Duapuluhtujuh

143 6 0
                                    

"Macam mana dia dapat tahu awak kat sini?" tanya Ghazi sebaik sahaja dia dan Ilana melangkah masuk ke dalam Merlion Suite Marina Bay Sands. Terdengar Ilana mengeluh nyaring sebelum menghempaskan tubuhnya ke atas sofa di ruang tamu suite itu. 

Setelah Emran berlalu dari Lantern tadi, Ilana dan Ghazi turut mengambil keputusan untuk meminta diri dari majlis makan malam itu. Selepas apa yang berlaku, Ilana sudah tidak punya mood untuk berseronok, dan Ghazi tahu itu tanpa Ilana perlu berkata apa-apa. 

"Sejujurnya saya pun tak tahu, Sayang," balas Ilana lemah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Emran boleh menjejakinya sehingga ke Singapura. Entah mengapa takdir menemukan Emran kepadanya malam itu. 

"Dia masih fikir awak dengan Luke?" tanya Ghazi lagi, nyatanya tadi Emran meletup kerana melihat Luke bersama dengan Ilana. Mungkin sahaja Emran sangka yang kali itu Ilana bercuti ke luar negara dengan Luke. Sudahlah tinggal serumah tanpa pengetahuan sesiapa, pergi bercuti bersama pula tu. Mau tak Emran naik angin.

Soalan Ghazi itu mengundang satu tawa dari Ilana. Ghazi mengerutkan dahinya, melonggarkan butang kemeja Prada di tubuhnya sebelum dia menapak menuju ke salah sebuah meja di sudut ruang itu, mencari-cari menu 'room service'. Perut pun sudah berkeroncong. 

"Kenapa awak ketawa? Saya tanya serius tau. Kesian dekat Luke jadi mangsa keadaan. Padahal dia digaji untuk jadi bodyguard je. Tak pasal-pasal kena jadi boyfriend awak pula" sambung Ghazi.

Tawa Ilana meledak lagi sedangkan Ghazi masih leka membelek-belek menu di dalam tangannya. Dahinya berkerut mendengar tawa Ilana yang semakin menjadi-jadi itu.

"Dia nampak saya dengan Aiden tadi, kenapa dia tak terfikir pulak saya yang bersama dengan awak? Saya ni tak cukup handsome ke nak dipadankan dengan awak? Luke tu lagi handsome dari saya ke?"

Ghazi memutarkan tubuhnya yang sejak tadi membelakangi Ilana. Melihat Ilana yang menekup mulut, menahan tawanya dari meledak lagi saat mendengar kata-kata Ghazi itu. 

"Lana! I'm serious! Seronok sangat gelak. Eii!" marah Ghazi berseloroh, pipi Ilana dicubit manja membuatkan tawa Ilana meledak lagi. 

"Tak. Tak cukup handsome lah tu kot. Handsome lagi Luke," seloroh Ilana di celah tawanya yang berderai. Membuntang mata Ghazi mendengar kata-kata Ilana itu.

"Excuse me? Awak cakap Luke lebih handsome dari saya? Beraninya!" 

Ilana tertawa lagi, kali ini dia berlari anak menuju ke bilik tidur, cuba lari dari Ghazi yang mengejarnya, geram dengan keletah isterinya itu. Sepantas kilat Ghazi dapat menangkap Ilana, merentap pergelangan tangan Ilana sebelum menolak tubuh Ilana agar belakang Ilana tersandar pada jendela suite itu. Sengaja Ghazi berdiri sedekat yang boleh pada tubuh Ilana, merasakan setiap lekuk tubuh Ilana pada tubuhnya. Wajahnya ditundukkan, hanya jarak 2cm yang memisahkan wajah mereka berdua. Terasa deruan nafas hangat di wajah. 

"I want you to say that again, Sayang," ujar Ghazi, kali ini suaranya mendatar dan kedengaran dalam. Matanya merenung tajam tepat ke dalam anak mata Ilana, membuatkan dada Ilana semakin berombak, menahan getaran dan gelora di hati. 

Ilana melarikan jemarinya pada cuping telinga Ghazi, sebelum turun ke rahang Ghazi yang ditumbuhi rerambut halus. Sengaja Ilana membalas renungan Ghazi dengan satu renungan yang menggoda, bibir bawahnya digigit lembut, membuatkan Ghazi menghela satu nafas tajam. 

"You're handsome to me, Ghazi. You're sexy. You're the only one I see. You're the only one I want. Nobody elsem" bisik Ilana perlahan, membelai lembut rambut Ghazi di celah jemarinya. Dagu Ghazi dipaut sebelum tangannya merangkul leher Ghazi, menarik wajah Ghazi agar lebih dekat ke wajahnya, dikucup bibir Ghazi, dibiarkan bibir mereka berdua bertaut, berbalas kucupan lembut, dibiarkan lama. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now