Duapuluhempat

186 8 0
                                    

Memang saat ini sungguh sulit bagiku. 

Sampai kapan aku kan menanti

Oh Tuhan tolong kuatkan hati ini.

Hanya dia nafasku, kembalikan padaku

Kerana terlalu lelah jiwaku menunggu. 

- Sampai Kapan, Mike Mohede

Ilana melemparkan pandangannya ke luar pintu balkoni yang menghadap pemandangan Laut Cina Selatan. Sayup-sayup kedengaran bunyi ombak yang memecah pantai di kejauhan. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ruang itu, meniup helaian rambut di wajahnya yang terlepas dari ikatan. Mindanya jauh menerawang, sedikit pun tidak terfokus pada apa yang di hadapannya di saat itu.

"Lana? Lana dah tahu nak baju macam mana nanti?" suara Dayangku Nazra memecah gegendang telinga Ilana, mematikan lamunannya. Pandangan yang sejak tadi dilemparkan ke luar pintu balkoni yang luas terbuka itu dialihkan ke wajah wanita pertengahan umur itu. Terlihat Dayangku Nazra tersenyum lebar ke arahnya, di sisi Dayangku Nazra, mamanya sedang leka membelek binder yang telah disediakan oleh perancang majlis perkahwinan untuk dibelek untuk inpirasi majlis Ilana dan Emran. Kurang lima bulan sahaja lagi. Segala keputusan untuk persiapan perlu dibuat cepat!

Ilana tersenyum nipis. Jemarinya kembali membelek fail yang berisi rekaan baju pengantin. Teringat pula dengan gaun perkahwinannya bersama dengan Ghazi suatu masa dahulu. Tiada yang dapat menandingi gaun itu. 

Hai, bilalah aku nak bagitau mereka tentang aku dan Ghazi?

Mahu tidak mahu, Ilana terpaksa berpura-pura berminat dengan isi kandungan beberapa buah binder yang menggunung di atas meja kopi di hadapannya itu. 

Awal pagi Sabtu lagi Ilana sudah menjemput Mamanya di rumah sebelum mereka ke rumah Emran di kaki Gunung Santubong untuk menikmati brunch bersama Emran dan Dayangku Nazra sekaligus berbincang tentang persiapan majlis perkahwinan. Walaupun berat hatinya untuk meninggalkan Ghazi sendirian di rumah, Ilana terpaksa jua. Dia tidak punya alasan untuk berdalih dengan Puan Nora. 

Mungkin jika ada yang tahu apa sedang terjadi akan menganggap Ghazi sebagai suami yang dayus, membenarkan isterinya sendiri ditunangkan dengan lelaki lain, membenarkan isterinya meneruskan sandiwara bersama lelaki lain, namun bagi Ilana, Ghazi jauh dari seorang lelaki suami yang dayus. Ilana tahu, walaupun Ghazi tidak senang hati, tetapi semua itu perlu dikorbankan demi untuk melembutkan hati Tuan Razaleigh. 

Telefon bimbit di dalam beg tangan yang bergetar secara tiba-tiba menarik perhatian Ilana. Pantas dipancing gajet itu dari dalam beg Celine di sisinya. Bibirnya tersenyum melihat nama yang tertera menghantar pesanan ringkas kepadanya. 

GHAZI HARDANI STRAUSS: Awalnya awak keluar pagi ni? 

ILANA SARAMAIA: Sorry, tak bagitau awak. Saya kena teman Mama pagi ni. Awak tidur tadi, tak sampai hati nak kejutkan. 

GHAZI HARDANI STRAUSS: Saya baru je ingat nak spend time dengan awak weekend ni. Lama sangat dah kita tak spend masa bersama, just the two of us. I miss you. 

ILANA SARAMAIA: Petang sikit saya janji masa saya sepenuhnya untuk awak ya? 

GHAZI HARDANI STRAUSS: Awak dan Mama ke mana?

Ilana gigit hujung bibirnya. Patutkah dia menipu Ghazi demi untuk menjaga hati suaminya itu? Tetapi kalau dia menipu Ghazi dan Ghazi dapat tahu pun menjadi satu masalah besar untuknya. Ilana dipukul rasa serba salah. 

ILANA SARAMAIA: Jumpa Dayangku Nazra. 

"Ibu, ni Rico bawakkan baju lahi ni," suara Emran yang baru sahaja menapak ke situ memecah ruang tamu itu. Dengan pantas Ilana menyimpan semula telefon bimbit yang sejak tadi dipegang ke dalam beg tangannya. Tanpa Ilana sedari sebenarnya sejak tadi Emran sudah lama memerhati gerak gerinya, melihat Ilana yang tersenyum sendirian membaca dan mengetik telefon bimbit penuh leka sekali. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now