Tigapuluhsembilan

247 9 0
                                    

I will leave my heart at the door.

I won't say a word. They've all been said before.

So why don't we just play pretend like we're not scared of what is coming next.

Or scared of having nothing left.

I don't need your honesty, it's already in your eyes.

No one knows me like you do.

And since you're the only one that mattered, tell me who do I run to?

Look, don't get me wrong.

I know there is no tomorrow.

All I ask is if this is my last night with you.

Hold me like I'm more than just a friend.

Give me a memory I can use.

Take me by the hand while we do what lovers do.

It matters how this ends.

Cause what if I never love again?

- All I Ask, Adele.

Ilana mengeliat malas, meregangkan tubuhnya. Bibirnya menguntum senyuman, mengingati semula saat-saat indah di antara dia dan Ghazi semalam. Saat segala rindu terlerai, dibuai dengan perasaan kasih yang mengasyikkan.

Ilana mengalihkan tubuhnya di dalam duvet, mahu bangkit dari katil. Namun belum sempat pun dia mengangkat tubuhnya, terasa pinggangnya dirangkul kemas dari belakang. Terasa satu kucupan hangat hinggap di bahunya yang terdedah.

"Good morning, wifey," ujar suara manja Ghazi yang sedikit serak.

"Good morning," balas Ilana, seraya mengerling sekilas ke arah jam di meja sisi di sebelahnya. Mata Ilana terbeliak saat melihat waktu yang tertera.

Sudah jam 11 pagi!

"Sayang! Awak tak kerja ke hari ni?" tanya Ilana cemas. Duvet yang tadi menyelimuti tubuh terus dibuka, namun tetap sahaja rangkulan Ghazi pada pinggangnya tidak longgar.

"Sayang, I am the CEO of Strauss Enterprise. Saya boleh masuk kerja bila-bila masa saya nak," balas Ghazi selamba, membuatkan Ilana menggulingkan matanya.

"Iyalah tu. Macamlah saya tak kenal awak, Ghazi," jawab Ilana pula. Dia tahu Ghazi sangat berdisiplin tentang kerjanya. Mana mungkin Ghazi akan semudah itu tidak ke pejabat. Paling tidak pun Ghazi akan bekerja dari rumah, terperap di dalam bilik kerjanya di tingkat bawah penthouse itu.

"Dah tahu, kenapa tanya Sayang? Saya cuti hari ni. I want to spend time with my wife. Unless ada sesuatu yang urgent, then they would conference me in. Is that okay with you, Mrs Strauss?" ujar Ghazi lagi. Ilana mencebik.

Sesaat kemudian, terasa lehernya dijamah mesra oleh seulas bibir Ghazi, sebelum bibir itu mulai menjalar ke belakang Ilana, membuatkan bulu roma Ilana meremang. Terasa bergetar tubuhnya dengan setiap kucupan yang mengasyikkan itu. Tanpa Ilana sedari, satu desahan halus meluncur dari bibirnya, membuatkan jiwa Ghazi bergelora. Terasa jemari Ghazi yang merangkul pinggangnya mula menjalar masuk ke dalam camisole sutera di tubuh, membelai dengan perlahan lekuk tubuh Ilana dengan menggoda.

"Stay with me, Sayang?" bisik Ghazi tepat ke cuping telinga Ilana, sebelum bibirnya menjamah cuping telinga itu.

"Sayang, I can't go anywhere now can I? Awak tengah peluk saya ketat-ketat ni," balas Ilana, berseloroh membuatkan Ghazi tertawa kecil.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now