*Semenjak perbalahan di antara Jungkook dan Seokjin,Bangtan melayan Jungkook semakin teruk. Mereka sering memukulnya tanpa sebab yang munasabah. Boleh dikatakan,maknae itu menjadi tempat mereka melampiaskan emosi.
*Tetapi,hanya Seokjin berdiam diri tanpa berbuat apa-apa kepadanya. Dia hanya melihat adik bongsunya didera oleh member-membernya. Walaupun begitu,dia masih tidak masakkan sebarang makanan kepada Jungkook.
_
Jungkook: Bosannya...Nak buat apa ye??
*Memandangkan hari itu adalah hujung minggu,Bighit memberi cuti rehat kepada para idol mereka. Jungkook yang kebosanan sedang memikirkan cara untuk mengurangkan rasa bosannya.
Jungkook: Rehatlah. Lagipun,Tae hyung bukannya ajak aku pun main overwatch. Dia ajak Jimin hyung ngan Hoseok hyung je.
"Kau tu lead dancer,kenalah usaha lebih sikit! Posisi yang kau pegang tu bukan bermaksud kau boleh bersantai!"
"Kau ingat jadi idol tu suka-suka je ke?"
"Kalau kau dah tak tahan,kami semua alu-alukan pemergian kau dari group ni."
*Kata-kata itu berlegar-legar di dalam fikirannya seperti sebuah pita rakaman yang dimainkan terus menerus.
Jungkook: Ahh...Aku kena practise lebih. Sekurang-kurangnya,aku takkan membebankan Bangtan.
*Lantas,lelaki itu menuju ke almari bajunya dan mencapai sehelai baju T-shirt serta sepasang seluar slack untuk dipakai semasa menari.
*Selesai sahaja dia bersiap,dia melangkah keluar dari biliknya bersama sebuah beg yang digunakan untuk meletak botol airnya dan telefonnya.
*Baru sahaja Jungkook ingin memulas tombol pintu dorm itu,dia hampir terlupa untuk memberitahu kepada abang-abangnya yang dia ingin keluar ke Bighit dan dia berjalan ke arah ruang tamu di mana mereka berada.
Sesampai sahaja dia di ruang tamu,dia melihat Bangtan sedang berbual rancak tidak ingat dunia. Jungkook tersenyum kecil kerana dia amat rindukan saat-saat mereka menyayanginya.
Jungkook: Hyung,aku pergi Bighit tau? Petang nanti baru aku balik.
*Malangnya,tiada seorang pun diantara mereka mendengar suaranya. Jadi,dia mengeluh kecil sebelum keluar dari dorm itu.
Semasa di Bighit~~~
*Jungkook sedang menari dengan rancak di hadapan cermin sambil mendengar lagu yang dimainkan supaya dia tidak akan tersilap langkah. Tiba-tiba,pergerakannya terhenti.
Jungkook: Alamak,step apa yang aku kena buat lepas ni?
*Dia duduk di sudut dinding dan menonton koreografi lagu Dope melalui telefon pintarnya.
Jungkook: Aish...Macam mana aku boleh terlupa step?? Rasanya,aku tak pernah ponteng latihan.
*Kemudian,dia teruskan menari sehingga dia berasa penat kira-kira sejam kemudian dan bercadang untuk melakukan vocal lesson. Seperti situasi sebelum itu,Jungkook terlupa lirik lagu yang dia sedang nyanyikan.
Jungkook: Asal aku asyik terlupa banyak benda sejak akhir-akhir ni? Aku dah nyanyuk ke? (kusutkan rambut) Aku taknak hyung makin bencikan aku. Tapi,apa yang aku perlu buat?
YOU ARE READING
The true guilty
Fanfiction"Aku sakit hyung...Tolong aku.." -Jungkook Tak semua yang kita hajat akan menjadi kenyataan. Kadangkala,apa yang kita tidak rancang itulah yang menjadi hajat kita tanpa kita sedar. "Maafkan kami,Jungkook. Kami cuma nak kau berada dekat dengan kami s...