Duapuluhlapan

151 6 0
                                    

It's obvious you're meant for me

Every piece of you, it just fits perfectly. 

Every time I see you, I die a little more

You and I both have to hide on the outside where I can't be yours and you can't be mine. 

I don't want to live love this way

I don't want to hide us away

I wonder if it ever will change

I'm living for that day, someday. 

Cause I'm yours. 

- Secret Love Song Pt. II, Little Mix. 

Deringan telefon bimbit Ilana di atas meja sisi katil mengganggu konsentrasinya pada skrin televisyen. Tubuh yang terasa penat setelah seharian bekerja menambah perasaan malasnya untuk bangkit dari sofa dan mengambil telefon bimbit itu. Setelah beberapa ketika, deringan itu terhenti. Beberapa saat berlalu, sekali lagi telefon bimbit Ilana menjerit minta untuk diangkat. 

"Sayang, kenapa tak jawab call tu?" tegur Ghazi seraya dia menapak keluar dari bilik mandi. Matanya melihat sekilas telefon bimbit yang berbunyi buat kesekian kali di atas meja sisi katil sebelum ke arah Ilana yang duduk di sofa. Dahinya berkerut, hairan kerana Ilana masih terkaku di sofa padahal sejak tadi dia mendengar telefon bimbit itu tidak putus-putus berdering. 

"Tolong tengok siapa yang call please? Saya penatlah nak angkat," rengek Ilana dari sofa di satu sudut bilik tidur mereka itu. Mata Ilana tidak lepas dari skrin televisyen, khusyuk dengan apa yang ditonton. Ghazi tersenyum, kepalanya digeleng. Ilana, Ilana...

Senyuman Ghazi serta merta terhenti saat melihat nama yang tertera pada skrin. Pantas telefon bimbit yang menjerit itu diambil dari meja dan dibawa ke Ilana. 

"Siapa?" tanya Ilana langsung tidak menoleh ke arah Ghazi yang sudah mencanak di hadapannya. 

"Papa," jawab Ghazi mendatar, tangannya menghulurkan gajet itu kepada Ilana. Ilana pantas menoleh, matanya membuntang. Telefon bimbit di dalam genggaman Ghazi dirampas sebelum ditekapkan ke telinga. 

"Papa! How are you?" ujar Ilana mesra saat butang hijau pada skrin ditekan. 

Confirm kena marah sebab tak jawab telefon dari tadi! Detik Ilana di dalam hati. 

"Hmm...kenapa tak jawab call dari tadi? Sibuk sangat ke? Papa bukan priority Lana lagi ke sampai boleh ignore Papa telefon?" terdengar suara tua Tuan Razaleigh yang dirindui menyapa cuping telinga Ilana. Ada nada ketegasan dalam suara Papanya itu. Sudah pasti Tuan Razaleigh kurang senang di saat itu. 

"Um, Lana tak perasan tadi, Papa. Sorry."

"Papa ingat Lana dah lupa Papa. Lama sangat tak dengar berita Lana. Weekend lepas pun Lana tak datang ke rumah."

"I'm sorry, Papa. Papa tahu kan, last week Lana pergi untuk kerja, bukan nak suka-suka bercuti?" balas Ilana, cuba untuk memujuk hati Tuan Razaleigh. Bukannya dia tidak ada memberitahu Tuan Razaleigh pemergiannya hujung minggu lepas. Cuma yang Ilana tidak bagitahu adalah tujuan sebenar dia ke Singapura dan bersama siapa. Ghazi yang duduk di sisinya mendengar butiran perbualan itu menoleh ke arah Ilana, keningnya dijungkitkan sebelah. 

Amboi, pandainya Ilana kelentong. 

"Kenapa call Lana ni Papa? Everything okay at home? Papa dengan Mama sihat?" tanya Ilana lagi, mengubah topik. 

"Everything is fine at home. Papa sihat. Mama pun sihat. Lana tak perlu risau hal tu. Tapi, ada perkara lain yang Lana perlu risaukan. Papa risaukan sangat Lana. Ahad lepas, Emran ada datang ke rumah. Dia jumpa Papa," ujar Tuan Razaleigh perlahan. Jantung Ilana mula berdegup kencang. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now