Sembilan

189 8 0
                                    

Ilana mengetik-ngetik papan kekunci pada komputer kerjanya, menaip beberapa data di dalam Microsoft Excel untuk laporan yang perlu disiapkan. Sesekali, jam tangan Rolex di pergelangan tangan dikerling sekilas. Baru sahaja pukul 3 petang. Hari itu dia sengaja tidak pulang tengah hari dari pejabat, kerana petang nanti, dia berniat untuk keluar lebih supaya dia punya lebih masa untuk menguruskan dokumen untuk Tuan Razaleigh. 

Sudah sebulan lebih Ilana mula bekerja di Musaerna Sdn Bhd, sebuah syarikat yang selama ini diterajui oleh Tuan Razaleigh Musaad, Papanya. Syarikat yang sekian lama diusahakan oleh keluarga Musaad secara turun temurun sejak tiga generasi lepas, diasas oleh moyang Ilana, Tuan Murad Musaad. Musaerna Sdn Bhd hanyalah bermula sebagai sebuah syarikat pembungkusan kecil sebelum berkembang menjadi sebuah konglomerat mengendalikan perihal logistik dari pembungkusan sehinggalah perkapalan. 

Namun, mula bekerja di Musaerna tidaklah bermakna yang Ilana akan terus menyandang jawatan besar. Walaupun acap kali Tuan Razaleigh menyuruh Ilana menggantikan sahaja tempatnya sebagai CEO syarikat itu, Ilana menolak. Alasan Ilana, dia mahu bermula dari bawah dahulu. Ilana tetap berkeras untuk hanya bekerja sebagai seorang executive administration officer. Sekurang-kurangnya, dengan jawatan itu, dia boleh belajar dan mengenali segala selok belok cara menguruskan syarikat itu sebelum dia mengambil alih tempat Tuan Razaleigh. Selepas sudah kenal setiap bahagian dan peringkat Musaerna, barulah Ilana dapat memikirkan cara yang efisien dan efektif untuk membawa Musaerna ke peringkat seterusnya untuk berkembang dan maju. 

Tidak sia-sia selama ini dia diberikan peluang untuk bekerja dengan Emser Solutions. Dan tidak sia-sia dia menjadi teman Ghazi berbual tentang Strauss Enterprise. Sedikit sebanyak, Ilana telah belajar dari Ghazi cara untuk menguruskan syarikat. Ilana kagum dengan Ghazi. Sungguhpun Norman Strauss telah membina Strauss Enterprise dengan jayanya, namun dengan hasil keringat Ghazi juga, Strauss Enterprise menjadi lebih ke hadapan dan kini boleh berdiri sama tinggi dengan syarikat besar lain di Sydney, bahkan di Australia. Bak kata Ghazi, harus sentiasa mencari cara untuk "add on value" to the existing company. 

Siapa tahu, satu hari nanti, Ilana juga boleh menerajui Musaerna Sdn Bhd dan membuatkan Musaerna berjaya sama seperti Strauss Enterprise. Itu adalah cita-cita Ilana. 

Ilana melepaskan satu keluhan lembut, lamunannya dimatikan begitu sahaja, memaksa dirinya untuk kembali ke realiti. Dia kini sedang di pejabat. Tidak punya masa untuk mengelamun dan teringat akan Ghazi. Pulang nanti bolehlah sambung nostalgia ya!

Ilana bangkit dari kerusi di kubikelnya dan melangkah menuju ke kubikel Anita tidak jauh dari situ. Ya, dia sengaja memilih untuk tidak punya bilik sendiri. Ilana lebih selesa mempunyai kubikel di luar bersama-sama dengan pekerja lain. Dengan cara itu, barulah dia boleh rapat dan mesra dengan pekerja lain. Ilana berazam untuk mengubah 'work culture' di pejabat itu suatu hari nanti, untuk sama seperti cara Henry menguruskan Emser Solutions. Bersahaja, namun berkesan. 

"Nita...ada apa-apa untuk aku bawa balik tak hari ni?" sapa Ilana mesra dan ceria saat dia sudah sampai di hadapan kubikel Anita, pembantu peribadi kepada Tuan Razaleigh. Anita melemparkan satu senyuman lebar ke arah Ilana. Walaupun anak kepada CEO syarikat, Anita mengakui, Ilana seorang yang bersahaja dan senang untuk bergaul. Langsung tidak seperti anak-anak CEO lain yang mungkin sudah menyombong tak tentu hala lebih-lebih lagi dengan status syarikat sebesar Musaerna Sdn Bhd itu. 

"Ada. Kejap aku compile untuk kau" jawab Anita lantas mengumpul beberapa fail dan kertas. Hari itu banyak pula dokumen untuk Tuan Razaleigh teliti dan tandatangani. Walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah, Tuan Razaleigh masih belum dibenarkan untuk ke pejabat. Bukan oleh doktor tetapi oleh Puan Nora. Kata Puan Nora, urusan pejabat yang berat biarlah orang lain yang uruskan buat masa itu. Lagipun Ilana pun sudah pulang ke Malaysia. Managing Director yang lain pun boleh diharapkan. Tuan Razaleigh cuma perlu memberi final approval dan tandatangan sahaja setelah semuanya siap dan dipersetujui. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now