Lima

273 7 0
                                    

Ilana menuruni tangga steel menuju ke tingkat bawah duplex penthouse itu. Bibirnya menguntum senyum melihat pemandangan pagi kota Sydney dari jendela luas apartmen itu sebelum dia meneruskan langkahnya menuju ke meja makan kecil di dapur yang bersebelahan dengan balkoni. Pemandangan itu adalah salah satu perkara kegemarannya setiap kali dia bangun pagi di penthouse itu.

Langkahnya diteruskan menuju ke breakfast nook di sisi balkoni dapur. Sekali lagi bibirnya menguntum senyuman saat melihat Ghazi sedang duduk di salah sebuah kerusi di meja bulat kecil dengan secawan flat white di hadapannya. Pandangan lelaki itu terfokus pada tablet di tangannya. Mungkin sedang membaca berita ataupun emel kerja. Hari itu, Ghazi kelihatan segak mengenakan suit bercorak microcheck berwarna biru Savile Row yang dipadankan dengan kemeja putih. Sepasang tie berwarna biru yang sedikit terang dari warna suit diikat di leher. Rambut coklat gelap lelaki itu yang sentiasa rapi walaupun sedikit panjang, kemas tersisir.

"Good morning," sapa Ilana ceria, menuju ke peti sejuk untuk menuangkan segelas jus untuk dirinya.

Ghazi yang sejak tadi leka dengan tabletnya, mengangkat wajahnya dan menjeling ke arah Ilana yang bersandar pada kitchen island, menghirup jus. Bibir Ghazi menguntum senyum. Terasa bahagia apabila pagi lagi dia sudah disapa wajah yang dipujanya itu.

"Good morning. Tak ada kelas ke pagi ni?" balas Ghazi seraya meletakkan tablet ke atas meja. Pandangannya dihalakan ke arah Ilana yang masih berbaju tidur. Ghazi tersenyum simpul. Berbaju tidur pun tetap sahaja cantik dan comel di mata Ghazi.

Ilana geleng. "But um, saya kena ke apartmen saya nanti untuk ambik beberapa barang saya ke sini."

Ghazi jungkit kening. "Ada apa-apa yang tak cukup ke yang saya sediakan?"

Sejak pertama kali menapak ke dalam penthouse One Barangaroo itu seminggu lepas, Ilana masih belum membuat keputusan samada dia mahu terus berpindah ke penthouse itu ataupun tidak. Seminggu juga dia tidak ke situ, namun acap kali Ghazi mendesak dengan menelefonnya ataupun menghantar Dex untuk menjemputnya di rumah. Ilana tetap menolak. Namun setelah bertalu-talu dipujuk dan disyarah oleh Ghazi, Ilana akhirnya mengalah. Semalam adalah malam pertama dia bermalam di penthouse itu, alang-alang dia tidak mempunyai kelas hari itu. Katil yang teramat empuk di bilik yang telah dikhaskan Ghazi untuknya itu membuatkan dia terasa seperti tidur di awangan.

Ilana melambai-lambai tangannya mengisyaratkan tidak. "No! Just that, saya perlukan beberapa baju dan seluar saya tu je."

"What's wrong with the ones in the closet?"

Ilana tidak mahu memberitahu Ghazi yang pakaian yang disediakan Ghazi terlalu mewah untuk dia ke universiti. Ilana mahu kelihatan kasual jika perlu ke kampus. Biarlah pakaian itu lusuh sedikit sekalipun, dia selesa. Pakaian yang mewah dan cantik, disimpan jika dia keluar atau perlu menghadiri majlis. Itupun bagi Ilana, pakaian mewah yang dia ada tidak semewah yang telah disediakan oleh Ghazi.

"Ghazi, saya nak awak tahu yang saya ada sweatshirt dan jeans kegemaran saya tau! Dan tak kiralah macam mana pun, ianya tak boleh diganti dengan yang lain," jelas Ilana.

Ghazi tertawa. Jam tangan Audemars Piguet di pergelangan tangan dikerling sekilas. "Kalau macam tu, lepas Dex hantar saya ke Emser, saya suruh dia ke sini semula dan hantarkan awak ke apartmen. I have a meeting with Henry this morning. Also, your new access card should be ready by the concierge too. I'll get them to send it up for you."

"It's okay! Saya boleh turun ke bawah dan ambik access card tu dari desk dan Dex pun tak payah susah payah nak ulang alik, saya boleh Uber je."

Kata-kata itu mengundang satu renungan tajam dari Ghazi. Sudah semestinya dia kurang berkenan dengan cadangan Ilana itu.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now