Jungkook POV~
"Pesakit dalam keadaan kritikal!"
"Bagi saya buzzer!"
*Suara sapa tu? Kenapa diorang cemas? Kenapa mata aku terasa berat sangat nak bukak?
*Tiba-tiba,aku dapat rasakan baju aku ditanggalkan butangnya dan dada aku direnjat dengan satu cas elektrik yang sangat kuat sehingga boleh membuatkan badan aku terangkat seketika.
"Jantung pesakit dah kembali stabil. Cuma pernafasan dia tak berapa nak teratur."
*Lepastu,aku tak dengar apa-apa suara dan deria sentuhan aku dapat rasakan hidung dan mulut aku dipakaikan alat pernafasan. Udara yang aku hidu menghasilkan bau yang memeningkan dan aku pitam.
End Jungkook POV~
____________________________________Jungkook: Eomma...Kook tak boleh tido.
Kyungchae: Anak eomma takleh tido? Meh sini eomma teman. Mesti takut gelap kan? Kamu kan dah 7 tahun, kena berani sikit.
Jungkook: Bukan takut gelap. Kook nak eomma nyanyi lagu tu.
Kyungchae: Lagu apa?
Jungkook: Lagu yang eomma selalu nyanyi kat Kook bila Kook takleh tido tu. Ingat tak??
Kyungchae: Ohh...lagu tu. Jom masuk bilik dulu,baru eomma nyanyikan.
*Dua beranak itu berjalan menuju ke bilik Jungkook yang penuh dengan boneka Ironman dan gambar keluarganya. Jungkook berbaring di atas katilnya dan ibunya pula duduk di sisinya.
Jungkook: Cepatlah nyanyi! Suara eomma sedap!
*Kyungchae memastikan suaranya tidak serak dan mula mengalunkan lagu 'Through the night' oleh IU. Jungkook menghayati suara ibunya dengan fokus.
*Selepas itu,dia berasa pelik kerana biasanya anak lelakinya akan tertidur apabila mendengar lagu tersebut. Hari itu,anaknya masih terjaga.
Kyungchae: Kook fikir apa lagi ni? Tertekan ke kat sekolah? Ke kena palau ngan kawan sekelas?
Jungkook: Aniyo. Kenapa appa tak pernah luangkan masa ngan kita? Kook rasa dalam keluarga ni cuma ada kita berdua je.
Kyungchae: Appa sibuk tu. Hari tu, appa ngan eomma masak sama-sama kat dapur tau? Cuba faham sikit ayah kamu tu.
Jungkook: Bukanlah. Kook cemburu bila kawan-kawan cerita tentang appa diorang. Diorang kata best luangkan masa ngan ayah sendiri.
Kyungchae: Nak tau satu benda tak? Kook ni istimewa sebab umur camni je dah kena hadap semua tu. Maknanya,Kook dah besar. Budak besar mana boleh manja cam budak kecik,nak itu ini.
Jungkook: Kook dah besar?! Yay!!
Kyungchae: (senyum) Tidur ya? Eomma nak telefon appa kamu. Sweet night.
*Selepas memastikan Jungkook sudah tidur lena di atas katilnya,Puan Jeon keluar dari bilik tidur itu untuk menelefon suaminya.
*Butang nombor ditekan lembut dan gagang telefon rumahnya diletakkan di sebelah telinga kanannya. Seminit kemudian,barulah talian berjaya dihubungkan.
YOU ARE READING
The true guilty
Fanfiction"Aku sakit hyung...Tolong aku.." -Jungkook Tak semua yang kita hajat akan menjadi kenyataan. Kadangkala,apa yang kita tidak rancang itulah yang menjadi hajat kita tanpa kita sedar. "Maafkan kami,Jungkook. Kami cuma nak kau berada dekat dengan kami s...