Tigapuluhtujuh

205 7 0
                                    

Penerbangan Singapore Airlines SQ231 dari Singapura terus menuju ke Sydney membelah langit malam yang gelap. Sesekali kelihatan kepulan awan kelabu di luar jendela jet Airbus A380 itu. Skrin di dalam kabin kelas pertama itu menunjukkan ada lebih kurang enam jam lagi sebelum kapal terbang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith, Sydney. Sungguhpun jam menunjukkan pukul 1 pagi waktu tempatan, mata Ilana langsung tidak mengantuk kerana perasaan terujanya.

Di minda Ilana dia sudah berkira-kira apa yang bakal dia lakukan sebaik sahaja kapal terbang mendarat. Niatnya untuk memberikan kejutan kepada Ghazi, selagi Ghazi tidak pulang ke rumah, selagi itu dia tidak akan memberitahu Ghazi yang dia sudah berada di Sydney. Dia akan menunggu Ghazi di penthouse sehingga Ghazi pulang dari kerja nanti. 

Dinding pemisah yang memisahkan tempat duduk dia dan Luke yang duduk di belakangnya diketuk perlahan, menarik perhatian Luke yang sedang leka membaca. Luke mengangkat wajahnya dari buku di tangan. 

"Anything I can help you with, Mrs Strauss?" tanya Luke perlahan, berhati-hati untuk tidak menganggu penumpang yang lain. 

"You sure you did not tell Dex or anyone else that we're coming?" tanya Ilana, mahukan kepastian. Beberapa hari sebelum bertolak ke Sydney lagi Ilana sudah memesan kepada Luke untuk tidak memberitahu sesiapa yang mereka akan pulang semula ke Sydney. Kalau Luke memberitahu Dex, sudah pasti Dex akan memberitahu Ghazi. Kalau itu terjadi, mana "element of surprise" untuk memastikan rancangan kejutan Ilana itu berjaya? 

"I am sure, Mrs Strauss. I only notified the concierge so that your key card will be ready when we arrive. I did inform them to be discreet and not tell anyone else," jelas Luke. Ilana tersenyum nipis. 

"Are you excited to be finally back home, Luke?" tanya Ilana lagi, cuba untuk berbual kosong sebentar. Terlihat satu senyuman terukir di bibir Luke. Sudah beberapa bulan dia berada di Malaysia. Jangkamasa yang agak panjang untuk berjauhan dari yang tersayang yang tinggal di Sydney. Luke sendiri tidak sangka yang dia akan pulang secepat itu ke Sydney. 

"Of course, Mrs Strauss," jawab Luke ringkas. 

"That's good. I suggest you to take a few days off when we're back. Go visit your love ones, spend some time with them. I'll be alright on my own."

Terbeliak mata Luke mendengar arahan Ilana itu. Rasa tidak percaya. "Are you sure, Mrs Strauss?" ujar Luke teruja. 

"I am very sure, Luke. I will be fine. Besides, I plan to spend some time with Ghazi, so I presume Dex will be there as well."

Luke mengangguk beberapa kali. "Thank you, Mrs Strauss."

Penerbangan selama tujuh jam lebih itu langsung tidak terasa. Perasaan teruja untuk kembali semula ke Sydney membuatkan kepenatan perjalanan seperti hilang. Ilana tidak sabar untuk pulang. Tidak sabar untuk kembali ke pangkuan Ghazi. Tidak sabar untuk memeluk semula tubuh Ghazi di dalam pelukan yang erat. Tidak sabar untuk menghidu haruman Ghazi yang memberikan ketenangan kepada dirinya. Dia rindu pelukan itu, sentuhan itu, haruman itu. Segala-galanya tentang Ghazi terlalu dirindui. Terasa hendak pecah dadanya menahan rindu.

Kapal terbang mulai turun, sebelum mendarat di tarmac Lapangan Terbang Kingsford Smith. Jantung Ilana berdegup semakin kencang saat melihat kapal terbang sudah berhenti di samping Aerobridge.

Dah sampai!

Bibir Ilana menguntum senyuman lebar. Krew penerbangan terlihat sedang sibuk  bersedia untuk membenarkan penumpang turun dari perut kapal terbang.

"I got your luggage, Mrs Strauss," ujar Luke, menjinjit hand luggage Ilana di dalam tangannya. Ilana tersenyum.

"Thank you Luke."

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now