Duapuluhtiga

151 3 0
                                    

Tujuh tahun sebelum itu...

Tara Selina menghirup segelas frozen margarita di hadapannya, sebelum menyandarkan belakangnya pada meja bar Sundown Saloon di bandar Boulder, Colorado. Hujung minggu yang baru bermula, memberikannya ruang untuk merehatkan sebentar otak yang diperah sepanjang minggu. Sesungguhnya semester pertama MBA di University of Colorado (CU), Boulder itu mencabar dirinya. Walaupun sibuk, Tara merasakan hujung minggu itu dia benar-benar perlukan rehat dari tugasan yang menggunung sedang menunggunya di dalam bilik. 

Tara menoleh ke sisi, melihat rakan sebiliknya Amy, sedang berbual-bual dengan seorang jejaka bertubuh sasa dan tinggi lampai, mengenakan baseball cap, langsung tidak mempedulikan Tara. Sesekali terdengar Amy tertawa. Entah apa agaknya jejaka itu katakan yang  dirasakan lucu. 

Sisa margarita di dalam gelas dihirup sehingga habis sebelum Tara memesan segelas lagi kepada bartender di belakang bar. Tidak sampai lima minit, bartender meletakkan gelas di hadapan Tara sebelum dihirup sehingga separuh. 

"Hey, can you keep this coming?" ujar Tara kepada bartender, menunjuk ke arah gelas di tangannya. 

Tara melemparkan pandangannya ke ruang bar yang sibuk dengan hiruk-pikuk pengunjung rata-rata dari golongan mahasiswa dari CU. Gelagat pengunjung yang leka berbual diselangi dengan alunan musik di dalam bar itu membuatkan ruang bar itu bertambah rancak. Sedikit sebanyak membuatkan Tara terlupa dengan bebanan tugasan. 

Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sekumpulan lelaki yang sedang leka bermain pool tidak jauh dari situ. Lebih tepat, pandangan Tara terpaku ke arah jejaka yang sedang tertunduk pada meja pool, bersedia untuk memukul bola berwarna putih. Jejaka itu kelihatan bersahaja mengenakan knitted sweater berwarna krim dipadankan dengan seluar jeans. Beberapa juraian rambut berwarna coklat yang agak panjang jatuh di dahi jejaka itu. Wajah yang kacak dengan hidung yang mancung dan mata yang sedikit sepet itu ditumbuhi jambang yang tipis, mengukir satu senyuman yang teramat manis sekali, membuatkan hati Tara bergetar. Tanpa Tara sedari, setiap gerak-geri lelaki itu menjadi perhatiannya. 

"What are you even looking at, Tara?" tanya Amy curiga, mematikan lamunan Tara. Kepala Tara sudah mulai khayal, entah berapa gelas margarita telah diteguknya sejak tadi. Mungkin sahaja tiga, mungkin sahaja lima. 

Tara tersenyum simpul ke arah Amy. Amy menoleh ke arah pandangan Tara yang sejak tadi tidak beralih, lantas menjungkitkan keningnya. Pandangannya kembali ke wajah Tara yang tersengih bagai kerang busuk. 

"Frat boys? Really Tara?" ujar Amy menggulingkan matanya. Sekali lagi Amy menjeling ke arah sekumpulan lelaki kacak yang sedang bermain pool itu. 

"I don't think they are frat boys, Ames," balas Tara. 

"Oh really? How are you so sure? They look like a bunch of those international frat boys," jawab Amy. Bukannya Tara tidak tahu frat boys memang mempunyai reputasi di kampus, sebab itulah Amy sedikit jelik melihat mereka. Tetapi bagi Tara, tidak ada salahnya, kerana dia pun tidak mencari hubungan yang serius. Cuma satu sahaja tentang Tara yang tiada yang tahu. 

"Wanna bet if I can pick one of them up?" cabar Tara membuatkan Amy membeliakkan matanya. Memang sah Tara sudah mabuk!

"You're not serious, Tara!" ujar Amy tergelak. Matanya dijegilkan saat melihat Tara menghabiskan sisa minuman dan bangkit dari kerusi bersedia untuk melangkah ke arah kumpulan lelaki di meja pool itu. 

"Watch me," balas Tara nakal sebelum menyeringai dan mula melangkah. 

Sweater knitted cashmere off shoulder yang menampakkan kedua belah bahunya dibetulkan sebelum Tara memulakan langkahnya dengan yakin menuju ke meja pool. Terlihat jejaka yang mengenakan sweater krim sedang berdiri di meja tinggi berhampiran dengan meja pool. Sesekali minuman di atas meja dihirup sambil dia berbual dengan salah seorang dari rakannya. Keduanya sedang menunggu giliran untuk bermain pool. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now