in the same boat

220 14 7
                                    

Key: Hyung kau layan kau teruk ke?

*Mulut Jungkook seakan-akan terkunci dan minda mengimbas kembali perlakuan Bangtan terhadap dirinya. Dia dilihat seperti trauma dengan kesemua memori perit itu dan mula ketakutan.

Key: Jangan takut ngan kami. Bagitau je. Hyung kau takde kat sini. (Tepuk bahu Jungkook)

Jungkook: Sejak berita tu tersebar,Bangtan dan ARMY tinggalkan saya. Tiap hari ada je ARMY or haters suruh saya tinggalkan Bangtan. Hyung saya palau saya. Jin hyung dah tak tinggalkan apa-apa makanan atau masakkan apa-apa untuk saya. Boleh kata, saya ni tempat diorang lampiaskan emosi. Setakat kena tampar tu,memang dah jadi makanan harian.

Minho: Kalau kau kata tampar tu dah jadi makanan harian,diorang pernah buat yang lagi teruk ke?

*Baru sahaja Jungkook ingin meneruskan penjelasannya,Onew memotong percakapannya.

Onew: Jungkook,kau tak payahlah nak bersaya-saya ngan kami semua. Layan je kami cam hyung kau tu. Guna je perkataan 'aku'. Tak marah pun.

Jungkook: S-saya tak boleh.

Taemin: (bisik kat Onew) Hyung,aku rasalah Bangtan buat dia sedar yang dia tu maknae. Jadi,dia takut nak cakap sembarangan ngan orang yang lagi tua daripada dia.

*Onew terpana mendengar pendapat Taemin itu kerana dia tidak menyangka Bangtan akan melayannya sebegitu. Dia memandang Jungkook tepat di anak matanya.

Onew: Tak kisahlah kalau kau nak anggap kami ni kawan atau abang kau. Tapi,aku tak nak kau samakan kami semua dengan Bangtan.

Key: Sekarang ni,kau dah takde kaitan dengan semua industri muzik tu. Kalau kau ada masalah,jumpa je Taemin ni. Dia ada pengalaman dalam hal ni.

Jungkook: (Pandang Taemin) Jeongmal?

Taemin: Kalau ikutkan,patutnya ada sorang lagi yang ada ngan kita semua. Tapi,dah bertahun dia tak balik. Boleh kata, selamanya dia takkan balik sini.

*Melihat Taemin yang mula menundukkan wajahnya,Minho menepuk belakang badan adiknya.

Minho: Kalau kau tak boleh cerita kat dia, it's okay. Aku tau kau still takleh move on. Boleh ke kau nak cerita benda sensitif ni?

Taemin: (angguk & pandang Jungkook) Patutnya Jonghyun hyung ada kat sini. Tapi, dia dah mati. Dia bunuh diri. Sampai sekarang kami tak tau penyebab dia bunuh diri. Dia jenis yang senang menangis. Jadi, kami fikir dia tu hati tisu. Rupanya,dia menderita depresi.

Minho: Sejak Jonghyun hyung meninggal, Taemin tak boleh terima hakikat yang dia dah takde sampaikan dia selalu singgah bilik Jonghyun hyung,lepas tu kata yang dia tengah cakap ngan Jonghyun hyung.

Kami risau kalau Taemin jadi gila. Jadi,kami terpaksa tempatkan dia kat wad psikologi selama setahun setengah. Lepas tu,dia dah okey sikit dan dah tak banyak cakap tentang Jonghyun hyung. Kami bukan tak sayangkan si mendiang,tapi kami taknak kesihatan Taemin semakin memburuk.

Jungkook: Ohh...Jadi,hyung lagi banyak menderita daripada saya.

Key: Sekarang ni,takde sesiapa yang lebih menderita atau sebaliknya. Korang berdua ada kat dalam situasi yang sama. Korang berdua ditinggalkan. Yang membezakan korang ialah hyung kau tinggalkan memori pahit kat kau,tapi Jonghyun hyung tinggalkan memori manis kat Taemin.

Onew: Aku ada satu permintaan yang agak susah untuk kau ikut,tapi aku tak kisah pun kalau kau taknak ikut sekalipun. Boleh tak kau lupakan Bangtan?

Author POV~

*Sejak Jungkook tidak pulang ke dorm,dorm itu seperti rumah yang sudah terbengkalai. Hal ini disebabkan tiada lagi orang yang ingin merasai makanan yang dimasak oleh Seokjin,memberi pendapat tentang lagu yang dihasilkan oleh Yoongi dan menari bersama Jimin dan Hoseok.

