Duapuluhlima

157 9 0
                                    

Dentingan telefon bimbit dari dalam kocek seluar slacks menghentikan langkah Emran yang sedang menapak menuju ke Lamborghini Urus yang terparkir di hadapan pejabat urusan Senecaoil itu. Pantas kocek diseluk dan gajet dikeluarkan seraya pintu kereta dibuka. Selesai menghidupkan enjin dan memasang pendingin hawa, gajet itu dibelek semula. Berkerut wajah Emran melihat nama yang tertera pada skrin. 

TARA SELINA: *sends an image*

Pantas notifikasi itu ditekan. Dahi yang berkerut disertai dengan mata yang membuntang. Nafas Emran mulai menderu laju. 

"Fuck!" marah Emran seraya memukul stereng kereta. Nombor Tara ditekan, cuba untuk menelefon gadis itu dengan sepantas kilat. Setelah beberapa kali nada dail kedengaran, terdengar suara lunak Tara di hujung talian. 

"Tara, you kat mana ni?" tanya Emran dengan nada yang tegas. Tangannya mula memutarkan stereng sebelum pedal minyak ditekan dan kereta SUV sport itu mengaum laju meninggalkan perkarangan bangunan pejabat Senecaoil. Bergema bunyi enjin kereta berkuasa tinggi itu membelah jalan raya. 

"I masih kat sini lah. Kenapa?"

"Yelah, kat sini tu kat mana?" tekan Emran tidak puas hati. Waktu macam ni jugalah Tara sibuk nak cakap tak direct!

"Dekat supermarket mall ni lah, mana lagi. Kenapa?" 

"You tunggu situ. I'll be there in 10 minutes," ujar Emran ringkas sebelum talian diputuskan tanpa pamitan. Dia tahu ke mana untuk dituju. 

Sakit hati Emran melihat Ilana kelihatan mesra dengan lelaki bertubuh tegap dan tinggi lampai, berambut perang yang diikat satu di dalam gambar yang dihantar oleh Tara. Tidak lama kemudian, Tara menghantar lagi gambar lelaki itu sedang menyorong troli sementara Ilana memilih beberapa barangan di pasaraya. 

Siapa lelaki itu? Kenapa Emran seperti pernah melihat sahaja wajah lelaki itu sebelum ini? Kenalkah Emran? 

Api cemburu yang membara membuatkan Emran menekan pedal minyak untuk memacu kereta lebih laju, agar lebih pantas sampai ke destinasi. Kurang dari 10 minit kemudian, Emran sampai ke destinasi. Telefon bimbit dicapai dari konsol dan nombor Tara didail. 

"Kat mana?" ujar Emran sebaik sahaja panggilannya dijawab. 

"I kat tempat parking ni. You kat mana?"

"I dah sampai kat depan. You're still with them?"

"Yes. I rasa dia orang dah nak ke kereta ni."

"Where?"

Sebaik sahaja Tara memberikan butiran lokasinya, Emran memutarkan stereng, menuju ke tempat letak kereta yang tidak jauh dari situ. Di kejauhan dia melihat kelibat Tara yang sedang menunggu di belakang sebuah tiang. Kereta dihentikan sebelum cermin diturunkan, mengisyaratkan untuk Tara masuk. 

Sengaja Emran memberhentikan keretanya sedikit jauh, tidak mahu Ilana mahupun lelaki bersama Ilana perasan kedatangannya di situ. Terlihat Ilana berjalan, sambil bergelak tawa dengan lelaki itu yang menyorongkan troli tidak jauh di belakangnya, menuju ke sebuah SUV hitam bertinted gelap. Emran mengerutkan dahinya sekali lagi. 

Kereta itu seringkali dilihat di perkarangan bangunan pejabat Musaerna setiap kali Emran ke situ. Dan setiap kali kereta itu ada, sudah pasti kereta Ilana tidak ada di ruang parkir kereta juga. Memang Emran tidak silap lagi kerana kereta itu seringkali berhenti di hadapan bangunan pejabat Musaerna. 

Siapakah lelaki itu pada Ilana? Adakah Ilana curang kepadanya? Adakah itu sebab kenapa Ilana bersikap dingin kepadanya walaupun dia sudah mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati Ilana?

Degupan jantung Emran menjadi semakin pantas. Perasaan cemburu, marah dan cemas berbaur menjadi satu. 

"You nak buat apa sekarang ni?" tanya Tara memecah keheningan di dalam kereta itu. Sejak tadi Emran memberhentikan keretanya di satu sudut tersembunyi ruang parkir itu, memerhati gerak-geri Ilana dan lelaki berambut perang itu dari jauh. Terlihat lelaki itu membukakan pintu penumpang hadapan untuk Ilana, sebelum memunggahkan barangan yang dibeli ke bonet belakang. Dari pandangan mata Tara, lelaki berambut perang bertubuh tegap mengenakan kemeja lengan pendek berwarna hitam dipadankan dengan jeans hitam dan sepasang work boots Timberland kelihatan segak dan ranggi. Handsome! Dari manalah Ilana dapat lelaki ni, detik hati Tara. Patutlah Ilana menyatakan yang dia langsung tidak kisah tentang Emran. 

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now