Tigapuluhenam

180 8 0
                                    

"What were you thinking, Em?! Em dah malukan Abah dan Ibu! Kalau Tuan Razaleigh tahu pasal ni, rosak semuanya!" ujar Pengiran Eskandar berang, suaranya meninggi. Sejak tadi dia berjalan kehulu-kehilir di ruang tamu itu, sesekali matanya menjeling tajam ke arah Emran yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu.

"Esok Em jumpa Lana dan bincang," ucap Emran perlahan. Sedikit pun dia tidak berani memandang wajah Abahnya yang merah padam menahan berang itu. Bukannya dia tidak tahu sikap Pengiran Eskandar yang panas baran itu.

"Em ingat dengan bincang semua tu akan go away ke? Em ingat Lana nak teruskan ke bila nampak Em dalam keadaan macam tu?" marah Pengiran Eskandar lagi.

"Em tak ada niat untuk teruskan dengan Ilana, Abah," ujar Emran perlahan. Wajahnya diangkat agar pandangannya bertentangan dengan Pengiran Eskandar.

Membuntang mata Pengiran Eskandar mendengar kata-kata Emran itu.

"Emran cakap apa?! Emran jangan main-main!"

"Emran serius, Abah. Emran tak nak teruskan pertunangan ni lagi. Emran tak nak kahwin dengan Ilana."

"Em! Em sedar tak apa Em cakapkan ni? Majlis tak lama lagi, Em nak batalkan semuanya?" celah Dayangku Nazra, terkejut dengan keputusan Emran itu.

"Kita tak perlu batalkan majlis tu kalau Abah dan Ibu tak nak malu. Tapi Em tak nak kahwin dengan Ilana."

"Habis tu, Em nak buat apa? Nak kahwin dengan perempuan tadi tu?" herdik Pengiran Eskandar.

Emran melepaskan nafasnya. "Ya, Abah. Em nak kahwin dengan Tara."

"Em!! Em sedar tak apa yang Em buat ni? Macam mana dengan Ilana? Macam mana dengan Tuan Razaleigh, Puan Nora?" kata Dayangku Nazra. Terasa sesak dadanya mendengar apa yang ditutur Emran.

"Em sedar, Ibu. Em waras. Em tahu apa yang Em buat. Dan Em sedar yang walau macam mana pun, Em dan Ilana takkan bahagia kalau kami berdua berkahwin."

"Jadi Em rasa Em akan bahagialah dengan perempuan tu?"

"Abah, nama perempuan tu Tara Selina. Dan ya, Em akan bahagia bersama dia. Samada Abah dan Ibu suka atau tidak, Em akan tetap kahwin dengan Tara."

"Habistu, Em nak kahwin dua?"

Emran tertawa kecil. Nyatanya kedua orang tuanya masih tidak tahu apa yang berlaku dengan Ilana. Emran berharap yang dia masih punya peluang untuk menghalang Ilana dari berpisah dengan Ghazi. Tidak mahu jadi pemusnah rumah tangga orang.

"Itu takkan berlaku, Ibu."

"Emran, Abah tak peduli. Abah nak Em pergi jumpa Ilana dan fix this! Emran mesti kahwin dengan Ilana jugak!"

Emran mengeluh lagi. Rambutnya diraupkan ke belakang. Tahu di saat itu tidak ada gunanya untuk dia cuba untuk berbincang secara rasional dengan kedua orang tuanya. Harapan yang ada cumalah tinggal Ilana. Berharap yang Ilana akan memahami.

"Esok Em pergi jumpa Ilana," luah Emran akhirnya, lantas bangkit dari duduknya, mahu berlalu dari situ.

"Good. And Emran, Abah tak nak Emran pergi jumpa perempuan tu. Abah dan Ibu akan terus berada di sini sehingga tarikh perkahwinan Em nanti. Jangan harap nak buat hal lagi," tegas Pengiran Eskandar, matanya tajam memerhati Emran yang mula mengorak langkah menuju ke bilik tidurnya.

"Ya, Abah." balas Emran lemah, malas untuk membantah lebih lagi.

~~

Emran melepaskan satu keluhan. Kejadian dia diamuk oleh Pengiran Eskandar bermain semula di ingatan. Betapa rumitnya situasi di saat itu. Sudahlah hal Ilana belum tentu sudah selesai, sekarang kena selesaikan satu lagi masalah.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now