*Seawal jam 7:30 pagi,Bangtan sudah keluar dari dorm mereka untuk bertemu Jungkook di café yang bernama Magic Shop.
*Mereka tidak menggunakan kereta ke sana kerana ditakuti Jungkook akan menyedari dirinya diekori. Jadi, enam sahabat itu hanya berjalan kaki walaupun ia memakan masa yang lebih lama.
*Setelah beberapa minit berjalan, kelibat Jungkook yang sepertinya sedang berjalan menuju ke tempat kerjanya kelihatan dan mereka mengekorinya.
*Misi mengekori lelaki itu terhenti seketika apabila Jungkook memberhentikan langkah lalu menoleh ke arah restoran Subway yang berada di sebelah kanannya.
*Bangtan bergegas mencari tempat persembunyian lalu bersembunyi di sebuah lorong terbiar. Orang-orang yang melalui kawasan itu memandang mereka dengan pandangan pelik.
Taehyung: Apa yang dia tengok kat kedai tu?
Jimin: Mana aku tau. Teruskan intip dia.
*Mereka kembali mengintip pergerakan si maknae seperti seorang perisik dan melihat dia memeriksa duit poketnya.
Jungkook: Alahai,duit pun cukup-cukup makan je. Kalau aku belanja even 1000 won sekalipun,tak cukup nak bayar bil rumah.
*Sekali lagi dia menoleh ke arah restoran itu lalu memberikan senyuman tawar.
Jungkook: Takpelah. Aku dah makan pagi tadi. Bye-bye chocolate chips cookies. Lain kali eh aku datang ziarah?
*Dia meneruskan perjalanannya ke café tanpa menyedari dirinya diekori dan diintip seperti seorang budak lelaki yang dijadikan sasaran mangsa culik.
*Keenam-enam abangnya itu keluar daripada tempat persembunyian mereka dan hanya mampu melihat Jungkook perlahan-lahan meninggalkan mereka.
Yoongi: Aku rasa kesian pulak ngan si Jungkook tu. Umur cam dia dah kena fikir tentang bil rumah semua tu.
Namjoon: Tulah kan? Masa aku sebaya ngan dia,tak payah pun fikir tentang semua tu.
???: Memang patut pun korang rasa kesian.
*Suara separa garau itu membuatkan mereka berenam sedikit tersentak lalu menoleh ke belakang. Rupanya, Taemin yang menegur mereka sebentar tadi.
???: Kita berjumpa pada masa yang sama. Tak sangka betul.
Hoseok: Kau lagi. Semalam kau yang suruh kami berambus kan? Kau sapa nak pisahkan Jungkook ngan kami?
Taemin: Aku Lee Taemin,penjaga Jungkook. Aku ngan tiga orang lelaki yang datang kat café semalam jaga dia selama ni sebab korang dah taknak jaga dia.
Hoseok: Kau...!
Seokjin: Seok,bertenang! Bukan sekarang nak cipta situasi. (tahan Hoseok)
*Selepas beberapa ketika,Hoseok sudah mulai bertenang. Taemin meneruskan kata-katanya.
Taemin: Betul cakap Seokjin. Sekarang bukan masanya untuk cipta situasi sebab aku pun taknak perang dingin ngan korang. Korang nak jumpa Jungkook sebab nak mintak maaf kat dia kan?
Jimin: Bukan setakat tu. Kami pun nak bawak dia balik.
Taemin: Sebelum kau bawak dia balik,kau kena tau apa yang dia nak. Kalau kau tau apa yang dia nak,kau kena tau dulu siapa Jeon Jungkook yang sebenarnya. Ikut aku.
Jimin: Chamkaman! Aku nak beli biskut Subway tu kejap. Lapar..
*Jimin masuk ke dalam restoran Subway itu untuk membeli biskut yang Jungkook katakan lalu keluar daripada tempat itu.
*Selepas itu,mereka mengikuti Taemin ke suatu tempat dan perjalanan mereka telah berakhir apabila mereka bertujuh tiba di sebuah rumah kecil.
Taemin: (bukak pintu) Masuk.
*Setelah itu,mereka memulakan perbualan mereka di ruang tamu rumah itu. Di situ hanya terdapat tilam dan selimut yang sudah dilipat, meja makan kecil,palam elektrik dan rak buku.
