Dua

305 10 0
                                    

Ilana menapak masuk ke dalam pejabat Emser Solutions dengan yakin seperti hari-hari biasa yang lain. Tote Glam Slam Maison Margiela berwarna krim yang tersangkut di bahu di lucutkan dan di letakkan di bawah meja, tumbler yang berisi latte panas diletakkan di atas meja sebelum kot Max Mara separas lutut disangkut pada belakang kerusi. Dahi Ilana berkerut saat melihat sejambak bunga peony berwarna merah jambu Luxe Bouquet di dalam kotak, diletakkan di satu sudut mejanya. Di bawah jambangan itu, sekeping kad.

Pantas kad dicapai, dan dibuka. Terlihat bait-bait perkataan ditulis tangan kemas dengan tinta berwarna hitam. 

Nice meeting you. Looking forward to get to know you better. Maybe we can have dinner sometime soon?

- Ghazi Hardani Strauss. 

"Wah! Dapat bunga dari Ghazi Strauss!" suara Rachel yang nyaring di telinga Ilana itu membuatkan Ilana terkejut. Ilana mengurut dadanya, menjeling ke arah Rachel yang tersengih. Entah dari mana datang Rachel secara tiba-tiba. Laju jemari Ilana menutup semula kad dan meletakkannya ke atas meja sebelum dia duduk di atas kerusinya dan menghidupkan komputer. Sengaja tidak mahu melayan Rachel yang sibuk menyandarkan punggung pada meja kerjanya. 

Setelah beberapa ketika Ilana mendiamkan diri, bahunya dicuit oleh Rachel yang sedang menjungkitkan keningnya. Bibir Rachel masih menguntum sengih yang lebar, menampakkan gigi yang tersusun. 

"Kenapa Rach?"

Rachel menggulingkan matanya, pantas mencapai kad yang dihantar bersama bunga tadi dan dituding, menunjuk kepada Ilana. "Bunga? Ghazi Strauss? Helloooo?"

"Kenapa dengan Ghazi Strauss?" tanya Ilana selamba, menghirup latte di dalam tumbler sementara menunggu komputernya dihidupkan. 

"Kenapa dengan Ghazi Straus?? Lana, kau gila ke apa? Ghazi Strauss kot??"

"Ya, aku tahulah Ghazi Strauss. He's just another guy, apa yang special sangat dia tu?"

Rachel membeliakkan matanya, mengurut-urut dadanya seakan mendapat serangan jantung. Tidak percaya apa yang meluru keluar dari bibir Ilana itu. 

"Lana, dia tu salah seorang dari Sydney's Most Eligible Bachelor tau! A hundred millionaire, possibly a billionnaire at the age of 32! Kalau perempuan lain dah melompat tak keruan tau dapat bunga dari dia!" 

"Perempuan lain macam kau?" usik Ilana membuatkan Rachel mencebik. Ilana benar-benar bukanlah seorang gadis yang mudah terpegun dengan status ataupun harta yang menimbun. Bukannya tidak pernah Rachel melihat lelaki kaya lain mengorat Ilana jika mereka keluar bersama, namun dengan mudah Ilana menolak. Itu baru lelaki kaya biasa pun dia dah tolak, tapi ni Ghazi Hardani Strauss pun dia tolak?

Hati kau memang keras, Ilana. 

"So? Kau tak nak contact dia bagitau dia terima kasih kerana hantar bunga ke?"

Ilana ketap bibir. Dia tidak punya masa untuk semua itu. Apa beza Ghazi Hardani Strauss dengan jejaka eligible kaya yang lain yang seringkali ditemuinya di majlis makan malam bisnes? Semuanya sama. Sudah terlalu ramai yang Ilana kenal, semuanya dari acuan yang sama. Sombong, ego dan narsis. Hanya berfikir tentang kumpulan lelaki sebegitu sahaja sudah mampu membuatkan Ilana meluat. 

Tanpa mempedulikan Rachel yang masih termangu di mejanya, Ilana terus sahaja membuka fail di dalam komputer dan mula menekan-nekan tetikus dan kekunci. Banyak kerja yang dia perlu lakukan hari ini. Jauh lebih penting dari jambangan bunga dari Ghazi Hardani Strauss. 

Ilana mengerut dahinya hairan saat melihat tangan Rachel mencapai telefon pejabat di atas mejanya lalu menekan beberapa butang nombor. Kerusi yang tadi menghadap skrin komputer diputarkan agar menghadap tubuh langsing Rachel yang masih bersandar di mejanya. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now