call

190 15 11
                                    

*Jungkook terbangun daripada lenanya dan dia menyedari bahawa jam telah menunjukkan jam 8:30 malam.

Jungkook: Alamak! Mesti hyung tertunggu-tunggukan aku. Asal diorang tak kejut aku eh?

*Dia keluar daripada biliknya dan menuju ke ruang makan dorm itu sebelum melihat hyungnya menikmati makan malam sambil bersembang rancak tanpa dirinya.

Jungkook: Hai,hyung.

*Apabila member lain mula menyedari kehadirannya,tiada lagi perbualan rancak di antara mereka. Hanya kesunyian menemani mereka.

Seokjin: Oh,Jungkook. Kau nak makan ke? Aku terlupa nak masak untuk kau sekali. Kalau kau nak makan,cuma ada roti,telur ngan air je. Aku tak sempat nak beli barang dapur.

Jungkook: ...Takpelah. Aku masuk bilik dulu. Jaljayo.

Jimin: Tak sedar diri langsung!

Jungkook: (tersentak) *Aku tahu hyung dah mula bencikan aku. Tapi,aku akan tunggu sampailah hyung tahu perkara sebenar.

*Apabila Jungkook sudah beredar dari situ, Taehyung mulakan perbualan.

Taehyung: Jin hyung. Aku tahu yang hyung bukannya terlupa nak masakkan untuk Jungkook. Tapi,hyung sengaja buat macam tu.

Seokjin: Sekarang,kau nak kata yang aku ni kejamlah? Aku mula bencikan budak tak guna tu bila berita tu tersebar. Sekurang-kurangnya,kenapa dia tak mengaku yang benda tu salah dia?

Namjoon: Ada masa,kita kena bagi dia pengajaran. Kalau tak,dia takkan jadi seorang yang kuat dan tabah. Buat masa ni, kita pulaukan dia dulu sampailah tiba masanya.

*Taehyung hanya diam di situ sambil menjamah lauk yang terhidang di hadapannya. Hatinya berbolak-balik sama ada berada di pihak Jungkook ataupun di pihak hyungnya.

Hoseok: (tepuk bahu Taehyung) Kau sihat tak? Cam tak okey je.

Taehyung: (senyum nipis) Mengantuk je.

Hoseok: Ohh...Baguslah kalau kau okey je. (Sambung makan)

Taehyung POV~

*Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Benda ni berlaku sejak kami bergaduh dengan Jungkook. Mungkin sebab aku rapat ngan dia kot sampai fikir yang bukan-bukan.

*Kim Taehyung,dia bukan budak-budak lagi. Pandailah dia jaga diri. Dia yang cari masalah dulu kan? So,pandailah tanggung akibatnya. Betul cakap Namjoon hyung. Kalau kami bermanja ngan dia,dia takkan jadi seorang yang kuat.

End Taehyung POV~

*Hari demi hari berlalu dan berita palsu mengenai Jungkook itu sudah menjadi perbincangan hangat di kalangan ARMY mahupun haters.

*Berita itu disebarkan melalui syarikat JTBC yang bertanggungjawab untuk mengunggah berita-berita baharu yang mereka perolehi. Ia hanya memerlukan 1 jam setengah sahaja untuk menjadi perbincangan hangat.

*Di saat semua orang membincangkan tentang hal tersebut,Jungkook berasa amat tertekan kerana akaun Instagram miliknya dipenuhi dengan kata-kata cacian dan makian. Yang paling teruk,ada ARMY yang mendesaknya untuk keluar daripada Bangtan.

*Bangtan tahu mengenai hal itu. Tetapi, mereka hanya mengendahkan sahaja adik bongsu mereka seperti dia sudah tiada kaitan dengan mereka berenam. Jadi, Jungkook sudah tiada sesiapa untuk bergantung.

(3 minggu kemudian di bilik tarian~)

Seungdeuk: Jeon Jungkook! Boleh tak kau fokus sikit masa menari?! Dari tadi aku perhati je kau asyik ulang kesilapan yang sama! Apa masalah kau ni?!

Jungkook: M-maaf. Saya dah cuba fokus,tapi saya tak boleh kejar step.

Seungdeuk: Aish!! Kau tu lead dancer, kenalah usaha lebih sikit! Posisi yang kau dapat tu bukannya bermaksud kau boleh bersantai! (Keluar dari bilik tarian)

Hoseok: Berlatih tu serius sikit. Kau ingat jadi idol tu suka-suka je ke?

