Tigapuluhtiga

153 4 0
                                    

Ilana memandang dirinya di dalam cermin, menyapu krim pada kulit wajahnya sebelum wajahnya itu dimekap tipis. Cukup sekadar mengenakan sunscreen, maskara dan tinted lip balm. Tubuhnya pula disarung sehelai tshirt berwarna putih polos yang dipadankan dengan jeans berwarna biru sebelum rambutnya diikat satu. Terasa berat hatinya untuk pergi pagi itu namun mengenangkan janjinya kepada Dayangku Nazra, digagahkan jua dirinya.

Sejenak Ilana berfikir sendiri. Pengiran Eskandar dan Dayangku Nazra tahukah tentang status dirinya di saat itu? 

Telefon bimbit di hujung meja solek berbunyi, membuatkan Ilana menoleh. Dia tahu siapa yang memanggilnya kerana telefon itu hanya dikhaskan untuk dihubungi seorang sahaja. Emran.

Butang hijau ditekan.

"Good morning, Baby Girl. Dah siap? Nak I ambil you di rumah tak? Boleh kita breakfast sama sebelum ke butik?" suara garau Emran menyapa gegendang telinga Ilana sebaik sahaja panggilan dijawab.

Ilana mengerling sekilas jam Patek Philippe di pergelangan tangan. Janji temu di butik sepatutnya pukul 11 nanti. Sekarang pukul 10.

"Tak payah. I dah breakfast di rumah. Lagipun dah lambat dah ni, nanti lambat pula sampai di butik. Appointment kan pukul 11?"

"Kalau macam tu, I ambil you di rumah dan kita sama-sama ke butik? Jadi you pun tak penat nak drive," pujuk Emran lagi.

"Thanks tapi rasanya tak perlulah Em. You pun masih di blacklist di Windsor ni. Luke akan hantarkan I jadi I tak perlu nak drive. Tak perlu risau pasal I," balas Ilana tegas. 

Sejenak tidak kedengaran respon dari Emran di hujung talian.

"Kalau macam tu I tunggu you di butik. Jumpa kat sana ya? I miss you," ucap Emran.

Tanpa pamitan, Ilana terus sahaja memutuskan talian. 

Setelah memasukkan segala keperluannya ke dalam beg tangan Celine berwarna coklat muda, Ilana mula menapak menuruni tangga. Rumah yang luas itu terasa kosong dan lebih sepi dari biasa tanpa Ghazi, membuatkan hatinya terasa sayu. Satu keluhan perlahan dilepaskan sebelum Ilana meneruskan langkah menuju ke pintu hadapan. 

"All ready Mrs Strauss?" terdengar suara Luke menyapa. Terlihat Luke sedang berdiri di sisi Audi Q8 berwarna hitam yang selama ini digunakan Ghazi dengan pintu penumpang belakang yang terbuka. Hati Ilana terasa sayu sekali lagi. Selalunya Ghazi akan menunggunya di dalam kereta itu, tetapi kali ini dia bersendirian. Dengan bibir yang terkunci, Ilana menapak masuk ke dalam SUV berwarna hitam itu. 

Apa agaknya yang sedang Ghazi lakukan sekarang?

ILANA SARAMAIA: Sayang, awak buat apa tu? Saya harap awak tak bosan tanpa saya di sana. Saya rindu awak. 

Sempat Ilana menghantar satu pesanan ringkas kepada Ghazi dalam perjalanan menuju ke butik. Terlihat beberapa pesanan ringkas yang telah dihantarnya sebelum ini masih tidak berbalas. Satu keluhan dilepaskan sebelum telefon bimbit disimpan semula ke dalam beg tangan. 

"We're here, Mrs Strauss. Do you want me to go with you?" ucap Luke saat kereta sudah berhenti di hadapan butik tanpa Ilana sedari. 

"It's alright, Luke. I'll be fine. Thank you. I'll call you when I'm done."

"I'll be waiting just across the street, Mrs Strauss."

"Thank you, Luke."

Ilana menapak masuk ke dalam butik serba putih itu, beberapa jambangan bunga terletak di beberapa sudut butik yang kelihatan sunyi itu. Baju-baju pengantin bernada putih yang pelbagai bergantungan di satu sudut. Kelihatan sungguh elegan sekali. Inilah kali pertama Ilana menapak ke dalam butik Rico itu. Selama ini, segala persediaan diuruskan oleh Puan Nora dan Dayangku Nazra, sedikitpun Ilana tidak peduli. Baju yang dipilih pun adalah pilihan Puan Nora dan Dayangku Nazra. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now