Sembilanbelas

158 4 0
                                    

Emran bersiul riang saat dia menapak keluar dari Lamborghini Urus miliknya. Sudah dua minggu dia terpaksa tinggal di Miri untuk menyiapkan beberapa urusan Senecaoil bagi pihak Pengiran Eskandar. Padahal hatinya meronta-ronta untuk pulang ke Kuching untuk bersama dengan Ilana, tunangnya.

Ah, tunangnya. Berbunga-bunga hati Emran tatkala mengingati semula majlis dua minggu lepas. Tidak sangka Ilana akan menerima kejutan itu tanpa berdalih. Pada mulanya Emran gementar, takut jika Ilana akan bertindak drastik dan menghilangkan diri seperti sebelum itu. Akhirnya, dia dapat mengatakan yang Ilana adalah tunangnya tanpa Ilana berkata "bakal tunang" lagi. Akhirnya, dia dapat berbangga kepada semua orang dan juga rakan-rakannya yang dia berjaya menawan Ilana Saramaia Razaleigh.

Awangku Emran Emir Pengiran Eskandar, menang kali ini.

Satu senyuman lebar dilemparkan ke arah Rania dia meja penyambut tetamu sebelum Emran meneruskan langkahnya ke ruang pejabat Musaerna Sdn Bhd. Pandangannya dihalakan ke arah kubikel milik Ilana yang kelihatan sebaik sahaja dia melangkah masuk. Saat tubuhnya terhenti di hadapan kubikel itu, dahinya berkerut melihat ruangan yang kosong. Emran menoleh ke arah Anita yang duduk di kubikel bersebelahan.

"Anita, mana Ilana?" tanya Emran.

"Um, dia emergency leave hari ni Encik Awangku Emran," jawab Anita.

Dahi Emran semakin berkerut. Baru sahaja dia hendak membuat kejutan kepada Ilana dan membawa tunangnya itu untuk makan tengah hari bersama. Almaklumlah, sudah dua minggu tidak bersua, padahal baru sahaja bertunang. Dengan harapan, selepas bertunang, Ilana akan lebih berlembut dengannya dan akan sudi untuk menghabiskan lebih banyak masa bersamanya. Lagipun, Emran sudah rindu.

"Emergency leave? Dia ada bagitau kenapa ke?"

Anita geleng. "Tak pula. Dia cuma call pagi tadi bagitau yang dia tak masuk hari ni sebab ada emergency."

Emergency apa pula kali ni? Uncle Razaleigh okay ke? Detik hati Emran.

"Hmm...takpe. Saya check dia kat rumah je. Thanks," balas Emran ringkas sebelum mula melangkah pergi.

Sepanjang perjalanan ke kediaman Tuan Razaleigh Musaad otak Emran ligat berfikir apa yang menyebabkan Ilana tiba-tiba bercuti pada hari itu. Apa yang berlaku di rumah sehinggakan Ilana cuti mengejut? Bakal mertuanya semua baik-baik sahaja kah? Kenapa Ilana langsung tidak memberitahunya apa-apa?

Pintu pagar rumah agam dua tingkat yang tersergam indah itu terbuka luas saat kereta Emran berhenti di hadapannya, pantas kereta SUV meluncur laju masuk. Melilau mata Emran melihat segenap ruang hadapan dan garaj rumah itu, namun BMW M4 berwarna cobalt blue milik Ilana tidak kelihatan, membuatkan Emran hairan.

Dah ke mana pula Ilana? Cuti mengejut tapi tak ada di rumah ke?

Enjin kereta dimatikan, kaki yang tersarung kasut kulit berwarna coklat menapak menuju ke pintu utama rumah itu. Tidak sampai dua minit berdiri di hadapan pintu kayu jati berwarna coklat gelap itu, pintu itu terkuak dari dalam.

"Encik Awangku Emran! Masuklah," terjengul wajah Ibu Dewi menegurnya di hadapan pintu dengan senyuman di bibir. Emran membalas senyuman itu sekilas, sempat dia melihat-lihat ke dalam ruang rumah yang sepi itu saat dia menapak masuk ke ruang foyer.

"Ibu Dewi, ada orang kat rumah ke?"

"Puan Nora ada di atas, Tuan Razaleigh pula ada di bilik kerja. Encik Awangku Emran nak jumpa dia ke?"

Emran tersenyum lagi dan menggeleng. "Um, Ilana pula mana Ibu?"

Belum sempat Ibu Dewi menjawab, terdengar derap langkah seseorang menuju ke arah mereka. Seketika kemudian, terjengul Puan Nora dengan satu senyuman yang lebar, anggun mengenakan kaftan chiffon polos.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now