Jimin: Kalau kau dah tak tahan,kami semua alu-alukan pemergian kau dari group ni.

*Kata-kata Jimin itu seperti merobek hati Jungkook kepada ribuan serpihan dan dia mula menangis sambil menyeka air matanya.

Namjoon: (Tampar Jungkook) Tak payah nangislah! Kau tu bukannya budak kecik, nak menangis bagai. Korang,jom balik!

*Mereka mula mengemas barang-barang yang mereka bawa lalu melangkah keluar dari situ bersama perasaan marah yang masih membuak-buak di dalam diri masing-masing.

Jungkook: Hiks! Aku nak kita semua jadi macam dulu. Kenapa hyung tak bagi peluang untuk aku jelaskan perkara sebenar?

*Tiba-tiba,telefon pintar miliknya berdering lalu mencapainya dan dia tersenyum sedikit kerana si pemanggil adalah kawan sekolahnya iaitu Hwang Eun Bi atau dikenali sebagai SinB daripada kumpulan Gfriend.

Jungkook: (angkat telefon) Eun Bi,asal kau telefon?

SinB: Jungkook,neo gwaenchanha? Aku dah tahu tentang berita tu. So-

Jungkook: Kau nak kata yang kau percayakan benda tak guna tu ke? Jujur je kat aku.

SinB: Bagilah aku habis cakap dulu! So,aku nak bincang tentang benda tu kat café yang dekat ngan sekolah lama kita dulu. Kau ada masa kan?

Jungkook: Aku ada je masa. Tapi,reputasi aku dah tercalar. So,aku taknak lah kau pulak jadi bahan bualan orang. Apa lagi gosip yang timbul nanti.

SinB: Kalau macam tu,kita sembang dalam telefon jelah. Aku nak tanya ni. Lepas berita tu tersebar,ada benda yang berubah tak? For example,cara orang lain layan kau ngan kehidupan kau.

Jungkook: Sepanjang 3 minggu ni,banyak yang dah berubah. Aku selalu kena jerkah, caci,maki,pukul,dera ngan dipulaukan. Aku tak tau nak buat macam mana lagi untuk diorang percayakan aku. Diorang tak bagi langsung aku nak terangkan.

SinB: Sabarlah Jungkook. Aku cuma mampu dengar masalah kau je. Maaflah sebab tak dapat membantu.

Jungkook: Takpelah. Bila kau sudi dengar masalah aku,itu pun dah cukup untuk aku. Tak payahlah rasa kesian kat aku. Aku ni lelaki,mestilah kena kuat terima cabaran.

SinB: Memanglah kau tu lelaki. Tapi,semua orang ada perasaan. Aku yang dengar masalah kau ni dah rasa sedih. Apatah lagi kau yang terpaksa lalui semua tu.

Jungkook: Apapun,gomawo sebab ada bila aku susah.

SinB: Tak payahlah berterima kasih kat aku. Kitakan kawan dulu. Pasal Lee Jina tu,kau mengaku ke yang dia tu ex yeochin kau?

Jungkook: Ha'ah. Tapi,aku dah bagitau yang aku tak pernah sentuh dia.

SinB: Mungkin dia kecewa kot kau dah putuskan hubungan ngan dia dan reka berita palsu tu kat semua orang untuk hancurkan reputasi kau.

Jungkook: Aku tak bolehlah tuduh dia. Aku kenal dia tu macam mana orangnya. Dia bukan jenis yang suka simpan dendam. Lagi satu,benda ni bukannya boleh tarik balik kalau aku dapat tau sapa dalangnya sekalipun.

SinB: Kalau kau cakap macam tu,okeylah. Kalau kau nak bincang apa-apa,telefon je aku. Kalau aku tak sibuk,aku akan dengar masalah kau. Jalga!

*Seketika kemudian,panggilan itu sudah tamat dan Jungkook mengambil keputusan untuk balik ke dorm dengan berjalan kaki kerana waktu sudah menjelang tengah malam.

*Tanpa dia jangka,kepalanya sakit seperti ditikam pisau berkali-kali sehingga dia tersadung di atas lantai sambil mencengkam kepalanya.

Jungkook: Asal pulak kepala ni...Masa nilah nak sakit.

*Jungkook cuba untuk mengagahkan dirinya untuk berdiri sambil menanggung sakit di kepalanya dan berjalan pulang ke dorm.

The true guiltyWhere stories live. Discover now