*Selain itu,tiada lagi orang yang sering datang kepada Namjoon untuk berbual dan bermain overwatch bersama Taehyung. Sudah semestinya orang yang sering melengkapkan hari mereka berenam tidak lain tidak bukan adalah Jeon Jungkook.

*Ketiadaan si maknae itu seperti nyawa yang sudah dibawa pergi.

End author POV~

*Pada hari itu,Bangtan masih mempunyai jadual yang padat seperti selalu dan ia bermula pada pukul 10 pagi. Sementara menunggu  pukul 10 pagi,mereka berenam hanya menunggu di bilik tarian tanpa sebarang suara.

*Namjoon perasan ketegangan di antara member-membernya dan mencuba untuk memecahkan kesunyian di situ. Tetapi tidak berjaya apabila dia mendapat panggilan daripada PD-nim.

Namjoon: (angkat telefon) Annyeonghaseyo PD-nim. Ada benda penting nak dibincangkan ke?

PD-nim: Benda ni sangat penting. Tentang Jungkook.

*Mendengar sahaja nama si maknae, Namjoon bergegas menuju ke muka pintu untuk bertemu si CEO dan satu suara menghentikan pergerakannya.

Seokjin: Kau nak pergi mana Joon?

Namjoon: Jumpa PD-nim. Kalau korang nak ikut pun boleh.

Taehyung: Asal kami kena ikut hyung. Penting sangat ke? Aku cuma nak Jungkook balik.

Namjoon: Benda yang PD-nim nak cakap ni memang tentang Jungkook.

*Namjoon melangkah keluar dari tempat itu disertakan sekali dengan Bangtan yang dikerumuni oleh perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

*Akhirnya,mereka tiba di hadapan pejabat Bang Sihyuk yang merupakan CEO perusahaan itu dan mereka memasuki pejabat itu setelah mendapat kebenaran.

PD-nim: Laa... Semua pakat datang kat sini. Rasanya,aku panggil Namjoon je.

Hoseok: Namjoon kata PD-nim nak cakap tentang Jungkook. PD dah jumpa dia ke?

PD-nim: Haih... Sebab tu aku panggil Namjoon je datang sini. Benda yang korang nak tau ni berita buruk.

*PD-nim memberi sepucuk surat yang boleh dikatakan surat rasmi kepada keenam-enam mereka. Surat itu dikoyakkan sampulnya lalu dibaca tanpa tertinggal sepatah pun perkataan yang tertulis.

*Setelah beberapa minit menelaah surat tersebut,akhirnya masing-masing sudah menahan sebak lalu surat itu dikeronyokan selumat yang mungkin kerana apa yang tertulis di dalam surat itu mengundang rasa bersalah yang teramatlah perit untuk diterima.

Kepada:Bang Sihyuk
Daripada: Jeon Jungkook
Subjek:Pengizinan untuk menamatkan kontrak sebagai idol

Tuan,
Saya,Jeon Jungkook ingin menyatakan bahawa saya ingin menamatkan kontrak sebagai seorang idol dan keluar daripada dunia hiburan kerana khabar angin yang telah tersebar 2 bulan lepas.

Saya sedar khabar angin yang tersebar 2 bulan lalu banyak memberi kesan pada agensi ini dan saya hanya mahu meringankan beban yang tuan tanggung disebabkan perkara itu. Jadi,saya akan keluar daripada Bangtan.

Mungkin tuan akan berasa senang hati dengan pemergian saya. Satu sahaja yang saya minta iaitu percayalah yang khabar angin yang tidak berasas itu fitnah. Hubungan kita mungkin akan terputus bila tuan selesai membaca surat ini.

*Jimin tidak boleh menerima hakikat bahawa Jungkook telah meninggalkan Bangtan lalu berlari keluar dari pejabat itu manakala Yoongi mengejarnya dari belakang.

*Sekiranya hati mereka diperbuat daripada kaca,sudah tentu kedengaran hati masing-masing berkecai seperti ia sudah hancur terhempas di permukaan tanah. Sebab? Merekalah penyebab Jungkook pergi meninggalkan mereka.

*Tiada lagi maknae yang bernama Jeon Jungkook di dalam dorm mereka. Dia sudah menghilangkan diri. Mungkin,dia tidak akan kembali sampai bila-bila.

The true guiltyWhere stories live. Discover now