Tiga

293 8 0
                                    

Ding!

GHAZI HARDANI STRAUSS: Good morning! It was nice having lunch with you yesterday. Hope to see you again soon. 

ILANA SARAMAIA RAZALEIGH: Good morning. Thank you for the lunch. Tak sibuk ke hari ni?

GHAZI HARDANI STRAUSS: Baru lepas di gym. Don't worry, saya tak ke Emser hari ni, jadi no one to stalk you. Hehe

GHAZI HARDANI STRAUSS: Will be going to Perth for a few days for a meeting. I guess I will miss seeing you again. 

ILANA SARAMAIA RAZALEIGH: Have a safe trip. 

GHAZI HARDANI STRAUSS: Will do. See you when I see you. Hopefully soon.

~~

Musim bunga di bumi Sydney baru sahaja bermula, bermakna semester baru di University of Sydney juga akan mula tidak lama lagi. Ilana menarik nafas panjang, merenung skrin komputernya dengan pandangan yang kosong. Segala kerja yang sepatutnya dilakukan semua sudah disiapkan. Yang cuma tinggal, menunggu Henry untuk menandatangani laporan internship yang akan dihantar ke Dean of Faculty. Cuma tinggal seminggu sahaja lagi masanya di Emser Solutions. 

Ilana duduk bersandar pada kerusi, kerusi diputar-putarkan, matanya melilau ke segenap ruang pejabat. Hari itu, Emser Solutions pun kurang sibuk, suasana di pejabat pun agak tenang. Minda Ilana menerawang. 

Sudah dua bulan dia dan Ghazi berkenalan. Sedikit sebanyak hatinya terpaut oleh Ghazi. Sungguh Ghazi bukanlah seperti yang dia sangka dahulu. Ghazi berbeza dengan lelaki rich frat boys yang selama ini ramai dikenalinya. Walaupun dari latar belakang golongan elit sebegitu dan dibesarkan dalam keadaan serba ada, Ghazi seorang yang merendah diri. 

Tapi itulah, lelaki yang punya status seperti Ghazi sudah semestinya sentiasa di kelilingi perempuan, dan dari cara layanan Ghazi, Ilana tahu yang Ghazi memang sudah biasa memikat perempuan. Jadi Ilana pun tidak menganggap yang hubungan dia dan Ghazi adalah sesuatu yang serius. Cuma kawan, tidak lebih dari itu. Sekalipun jika Ghazi menganggapnya lebih dari kawan, Ilana rasa dia perlu mendengarnya dari Ghazi sendiri. 

Jam tangan Hublot di kerling sekilas, masih punya setengah jam lagi sebelum waktu kerja tamat untuk hari itu. Ilana berpura-pura sibuk dengan mengetik tetikus dan kekunci beberapa kali, untuk menghilangkan kebosanan. 

"Ghazi! I didn't expect you to come in today! Ada apa-apa ke?" terdengar suara Henry menyapa di luar bilik pejabatnya, membuatkan Ilana mengangkat wajahnya. Ghazi kelihatan segak walaupun kasual mengenakan cashmere turtleneck tipis Brunello Cucinelli berwarna hitam yang dipadankan dengan jeans Tommy Hilfiger warna sama, dilapisi dengan sehelai jaket wool kelabu gelap Bottega Veneta. Ilana perasan yang Ghazi menjeling sekilas ke arahnya, lantas mengenyitkan mata ke arahnya, membuatkan jantung Ilana berdegup tidak keruan. 

Sudah sebulan lebih mereka berdua tidak berjumpa, sekadar berbalas pesanan ringkas atau berbual di telefon sahaja. Ilana faham dengan kesibukan seseorang seperti Ghazi. Lagipun, siapalah dia untuk sentiasa menjadi perhatian seseorang seperti Ghazi. Jadi melihat Ghazi tiba-tiba muncul di pejabat Emser pada hari itu, membuatkan Ilana sedikit teruja. 

Rindu ke? Mungkin. 

"Hey, Hez. Nope. Just swinging by to pick up my girlfriend," ujar Ghazi selamba. Henry menjungkitkan kedua belah keningnya, hairan. 

Di satu sudut pejabat, Ilana yang sedang duduk di kerusi kerjanya, terkaku. Terasa peluh sejuk muncul di dahinya yang mulus. Jantungnya berdetak kencang. 

Dah siapa pulak girlfriend dia kat Emser ni?

"Girlfriend? Sini?" tanya Henry seakan tidak percaya. Ghazi angguk. Henry sekadar memberikan memek muka, ingin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Ghazi. Diam-diam Ghazi rupanya punya hubungan dengan seseorang di pejabatnya. Ghazi menuding ke arah Ilana, membuatkan mata Ilana membuntang, mulutnya ternganga, seakan tidak percaya. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now