Lapan

215 7 0
                                    

Ilana sedang berbaring pada kerusi malas di sisi kolam renang, menikmati musim panas dan cutinya yang bersisa. Lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi majlis konvokesyen, ertinya, dia punya seminggu lebih lagi untuk membuat pilihan samada mahu bekerja di Strauss Enterprise ataupun Emser Solutions. Jawatan yang ditawarkan di kedua-dua buah syarikat itu punya kelebihannya tersendiri, menjadikan Ilana lebih susah untuk membuat keputusan. Namun jauh di sudut hatinya, dia turut memikirkan kemungkinan untuk pulang semula ke Malaysia. 

Ghazi sendiri sudah menyatakan yang tidak punya halangan jika Ilana memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Ilana cuma takut, keluarganya tidak menerimanya semula setelah apa yang terjadi empat tahun lepas. Ilana juga bimbang yang keluarganya tidak akan menerima Ghazi jika mengetahui Ilana sudah berkahwin tanpa pengetahuan mereka. Rindu Ilana semakin membuak-buak untuk pulang. Sepatutnya mengikut perancangan awal, dia pulang ke Malaysia sebaik sahaja tamat pengajiannya. Namun apa yang telah berlaku mengubah segalanya. 

Ilana melemparkan pandangannya di kejauhan, mindanya menerawang kepada Mama dan Papanya. Rindunya terhadap keduanya membuak-buak. Setelah meninggalkan Malaysia, sekali pun mereka berdua tidak pernah lagi menghubunginya. Tuan Razaleigh benar-benar berkecil hati dengan keputusannya. Dan sudah semestinya Tuan Razaleigh tidak membenarkan Puan Nora untuk turut menghubungi Ilana. Padahal Ilana anak tunggal mereka berdua. Kerana itu, Ilana hilang tempat untuk bermanja. Sungguhpun setiap bulan duit poket untuk perbelanjaannya masih dimasukkan ke dalam akaunnya seperti biasa, itu semua tidak punya makna apa-apa kepada Ilana saat dia tidak dapat bercakap pun kepada kedua orang tuanya, berkongsi segala suka dan dukanya seperti yang selalu dia lakukan suatu ketika dahulu. Apalah guna semua harta di dunia jika dia tidak dapat merasa disayangi? 

Hadirnya Ghazi ke dalam hidupnya, mengubati hati yang ingin disayangi, dimanjakan. Hal itu membuatkan Ilana bergantung kepada Ghazi. Ghazi menggantikan ruang kosong di dalam hidupnya untuk menyayangi dan disayangi, untuk mengasihi dan dikasihi. Seluruh perasaan sayang, cinta, kasih yang dia punya dicurahkan kepada Ghazi. Ilana bersyukur kerana Ghazi juga berbuat sebegitu kepadanya. Sungguh Tuhan telah menurunkan seorang insan yang terlalu sempurna untuknya. 

Marahkah Papa dan Mama kalau mereka tahu Ilana sudahpun bernikah di Australia tanpa pengetahuan mereka? Rindukah mereka kepada Ilana seperti Ilana merindukan mereka? Jika Ilana pulang ke Malaysia, adakah mereka akan menerimanya? Tahukah mereka yang Ilana sudah menamatkan pengajiannya?

Ilana mencapai telefon bimbit di meja di sisi kerusi malas itu, dibelek isi telefon bimbit sebelum gambarnya bersama Mama dan Papanya tertera pada skrin. 'I miss you Mama, Papa. I'm sorry,' detik Ilana di dalam hati. Terasa sebak hatinya, dan tanpa disedari, setitis air mata jatuh ke pipinya. Pantas diusap dengan belakang tangan. Topi straw oversized diatur sebelum kacamata hitam diletakkan semula ke batang hidungnya. Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja. Perasaan sayu itu pantas dibuang jauh. Ilana harus kuat! Suatu hari nanti dia pasti akan pulang jua. Cuma bukan sekarang. 

Baru sahaja Ilana hendak bangkit dari kerusi dan terjun ke dalam kolam, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Skrin dilihat sekilas membuatkan jantungnya berdegup kencang saat melihat nama yang tertera pada skrin. 

MAMA is calling...

Seakan tidak percaya, padahal baru sahaja Ilana memikirkan tentang Mamanya. Pantas telefon bimbit dicapai dan ditekan butang hijau. 

"Lana....Lana is that you?" terdengar suara Puan Nora yang serak dan teresak-esak di hujung talian. Senyuman lebar yang tadi terukir di bibir Ilana saat dia menjawab panggilan hilang dengan serta merta. Jantungnya mula berdegup dengan laju, terasa cemas. Apa yang telah terjadi?

"Lana?" sekali lagi terdengar Puan Nora memanggilnya di hujung talian. 

"Ma...Mama? Ya, ni Lana. Kenapa ni Mama? What's wrong?" tiba-tiba sahaja mendapat panggilan berbunyi sebegitu setelah hampir empat tahun tidak berbicara, siapa sahaja yang tidak cemas. Ilana mulai tidak keruan, pelbagai senario bermain di kepalanya. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now