Duapuluhsembilan

153 5 0
                                    

Emran menyandarkan belakangnya pada dinding luar bistro. Cigarillo di celah jemarinya dibawa ke bibir sebelum di sedut perlahan, kepulan asap dilepaskan. Dia mahu melarikan diri seketika dari hiruk piruk ruang di dalam bistro itu. Kalau tidak kerana Aiden, memang dia tidak akan datang malam itu. Tetapi mengenangkan yang Aiden itu bukan sahaja rakan lamanya dan juga peluang untuk beramah dengan pemain industri lain yang turut ada di majlis itu, Emran hadir jua. Demi Senecaoil juga.

Mindanya masih kusut memikirkan Ilana. Apa yang ada pada Luke itu sehingga Ilana mahukan Luke dan bukan dirinya? Kenapa Luke juga menjadi pilihan? Adakah kerana rupa paras Luke yang asing dan berambut perang itu? Kenapa sekalipun Ilana tidak pernah mengatakan apa-apa kepadanya sedangkan dalam masa empat bulan lagi mereka berdua akan dinikahkan? Kalau sudah bernikah nanti, adakah Ilana akan tetap meneruskan hubungannya dengan Luke?

Ah mana mungkin dia boleh membiarkan Ilana untuk terus bersama Luke selepas mereka berdua berkahwin nanti! Itu adalah salah satu kerja bodoh! Ilana harus menjadi milik mutlaknya seorang!

"Bro, buat apa ni sorang-sorang kat luar?" satu tepukan di bahunya membuatkan Emran terkejut. Dia menoleh ke arah Aiden yang mengeluarkan sebatang rokok dari bekas rokok besi di dalam poket blazernya. Aiden menyelitkan batang rokok ke bibir sebelum dinyalakan dengan pemetik api Zippo di dalam poket. Satu kepulan asap ditiup.

"Ambik angin sikitlah," balas Emran acuh tak acuh. Menyedut lagi asap dari batang cigarillonya. Kekusutan yang terpamir di wajah cuba dihilangkan dengan segaris senyuman tawar.

"Kau okey ke, Em? Kusut semacam je aku tengok? Masalah perempuan ke?" ujar Aiden cuba memecah keheningan di antara mereka berdua. Bukannya dia tidak tahu Emran, kenal pun sudah lama. Kalau orang kata dia playboy, Emran lagilah playboy! Masalah dengan perempuan itu memang sudah sebati dalam hidup.

Tiba-tiba minda Aiden mengingatkannya ke peristiwa di majlis SingaporeGP minggu lepas. Teringat semula saat dia melihat Emran bersama Ilana. Sedikit hairan kerana Ghazi tidak melakukan apa-apa saat Emran berada di situ. Ada apa-apa yang berlaku ke antara mereka? Tapi tidak mungkinlah pula, kerana Ilana itu kan isteri Ghazi? Sejahat-jahat Emran pun, dia tidak akan menganggu isteri orang. Cukup sahaja gadis yang single di dunia untuknya. Buat apa nak kacau yang sudah berpunya?

Emran tertawa kecil, kepalanya digelengkan. "Kau ni, Ed. Ada-ada ajelah. Apa, muka aku ni memang muka masalah dengan perempuan je ke?"

Aiden ketawa. "Tak adalah bro! Kalau tak ada masalah perempuan, kenapa muka kau tu berkerut? Macam mati bini je aku tengok ni."

"Ish kau ni! Tak ada apa-apa lah, Ed. Bini pun tak ada. Aku okey!"

"Kalau kau okey, aku ada something aku nak tanya ni. Out of curiosity," usul Aiden, pandangannya dihalakan ke arah wajah Emran. Emran memandang ke arah Aiden dengan kening yang terjungkit.

Cigarillo disedut dalam sebelum asap dilepaskan perlahan. "Hmm...tanyalah, Ed."

"Kau kenal ke Ilana Strauss?"

Dahi Emran berkerut mendengar soalan Aiden itu. Ilana Strauss? Siapa pula Ilana Strauss? Ilana yang dia kenali cumalah seorang, Ilana Saramaia Razaleigh.

"Ilana Strauss? Tak pernah pula aku dengar nama tu."

"Kau jangan nak tipu aku lah, Em. Aku sendiri yang nampak dengan mata kepala aku kau dengan dia minggu lepas kat SingaporeGP," ujar Aiden, membuatkan dahi Emran semakin berkerut. Entah mengapa perasaan Emran mula rasa tidak enak.

Adakah itu Ilana yang sama?

"Seriouslah, aku tak ingat Ed."

"Kau ni pun. Tu lah banyak sangat perempuan keliling pinggang. Ilana, perempuan yang kau buat kecoh kat party SingaporeGP minggu lepas tu. Exec Musaerna."

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now