last happiness

277 19 14
                                    

*Kedengaran bunyi sudip besi berlanggaran dengan kuali leper di ruangan dapur itu. Tukang masaknya tidak lain tidak bukan ialah Seokjin yang memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada Bangtan.

*Pagi itu,dia terfikir untuk memasak nasi goreng dan sayur campur sebagai hidangan sarapan mereka bertujuh. Namja itu memasaknya dengan ketekunan supaya hidangannya sudah boleh disajikan tepat pada masanya.

???: Jin hyung!!

*Jerkahan itu membuatkan Seokjin terkejut kerana ia disertakan sekali dengan cucukan di kedua-dua belah pinggangnya. Dia menoleh ke belakang dan darahnya mulai membuak-buak.

Seokjin: Jeon Jungkook,dah berapa kali aku kata jangan jerkah aku macam tu?! Kalau nasi dalam kuali ni tumpah,aku nak kau makan balik semua nasi ni!"

Jungkook: (ketawa)Mianhae... Aku cuma melawak je. Hyung,hari ni schedule kita berapa lama?"

Seokjin: Setengah hari je. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang. Wae?

Jungkook: Saja nak tau. Kalau kita punya schedule sekejap je,asal hyung masak banyak macam schedule kita 1 hari?

Seokjin: Kau ingat kita berdua je tinggal kat dorm ni? Abang kau lagi 5 orang tu belum tentu lagi makannya sopan santun dan penuh keayuan. Masa sarapan nilah diorang jadi raksasa pelahap. Memandangkan kau dah bangun ni,kau kejut 5 balok liat tu.

*Jungkook melangkah pergi dari dapur itu untuk mengejutkan hyungnya yang masih diulit mimpi.

Jungkook POV~

*Aku mulakan dengan Yoongi hyung dulu sebab dialah raja tidur di antara kami semua. So,aku mulakan yang susah dulu, baru yang senang. Bak kata pepatah,berakit -rakit ke hulu,berenang-renang di tepian, susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.

*Sekali pintu bilik dia aku bukak,aku tak nampak mana kelibat dia. Aku cari kat bilik air,dalam almari,laci meja. Dahlah katil pun tak kemas macam 5 orang tumpang tido kat katil ni. Aku pun duduk kat katil ni sambil memikirkan keberadaan Yoongi hyung.

*Tiba-tiba,aku dapat rasakan sesuatu yang bergerak dan aku cepat-cepat berdiri. Sekarang,aku dah tahu mana Yoongi hyung. Rupanya,dia berselubung dalam selimut dia macam mayat. Mati-mati aku ingat bantal peluk!

Jungkook: Yoongi hyung?! Hyung buat apa dalam selimut tu?

Yoongi: (mengeliat) Aku buat apa? Aku tidolah. Ada nampak aku macam tengah bertani?

Jungkook: Nak aku tambah bunga kat tepi hyung dulu ke baru nak bangun? Aku ingat kau dah mati.

Yoongi: Aku tido mati okey? Bukannya mati. Ni mesti Jin hyung suruh kejut kan? Satu hari nanti,aku baling jugak dia ngan pisau.

*Baru sahaja Yoongi hyung nak sambung tido,aku terus menampar lembut pipi gebu dia cam marshmello.

Jungkook: Sahur..sahur!! Sahur..sahur!! Jangan..tido!! Lagi Yoon..Gi hyung!!

Yoongi: Ni bukan bulan puasalah,bangang! Yelah,aku bangunlah ni...

*Akhirnya,bangun jugak Yoongi hyung ni. Dia bangun daripada katil dan ke bilik air untuk bersiap. Aku tersenyum kemenangan sebab aku dah berjaya kejut dia.

Jungkook: Mangsa seterusnya...Tae hyung!

*Aku terus ke bilik Tae hyung yang dikongsi dengan Namjoon hyung dan aku cuma nampak Namjoon hyung je kat bilik ni. Katil Tae hyung dah kemas,tapi orangnya hilang entah ke mana.

*Macam situasi Yoongi hyung,aku duduk atas katil Tae hyung sambil memikirkan keberadaan Tae hyung. Disebabkan katil dia ni empuk sangat,so aku tak boleh tahan godaannya dan aku pun baringlah.

