*Keesokan paginya,Jungkook sudah terjaga dari tidurnya dalam keadaan mamai sebelum kepalanya sekali lagi diserang rasa sakit yang tidak tertanggung.
Jungkook: Argh...Sakitnya.. (Cengkam kepala)
*Selepas itu,dia berasa mual dan berlari menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik tidur. Dia mencangkung di hadapan mangkuk tandas dan mengeluarkan sisa perutnya sehingga tiada lagi apa-apa di dalam perutnya.
*Kemudian,Jungkook bersandar pada dinding tandas tersebut dan mengeluh perlahan.
Jungkook: (Asal kepala aku asyik sakit je? Sampai muntah-muntah bagai. Tak pernah pulak jadi macam ni.)
*Perutnya tiba-tiba berkeroncong meminta makanan. Jadi,Jungkook ke dapur untuk menjamah sedikit makanan untuk menghilangkan rasa laparnya.
*Di dapur,dia melihat Seokjin sedang memasak untuk Bangtan tetapi bukanlah untuk dirinya. Menurut pengiraannya, sudah tiga minggu si abang tidak memasakkan apa-apa untuknya.
*Apabila dia membuka pintu peti sejuk, tiada makanan yang tertinggal di dalamnya kecuali air mineral 1 liter. Itu bermakna dia akan meminum air sahaja sepanjang hari. Itulah sebabnya dia sering kepenatan setiap kali dance practice.
Seokjin: Kau buat apa kat sini? Kalau kau nak makan,aku tak masakkan untuk kau. Aku masak ni pun cukup untuk enam orang je.
Jungkook: Aku cuma nak minum air. Kalau aku tak tanya sekalipun,aku tahu hyung takkan masak makanan untuk aku.
Seokjin: (berhenti memasak & pandang Jungkook) Oh,kau tau rupanya. Ingatkan tak tau. Baguslah kalau kau baru sedar yang aku bencikan kau.
Jungkook: (gelak kecil) Kenapa baru sekarang hyung baru nak kata yang hyung bencikan aku? Kan bagus kalau hyung bagitau dari awal.
Seokjin: Tak payah panggil aku hyunglah! Aku bukan hyung kau. Sejak Sejin hyung bagitau tentang berita tu,kau tu orang asing bagi aku.
Jungkook: Hanya disebabkan satu berita, hyung jadi macam ni? Berapa kali aku nak kata yang aku kena tuduh?!
Seokjin: Apa buktinya? Bagi satu bukti yang dapat back up kau. Kalau kau berjaya,aku akan pertahankan kau. Kalau kau tak berjaya,kau keluar dari Bangtan.
Jungkook: Hyung...Aku takkan keluar dari Bangtan. Aku nak kita tetap bertujuh walaupun korang benci aku!
Seokjin: Aku dah kata aku bukan hyung kaulah,BODOH! Aku benci tengok muka kau! Aku taknak tengok muka kau kat dalam hidup aku!
*Seketika kemudian,Bangtan mengerumuni ruangan dapur itu untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di antara mereka berdua.
Hoseok: Hyung,apa terjadi?
*Jungkook dan Seokjin hanya berdiam diri sambil memandang antara satu sama lain tanpa mengalihkan wajah mereka.
Taehyung: Jungkook! Kau buat apa hah ngan Jin hyung?!
Jungkook: (pandang Taehyung) Aku tak buat apa-apa pun! Aku cuma-
Taehyung: Cuma apa? Kau ingat aku tak dengar perbualan kau ngan Jin hyung tadi? Aku dengarlah! Bukan Jin hyung je benci kau. Kami semua benci kau!
Jungkook: Tae hyung. Takkanlah hyung benci aku sekali? Aku berharap masih ada yang pedulikan aku. Tapi,rupanya baru aku tau yang aku ni tak berguna kat mata korang.
*Tanpa diduga,sakit kepala yang Jungkook alami terjadi sekali lagi. Tetapi,ia lebih teruk sehinggakan dia menangis menahan kesakitan itu. Dia memandang Seokjin dengan pandangan tajam.
Jungkook: Kalau hyung benci sangat tengok muka aku ni,okey. Aku terima. Mulai sekarang,aku takkan ganggu hidup korang semua lagi. Terima kasih sebab bagitau aku hidup ni lebih susah dari sangkaan aku.
YOU ARE READING
The true guilty
Fanfiction"Aku sakit hyung...Tolong aku.." -Jungkook Tak semua yang kita hajat akan menjadi kenyataan. Kadangkala,apa yang kita tidak rancang itulah yang menjadi hajat kita tanpa kita sedar. "Maafkan kami,Jungkook. Kami cuma nak kau berada dekat dengan kami s...