begin

200 16 21
                                    

Jungkook POV~

*Kaki aku melangkah masuk ke dalam pejabat PD-nim dengan kerisauan yang melanda diri aku. Takkan PD-nim suruh aku turunkan berat badan lagi? Ini dah kali keberapa aku datang sini.

*Bila aku masuk je dalam pejabat ni,aku perasan yang ramai kakitangan Bighit ada kat sini. Pdogg hyung,Hobeom hyung,Adora noona,Seungdeuk hyung dan yang paling penting adalah PD-nim. Masing-masing tenung aku macam singa kelaparan.

Adora: Jungkook-ah,duduklah. Kita nak berbincang ni lama. Takkan nak berdiri je?

*Aku mengambil tempat di sebelah Seungdeuk hyung dengan teragak-agak dan perbincangan yang aku sendiri tak tau dah bermula.

PD-nim: Kamu tau tak kenapa kamu kena panggil hari ni?

Jungkook: (menggeleng) Tak tau. Ada benda serious ke nak dibincangkan?

PD-nim: Seungdeuk. Bagi Jungkook baca artikel tu.

*Seungdeuk hyung menghulurkan telefon dia kat aku dan aku mengambilnya sebelum terbaca suatu artikel yang sangat mengejutkan aku.

Jeon Jungkook BTS pernah tiduri kawan sekelasnya sewaktu bersekolah tinggi.

Semalam,seorang wanita telah mengakui dirinya ialah rakan sekelas Jungkook sewaktu bersekolah tinggi dan dia juga mengakui bahawa maknae Bangtan itu juga pernah tiduri dirinya.

Di dalam sebuah videonya yang dihantar ke dalam Instagram miliknya,dia menangis teresak-esak apabila menceritakan perihal tersebut dan menyebut nama Jungkook berulang-ulang kali.

Dia berkata,"Semoga hidup kau bahagia Jeon Jungkook lepas apa yang kau dah buat kat aku! Disebabkan kau,aku dibuang daripada keluarga. Kalau kau nak tahu aku siapa, akulah Lee Jina. Teman wanita kau dulu."

*Pembacaan Jungkook sudah tamat dan dia memandang satu persatu wajah semua orang di situ dengan pandangan tidak percaya.

Jungkook: Hyung,noona! Saya tak pernah buat benda macam ni. Saya memang kenal Lee Jina. Dia yeochin saya dulu. Tapi,saya tak pernah apa-apakan dia!

Hobeom: Yang penting sekarang ni,bukan pengakuan kamu. Tapi,pandangan orang lain tentang kamu. Tau tak perkara macam ni boleh menjejaskan prestasi semua orang kat agensi ni?

Seungdeuk: Kamu tau tak tentang kumpulan GLAM yang dah bubar tu?

*Aku menggeleng sebab aku tak pernah tahu kesudahan kumpulan tu sebab takde sapa yang pernah cerita kat aku tentang benda tu.

Seungdeuk: Lepas Trinity keluar daripada GLAM tanpa sebab,kumpulan tu tinggal 4 orang iaitu Miso,Zinni,Dahee ngan Jiyeon. Semuanya berjalan lancar sampailah satu hari,Dahee terlibat dengan satu skandal. Bila kami dapat tahu tentang perkara tu, GLAM dibubarkan. Kamu nak nasib BTS sama macam diorang ke?

*Aku taknak Bangtan bubar disebabkan perkara ni. Lagipun,ni bukan salah aku.

Jungkook: (menggeleng) Taknak. Saya taknak diorang terbeban disebabkan benda ni. Ni bukan salah saya.

Pdogg: Tak kisahlah kamu salah ataupun tak,benda ni dah tersebar luas. Kamu boleh ke hentikan semua ni?

Jungkook: (Berdiri) Kalau korang rasa aku ni bersalah,teruskanlah salahkan aku!!

*Aku dah tak boleh tahan dengan diorang semua yang asyik salahkan aku. Semua tu fitnah! Aku dituduh! Aku tak bersalah!

End Jungkook POV~

*Kira-kira pukul 4:30 petang,Jungkook sudah tiba di dorm dan dia melihat enam orang hyungnya memandangnya dengan tajam. Air liur ditelan kesat sebelum mengukir senyuman kekok.