Jungkook: Uishh...empuk gila kati Tae hyung ni. Mesti dia tido nyenyak ni.

*Sedang aku menikmati keempukan katil ni,aku dapat rasakan ada seseorang memeluk aku dari belakang. Kepala aku ditoleh dan aku tersenyum sebab orang tu adalah Tae hyung. Aku suka habiskan masa ngan dia sebab kami ni sekepala.

Taehyung: Buat apa baring kat katil aku ni? Rindu aku eh??

Jungkook: Aku cari hyung tadi sebab Jin hyung suruh kejut semua orang. Masuk je bilik ni,tak nampak pulak hyung. Asal awal sangat bangun?

Taehyung: Azam barulah. Aku nak bangun awal setiap hari. Ada masalah ke?

Jungkook: Takde pun. Hyung,aku ada satu soalan nak tanya. Boleh tak tolong jujur?

Taehyung: (pelik) Tanya jelah. Aku akan jujur.

Jungkook: (tarik nafas dalam) Kita ada ramai ARMY yang selalu sokong kita. Tapi, ramai jugak haters yang selalu cuba jatuhkan kita. Kalaulah haters ada buat rumor yang tak elok tentang aku,hyung semua percayakan diorang ke? Hyung masih sayangkan aku ke?

*Aku perasan Tae hyung senyap je. Mungkin dia tengah memikirkan jawapan yang tepat kot. Sebenarnya,aku tak harapkan jawapan yang tepat pun sebab soalan ni bukan dengan otak,tapi dengan hati.

Jungkook: Kalau hyung takde jawapan, takpelah. Aku tak kisah pun.

Taehyung: (kusutkan rambut Jungkook) Budak ni...Aku takkan percayakan diorang dan aku akan sayang kau sampai bila-bila.

Jungkook: Tae hyung...habislah rambut aku ni..

Taehyung: (ketawa) Boleh sikat balik kan? Bukannya rambut kau ni dawai besi ke apa sampai kena guna spanar ngan playar.

Jungkook: Memanglah rambut aku bukan dawai besi. Tapi,janganlah sesuka hati kusutkan rambut orang. Macam mana perasaan hyung kalau orang kusutkan rambut hyung? (Kusutkan rambut Taehyung)

Taehyung: Oh no!! My hair!! Meh sini kau!!

*Bila Tae hyung mula menarik rambut aku, perlawanan di antara kami sudah bermula. Dia tarik rambut aku,aku tarik rambut dia. Nampak sangat keserasian kami di situ.

*Satu bantal besar hinggap di kepala kami sebelum kami K.O. Aku nak bagi sikit penekanan kat situ,itu bukan bantal. Tapi, anak patung Ryan milik Namjoon hyung. Besar kot anak patung tu. Bukan anak patung kot. Bapak patung kot. So faham-fahamlah sapa yang baling patung tu kat kami.

Namjoon: Berguna jugak patung Ryan yang aku dapat ni. Aku kena berterima kasih kat ARMY yang bagi patung tu kat aku.

End Jungkook POV~

Pada hari itu mereka menghabiskan masa schedule mereka dengan gembira sebelum semuanya berubah pada tepat pukul 3 petang apabila manager Sejin memasuki bilik tarian itu.

Manager Sejin: (Masuk dalam bilik tarian) Annyeonghaseyo. Korang dah habis schedule kan?

Bangtan: (berdiri) Ha'ah. Hyung ada apa-apa ke nak jumpa kami?

Manager Sejin: PD-nim ada hal nak jumpa ngan Jungkook. Dia suruh saya panggil Jungkook.

Jimin: Macam serious je. Kenapa tak suruh Namjoon hyung je yang pergi jumpa PD-nim?

Manager Sejin: Itu saya bagitau kemudian. Yang penting sekarang,PD-nim memang ada hal mustahak nak dibincangkan ngan Jungkook.

*Mereka semua memandang Jungkook yang kelihatan resah pada air mukanya.

Manager Sejin: Jungkook,PD-nim nak jumpa kamu sekarang.

Jungkook: Sekarang?

Manager Sejin: Sekaranglah. Takkan tahun depan pulak kot?

*Jungkook melangkah meninggalkan bilik tarian itu dengan hati yang tidak tenteram kerana memikirkan perkara yang akan berlaku sebentar lagi.

The true guiltyWhere stories live. Discover now