Enam

279 5 0
                                    

Mencintaimu selama ku bernafas

Seindah cahaya pagi terangi hidupku

Memilikimu, aku pun percaya

Kasih yang telah kau beri membuka mataku. 

Dan untuk pertama kali, ku sedar kau cintaku. 

Ku takkan bisa melakukan semua tanpa dirimu di sisiku. 

Kau yang mengenggam hatiku

Takkan sanggup melewati waktu tanpamu

Kerana hanya dirimu yang mengerti.

Kerana ku memilihmu. 

- Hanya Dirimu, Dygta & Meda

Ruangan dewan di bangunan ikonik Sydney Opera House sudahpun ditempah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ruangan dewan di bangunan ikonik Sydney Opera House sudahpun ditempah. Ruangan luas Yallamundi Rooms dengan jendela kaca floor to ceiling dihias indah dengan dekorasi minimalis menggunakan daun eucalyptus dan bunga ranunculus di segenap ruang, berlatar belakang pemandangan Sydney Harbour Bridge. Dekorasi sebegitu dipilih agar punya keseimbangan di antara pemandangan dan hiasan dalaman majlis yang bakal berlangsung. 

Seramai 50 orang tetamu dari kalangan sahabat handai dan rakan perniagaan yang dijemput ke majlis paling eksklusif pada tahun itu. Tidak ramai yang dijemput, malahan media pun tidak dihebahkan. Ghazi mahukan majlis itu seintim yang boleh. Tiada telefon bimbit atau kamera yang dibenarkan kecuali seorang jurugambar yang diupahnya. 

Sayup-sayup kedengaran dentingan piano dan petikan cello yang dimainkan oleh seorang pemain piano pada sebuah grand piano berwarna putih dan seorang pemain cello di satu sudut ruang itu. Terlihat beberapa orang tetamu masih lagi berbual di patio luar yang telah dikhaskan untuk majlis itu sementara menunggu majlis untuk bermula. Majlis akan bermula di East Yallamundi Room di mana upacara nikah akan dikendalikan oleh seorang Celebrant. Berbeza dengan di Malaysia, di Australia, upacara nikah secara Islam dan Civil boleh dikendalikan oleh seorang yang telah diberikan lesen digelar Celebrant. Lebih kurang seperti seorang jurunikah. 

Gaun pengantin lace potongan sheath mengikut bentuk tubuh yang ringkas berwarna cream dihiasi taburan manik dan kristal Swarovski rekaan Zuhair Murad telah dipilih. Rambut separas bahu berwarna coklat yang berombak didandan dengan ditocangkan separuh sebelum diselit klip Swarovski berbunga kecil. Wajah yang polos itu sekadar dimekap tipis, itupun sudah membuatkan Ilana nampak sungguh manis dan anggun. 

Jantung Ilana berdegup kencang, tidak senang duduknya di dalam bridal room. Tangannya yang sejak tadi memegang jambangan freesia dan tuberose berwarna putih terasa berpeluh, sedangkan ruangan itu berpendingin hawa.

Setelah empat puluh hari Ilana mengatakan 'ya' pada lamaran Ghazi, mereka berdua akan disatukan sebagai suami isteri. Walaupun jangkamasa itu seperti terlalu pendek dan cepat, kedua Ghazi dan Ilana telah bersetuju yang tiada gunanya untuk menangguhkan perkahwinan itu. Apa salahnya dilakukan dengan secepat mungkin? Ghazi mahu mengikat Ilana, lebih-lebih lagi dengan Ilana yang akan menamatkan pengajiannya tidak lama lagi. Sekurang-kurangnya, jika Ilana mahu pulang ke Malaysia nanti, Ghazi boleh ikut serta, dan mereka sudah bergelar suami isteri. Dan jika Ghazi terpaksa tinggal di Australia buat sementara sekalipun, Ghazi tidak akan risau kerana Ilana akan tetap menjadi miliknya sebagai isterinya. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now