan mengidapi kanser peparu. Dirinya yang jatuh sakit tetapi bayangan Taehyung pula yang terlintas di benak fikirannya. Jadi,dia memutuskan untuk memberitahu kepada Taehyung perihal penyakitnya pada hari lahir anaknya pada tahun itu.
Namun,konflik yang menggugat persahabatan antara Taehyung dan kawan-kawannya bermula apabila Jungkook melakukan cubaan bunuh diri. Malang bagi Taehyung,dia menjadi kambing hitam dan dibuli habis-habisan oleh para pelajar yang sebaya dengannya.Hari demi hari,pembulian yang dilakukan semakin tidak terkawal dan Taehyung sudah tidak boleh menerima semua itu.
Tepat pada hari lahirnya yang ke-15,Taehyung membunuh diri dengan melompat dari jejantas. Namjoon sangat terpukul dengan berita itu sekali gus menyesal kerana tidak melindungi si anak ketika dia memerlukan bantuan. Kebahagiaannya sudah diambil dan sudah tentu ia tidak akan dikembalikan.
Kesedihan itu tidak bertahan lama apabila dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
Cover book memang tak cantik sebab Min bukannya kreatif pun,tapi Min yakin story line dia cukup bagus lepas dah dapat review daripada kawan-kawan sekolah. Dah berapa kali update,tapi masih tak dapat readers. Kali ni memang Min nak update sampailah story ni habis lepas ada sorang penulis Wattpad ni bagi galakkan.
Thank you @nekkho- sebab bagi galakkan! Lama rasanya tak update story baru. Kalau boleh,supportlah story ni,baca pun dah cukup. Itu sahaja yang dipinta. Assalamualaikum / Annyeong!
YOU ARE READING
The true guilty
Fanfiction"Aku sakit hyung...Tolong aku.." -Jungkook Tak semua yang kita hajat akan menjadi kenyataan. Kadangkala,apa yang kita tidak rancang itulah yang menjadi hajat kita tanpa kita sedar. "Maafkan kami,Jungkook. Kami cuma nak kau berada dekat dengan kami s...