Empatbelas

190 9 0
                                    

"Sayang, saya dah arahkan Luke untuk ambil dan hantarkan awak ke airport. Saya akan tunggu awak depan departure hall, Luke tahu mana nak drop awak off nanti. I will text you when Luke dah sampai kat rumah awak, okey?"

"Alright. Saya dah ready dah ni. Saya tunggu."

"I can't wait! See you later sayang."

"Okey..." balas Ilana sebelum panggilan dihentikan, satu senyuman kecil terukir di bibirnya. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam beg tangan yang diletakkan di atas beg pakaian di sisi pintu utama rumah itu. Terpaksa Ilana berlagak selamba di hadapan Puan Nora yang sejak tadi memerhatinya. 

"Siapa tu?" tanya Puan Nora yang sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari tempat Ilana sedang berdiri.

Ilana memalingkan tubuhnya menapak ke arah salah sebuah kerusi di situ untuk melabuhkan punggungnya. "Ghazi, Ma. Dia bagitau yang driver dia dah on the way ambik Lana," jelas Ilana sebaik sahaja dia duduk. 

"Lana jaga diri ya kat sana. Anything just give us a call," sampuk Tuan Razaleigh yang duduk di sebelah Puan Nora, memberikan pesan. Ilana sekadar senyum dan angguk. Sesekali jam di pergelangan tangan dikerling, terasa tidak sabar pula dirinya.

Satu ketukan pada pintu rumah tiba-tiba mencuri perhatian mereka bertiga. Pantas Ilana bangkit hendak membuka pintu. Mungkin Luke sudah sampai. 

Baru sahaja tangan Ilana hendak mencapai tombol pintu, daun pintu sudah terkuak terlebih dahulu. Wajah yang terjengul di sebalik pintu itu tiba-tiba membuatkan jantung Ilana seperti jatuh dari tempatnya. 

"Emran...buat apa kat sini?" tanya Ilana terkejut, melihat wajah Emran melemparkan satu senyuman lebar ke arahnya. 

"Auntie bagitau you nak travel hari ni. I ingat nak tolong hantarkan you ke airport. You dah ready?" jawab Emran seraya dia melangkah masuk. Ilana menggigit bibir. Aduh, Mama ni! 

"Sampai pun Emran. Eloklah Emran saja yang hantar Lana. Tak perlu susahkan Ghazi," pantas Puan Nora memotong. Sempat Puan Nora menjeling ke arah Ilana membuatkan Ilana berasa serba salah. 

Aduh, macam mana pula ni? Dahlah Luke pun dah on the way. 

Wajah Emran berkerut sedikit saat mendengar nama Ghazi disebut oleh Puan Nora. Semenjak dua menjak ini terasa kerap pula nama Ghazi disebut-sebut oleh orang di sekelilingnya. Balik-balik Ghazi, balik-balik Ghazi. Emran rasa rimas pula. Macam tak ada nama lain!

"Kenapa dengan Ghazi, Auntie?" tanya Emran, sekadar berbasa basi. 

"Baru je Lana bagitau yang Ghazi hantarkan driver dia untuk ambik dia. Lana bolehlah call Ghazi bagitau yang Emran akan hantarkan Lana ke airport. Tak payah susah-susah suruh driver dia ambik," ujar Puan Nora memberikan arahan. Ilana sekadar tersenyum kelat. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengalah dan menurut.

Ilana berdiri di sisi Lamborghini Urus milik Emran, merenung telefon bimbit di tangan sementara Emran menarik beg pakaian Ilana untuk dimasukkan ke dalam bonet. Ilana menggigit hujung bibirnya, cuba memikirkan bagaimana untuk memberitahu Ghazi yang Emran sudahpun ada di situ bersedia untuk menghantarnya.

"Lana, you're ready?"

Baru sahaja Ilana hendak menjawab pertanyaan Emran itu, telefon bimbitnya berbunyi. Ilana mengisyaratkan kepada Emran untuk menunggu sebentar sementara dia menjawab panggilan.

"Dia ada kat situ?" suara Ghazi kedengaran kelat di hujung talian sebaik sahaja Ilana meletakkan telefon ke cuping telinga.

"Hmm...macam mana awak tahu?"

"Luke dah sampai. Dia yang call saya dan bagitau."

Ilana terdiam, pandangannya dilemparkan sebentar ke luar pintu pagar rumah. Terlihat sebuah Lexus LX350 berwarna hitam berhenti di seberang jalan tepat di hadapan pintu pagar. Walaupun cermin kereta itu bertinted hitam tebal, Ilana pasti yang Luke ada di dalam kereta itu. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now