Tigapuluhlapan

216 11 0
                                    

Gulfstream G800 mendarat dengan lancar di tarmac Kingsford Smith, Sydney. Seminggu lebih berada di China untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan projek terbaru Strauss Enterprise di sana, akhirnya Ghazi dapat menarik nafas lega setelah masalah dapat diselesaikan. Esok dia akan berjumpa dengan pengurus yang akan menguruskan projek di China itu bagi pihaknya dan menyerahkan kertas kerja yang diperlukan. Terasa satu beban yang berat telah hilang dari bahunya. 

Ghazi menapak keluar dari perut pesawat peribadi itu, lantas menuju ke arah Rolls Royce Cullinan berwarna hitam yang sedang menunggunya di hadapan hangar, sedia untuk membawanya pulang. Pintu kereta terkatup rapat, sebelum SUV hitam itu mulai meluncur keluar dari kawasan Lapangan Terbang Kingsford Smith.

"Are we heading straight to Darling Point or to Strauss Enterprise first, Mr Strauss?" tanya Dex untuk kepastian, tangannya dengan cekap memandu SUV itu membelah jalan raya Sydney yang sibuk.

Audemars Piguet di pergelangan tangan dilihat sekilas. "No. We'll go straight to One Barangaroo instead. I need to get a few things before heading to Darling Point," arah Ghazi.

Dex angguk. "Alright, Mr Strauss," ujarnya sebelum stereng dipacu menuju ke One Barangaroo.

Beberapa minit kemudian, Rolls Royce Cullinan berhenti di hadapan bangunan One Barangaroo yang gah. Seorang doorman bergegas menuju ke pintu penumpang belakang untuk membukanya.

"Welcome back, Mr Strauss," sapa pekerja itu dengan hormat seraya Ghazi melangkah keluar dari perut kereta. Ghazi sekadar membalas dengan satu anggukan sebelum dia meneruskan langkahnya menuju ke lobi private entrance yang akan membawanya terus ke duplex penthouse.

Belum pun Ghazi sampai di hadapan lif, seorang concierge sudahpun bergegas menekan butang lif untuknya, menahan pintu lif untuk terus terbuka untuk Ghazi.

"Thank you," ucap Ghazi sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam perut lif, diikuti oleh Dex. Kad kunci diletakkan pada alat imbas lantas membawa lif itu terus ke tingkat 81 bangunan itu.

Ting!

Lif berhenti dan pintu pun terbuka. Dex terlebih dahulu menuju ke koridor yang menuju ke pintu penthouse untuk membukakan pintu sementara Ghazi di belakangnya. Terasa sudah agak lama dia tidak menjenguk penthouse itu. Dia tidak sanggup untuk disapa keheningan dan bayangan Ilana di dalam penthouse itu. Kalau tidak kerana dia perlu mengambil beberapa barangannya di penthouse itu, dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ.

Ghazi menghela satu nafas yang panjang saat pintu terkuak dan dia melangkah masuk. Segalanya tidak berubah, masih seperti biasa. Perasaan rindu mula menyelubungi jiwa Ghazi saat dia melihat ke sekeliling ruang yang hening itu.

Ghazi melangkah perlahan menuju ke jendela kaca yang luas. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Pandangannya dilemparkan jauh ke pemandangan bandar Sydney di kejauhan. Terlihat beberapa buah feri masih lagi menyeberangi Sydney Harbour itu membawa penumpang ke destinasi mereka.

Ghazi mengetap bibir. Menutup semula kotak memori yang mengimbau kenangan bersama dengan Ilana. Satu nafas dalam ditarik panjang.

Dahi Ghazi berkerut saat nafas ditarik. Bau itu. Tak mungkin.

Tapi bau itu. Bau yang sudah lama tidak dihidunya. Bau yang dia rindui.

Tapi mustahil.

Ish, kenapa dengan aku ni? Takkanlah rindu sangat sampai terbayang benda yang bukan-bukan?

Namun Ghazi cuba untuk sekali lagi menarik nafasnya, cuba untuk menghidu jika apa yang dihidunya itu bukanlah satu khayalan.

Ya, bau itu masih ada di situ.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now