Jungkook: Mianhae hyung. Macam biasalah, PD-nim suruh aku turunkan berat badan lagi. Aku pun dah muak dengan semua tu.

Hoseok: Kalau rasa diri tu maknae,sedarlah diri tu sikit kau tu tengah menipu kat sapa.

*Hoseok mendekati Jungkook dengan langkah yang besar lalu menamparnya kuat sehingga Jungkook terjatuh di atas lantai. Pipinya diusap lembut untuk menghilangkan rasa sakit itu.

Hoseok: Sakit? Itulah apa yang kami rasa bila Sejin hyung bagitau tentang yeoja yang kau tidur dulu. Lagi menyakitkan bila kau masih nak pertahankan diri kau!"

Jungkook: Pertahankan diri apanya hyung?! Aku difitnah hyung! Sepanjang kita tinggal sama-sama,hyung pernah nampak ke aku tengok benda-benda yang tak senonoh?!

Yoongi: Tak payah bagi alasan lah Jungkook. Terang-terangan kau bersalah. Kami dah tak percayakan kau lagi.

Namjoon: Kau taukan sekali kita terlibat dengan kes-kes serious,kita akan terlibat dalam masalah? Sekarang,kau dah libatkan kita semua dalam masalah. Beban!

*Semua orang mula keluar dari ruang tamu tersebut meninggalkan dia yang terduduk di atas lantai dan Jungkook sempat memanggil nama Taehyung.

Jungkook: Tae hyung...Aku bercakap benar. Hyung kata hyung akan sayang aku sampai bila-bila.

Taehyung: Blah lah Jungkook. Tak semua benda kita kena jujur. Ada masanya,kita kena menipu. Aku tak maksudkan pun semua kata-kata aku tu. (Pergi dari ruang tamu)

Jungkook: (Menangis) Percayalah aku hyung...Kenapa hyung tinggalkan aku?? Kenapa senang sangat hyung kata macam tu kat aku??

*Jungkook melangkah masuk ke biliknya yang tidak dikongsi oleh sesiapa dan menyembamkan wajahnya pada bantal peluknya dan menangis tanpa henti kerana dia tahu tiada sesiapa lagi bersamanya.

*Sementara itu,Bangtan sedang berdiri di hadapan pintu biliknya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

Seokjin: Anak manja. Dia yang salah,dia pulak yang menangis. Benci pulak aku!

Jimin: Jungkook tu kalau dilayan macam budak kecik,macam nilah jadinya. Mengada -ngada.

Namjoon: Biarkanlah dia tu. Aku tak peduli langsung tentang beban tu. Biar dia belajar dari kesilapan. Dia patut tahu cara nak survive.

Yoongi: Buat apa kita berdiri kat depan bilik dia? Buat semak je.

Taehyung: (Tenung pintu bilik Jungkook) Kalau kau tak libatkan kita dalam masalah, kami takkan layan kau macam ni. Kau yang paksa kami buat semua ni.

*Mereka berenam beredar dari situ tanpa memandang ke belakang membiarkan Jungkook yang sangat sedih dengan apa yang menimpa dirinya. Padahal,mereka tidak tahu bahawa tindakan mereka akan membawa lebih banyak masalah.

No one POV~

*Seorang lelaki memasuki sebuah gudang lama dengan berhati-hati agar tiada sesiapa menyedari kehadirannya. Dia melihat seorang lagi lelaki sedang tidur di atas kerusi sambil menyilangkan kakinya.

???: Tuan Lee,ireonajwo.

Tuan Lee: Ohh.. Pembantu kesayangan aku. Ada apa-apa berita ke?

???: Ne. Sekarang,berita palsu yang tuan reka tu dah tersebar luas. Even,kakitangan Bighit sendiri dah pulaukan Jungkook. Saya rasa rancangan tuan akan berjaya.

Tuan Lee: Bagus! Aku nak tengok Jungkook tu merana. Dia dah buat aku naik gila. Aku pun tak sangka semua orang yang sayang dia pun percayakan berita palsu yang aku reka ni. Tak sabar rasanya nak tengok apa yang akan berlaku.

*Tuan Lee mencapai jaket hitamnya lalu memakainya sebelum meninggalkan pembantunya di gudang lama itu sambil bernyanyi kecil.

The true guiltyWhere stories live. Discover now