*Dapur pula bersambung dengan ruang tamu dan di sebelahnya terdapat bilik mandi dan ampaian. (Imagine je rumah ni macam Rookie Kings BTS masa diorang baru debut.)
Namjoon: Rumah sapa ni?
Taemin: Rumah Jungkook. Aku bagi sewa separuh harga.
Seokjin: Rumah ni nak dekat sebijik ngan dorm kami waktu kami baru debut. Cuma lagi luas lah untuk tampung 7 orang.
Taemin: Jungkook pun cakap benda yang sama bila dia first time jejak sini. So,ada apa-apa soalan nak tanya?
Yoongi: Kau kata yang kau ngan 3 orang namja tu jaga dia. Asal dia tinggal sorang?
Taemin: Jungkook tu cakap kat kami bertiga yang dia nak hidup berdikari. So,aku nak tolong dia sikit. Rumah nilah yang aku bagi dia sewa.
Hoseok: Asal kau bagi dia separuh harga?
Taemin: Mana aku nak mula ni?? Nak dipendekkan cerita,nak bayar separuh harga pun kena catu perbelanjaan harian. Apatah lagi kalau bayar harga penuh. Kami decide separuh dia bayar,separuh lagi aku halalkan.
*Kemudian,Jimin teringat kata-kata yang Jungkook lampiaskan ketika menoleh semula ke arah restoran Subway tersebut.
"Kalau aku belanja even 1000 won sekalipun,tak cukup nak bayar bil rumah."
Jimin: (Patutlah dia kata camtu..) Kalau belanja harian kena catu,dia makan apa je?
Taemin: Good question! Kau tengok kat dalam peti sejuk dia. Mesti kau terkejut.
*Jimin yang sudah diselubungi rasa ingin tahu yang tinggi meluru ke arah peti sejuk lalu membukanya. Pelik apabila hanya ada tiga botol air mineral yang berisi padu 1 liter.
Jimin: Asal ada air mineral je dalam ni?
Taemin: Ni mesti kes tak tau nak sara diri. Kau ingat kena bahagikan bil sewa rumah ngan duit makan je ke? Nak beli barang mandian,nak beli ubat kalau sakit. Tu semua guna duit, bukan guna pasir.
Taemin: Tadi kau tanya kan kenapa kat dalam peti sejuk tu ada air mineral je? Tu maknanya dia dah takde kuota. Tunggu bulan depan.
Namjoon: Kau tak tolong ke?
Taemin: Kalau aku bagi dia duit tambahan or makanan,silap-silap Jungkook tu tolak balik. Dia lagi rela berlapar daripada mintak duit kat orang. Degil betul! Korang tau tak dia makan apa je sejak dia tinggal sorang ni?
Bangtan: (Geleng)
Taemin: Ramen ngan roti. Dua benda tu jelah yang dia hadap tiap hari. Dapat makan jjajangmyeon tu kira dapat rahmat besarlah hari tu. Aku ingat lagi muka dia syok gila makan benda tu sampai tak sedar baju kerja sendiri kotor.
Seokjin: Tak mungkin... Tak lawak wei..
Taemin: Dulu korang palau dia sebab nak ajar dia survive. Sekarang,dia memang betul-betul survive lebih daripada korang. Mental dia lebih kuat.
Taemin: Harap kalau korang dapat maknae baru,jangan layan dia macam korang layan Jungkook macam patung yang korang boleh buat apa saja.
Taehyung: Takkan ada istilah maknae baru. Jungkook akan jadi maknae kami sampai bila-bila.
Taemin: Baguslah camtu. Dahlah, keluar. Takleh lama-lama sangat,nanti orang lain perasan pulak korang kat sini.
*Pada pengakhirannya,mereka bertujuh keluar daripada rumah itu dan mengikuti haluan masing-masing. Sebelum keluar,Jimin sempat meletakkan biskut yang dibelinya di atas meja makan.
*Biskut itu bukanlah untuk dirinya melainkan khas untuk adiknya yang kempunan biskut cip coklat. Dia sangat berharap biskut itu dimakan dan tidak dibuang.
YOU ARE READING
The true guilty
Fanfic"Aku sakit hyung...Tolong aku.." -Jungkook Tak semua yang kita hajat akan menjadi kenyataan. Kadangkala,apa yang kita tidak rancang itulah yang menjadi hajat kita tanpa kita sedar. "Maafkan kami,Jungkook. Kami cuma nak kau berada dekat dengan kami s...