Empatpuluh

313 11 0
                                    

Kekasih,

Hati ni takkan terganti tuk memilih bahagia denganmu.

Yang telah berikan dunia.

Tak perlu kau tanyakan arti cinta di hatiku

Besarnya rasaku yang ku berikan untukmu

Inilah diriku sepenuhnya untukmu selalu

Mencintaimu, sungguh-sungguh aku mencintaimu.

Takkan ada yang bisa menggantikanmu. 

Di hatiku satu untukmu. 

Menyayangimu, sungguh-sungguh aku menyayangimu

Takkan pernah ku berpaling dari kamu

Itulah janjiku untukmu. 

Ilana mendengus lembut seraya menggulingkan matanya saat dia melangkah keluar dari perut Rolls Royce Cullinan yang membawanya sejak tadi. Matanya melihat pesawat yang sudah menunggu di hadapannya. Terlihat Ghazi yang sedang berdiri di sisi pintu yang terkuak luas itu tersengih lebar melihat reaksi wajah Ilana sebegitu. 

"Naik helikopter lagi? Nak ke mana lagi ni, Ghazi?" tanya Ilana curiga, mulai melangkah masuk ke dalam perut helikopter. Kali ini, helikopter yang dinaiki mempunyai muatan yang lebih besar dari helikopter sebelum ini. Berbeza dengan sebelum itu, Dex dan Luke akan turut serta menuju ke destinasi mereka, membuatkan Ilana menjadi lebih curiga. 

"Saya dah cakap kan, surprise? Just enjoy the flight, Mrs Strauss!," jawab Ghazi, senyuman lebar tidak lekang dari wajahnya. 

Helikopter itu terus naik dan membelah langit indah Sydney. Ilana leka, menjamu matanya dengan pemandangan indah bumi Australia di musim sejuk itu. Pemandangan kota mula bertukar ke pemandangan hutan belukar Australia dan menghampiri Blue Mountain. Ilana seakan-akan tahu ke mana mereka akan pergi saat melalui laluan itu. Seperti satu dejavu. 

Ilana menoleh ke arah Ghazi yang sejak tadi melihat Ilana yang tenggelam dalam lamunannya. Dari pandangan mata Ilana itu sahaja Ghazi sudah dapat mengerti apa yang Ilana cuba katakan kepadanya. Ghazi mencapai jemari Ilana, digenggam erat jemari mulus itu sebelum dia mengangguk kecil. Mengiakan apa yang sedang berbaur di minda Ilana. 

"Are you serious, Ghazi?" tanya Ilana seakan tidak percaya. 

"Happy second honeymoon, Mrs Strauss," ujar Ghazi seraya mengenyit matanya nakal. Satu senyuman lebar terukir di wajah Ilana, terasa geli hati melihat Ghazi sebegitu. 

Lebih kurang 45 minit setelah mereka meninggalkan kawasan Sydney CBD, helikopter akhirnya mendarat di pad helikopter Emirates One & Only Wolgan Valley, tempat di mana Ilana dan Ghazi menghabiskan bulan madu mereka dahulu. Dari pad helikopter itu, mereka dibawa ke rumah utama resort sebelum menuju ke vila yang telah ditempah. 

Ilana merenung ke luar pintu kaca vila yang menghadap hutan eucalyptus yang masih sahaja menghijau di kaki Blue Mountain itu. Sungguhpun di luar dingin, namun suasana di dalam vila itu hangat, dengan api yang marak di dalam unggun pendiang di satu sudut vila itu. Pemandangan musim sejuk di resort itu nyatanya berbeza dengan kali terakhir dia dan Ghazi di situ. Namun tetap sahaja kekal cantik. 

Ghazi menapak perlahan ke arah Ilana yang berdiri di hadapan pintu yang menuju ke ruang balkoni vila itu. Pinggang Ilana dirangkul dari belakang, sebelum leher Ilana dikucup lembut. Dagunya ditopangkan pada bahu Ilana. 

"Enjoying your view, Mrs Strauss?" 

Ilana angguk. "Thank you sebab bawa saya ke sini, Ghazi."

"Anything for you, Sayang," ujar Ghazi sebelum mengucup pipi Ilana. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now