Sepuluh

216 7 0
                                    

Awangku Emran Emir meletakkan sebiji bola golf di atas rumput sintetik di hadapannya sebelum genggaman pada batang kayu golf dibetulkan untuk membuat satu pukulan. Kayu golf dihayun dengan cekap sekali, memukul bola golf nun di kejauhan. Beberapa ketika kemudian, sebiji lagi boleh kecil diambil dengan hujung batang golf, diletakkan di tempat yang sama.

Satu keluhan terlahir di bibirnya, mindanya runsing. Itulah salah satu sebab dia ke driving range pada hari itu, untuk menghilangkan stress.

"Awal hari ni, Em?" tegur satu suara, membuatkan Emran menoleh sekilas. Pandangannya dijeling ke arah lelaki yang baru sahaja melangkah menghampirinya, menarik beg golf sebelum melabuhkan punggung di bangku tidak jauh dari situ.

"Bosan duduk dalam office. Baik aku main golf. Otak serabut lah Izz," balas Emran. Pandangannya dilemparkan semula ke arah padang driving range yang luas menghijau.

"Kau nak runsing apa?" tanya Izz, rakan karibnya sejak dari zaman bangku sekolah lagi. Sudah pelbagai yang mereka berdua lalui sepanjang persahabatan yang lebih 20 tahun itu. Entah apa lagi yang seorang seperti Emran mahu runsingkan. Rupa ada, kerjaya pun ada, harta apatah lagi.

"Lana," balas Emran pendek membuatkan Izz tersenyum.

Oh, Ilana.

Sejak dari bangku sekolah menengah lagi, Izz sudah cukup tahu dengan misi Emran untuk memikat Ilana, namun sehingga sekarang tidak juga membuahkan hasil. Siapa sahaja yang tidak kenal dan tidak mahukan Ilana Saramaia Razaleigh. Tetapi, belum pernah lagi ada yang berjaya untuk memikat dan memiliki Ilana.

Namun, baru-baru ini, bandar Kuching kembali kecoh dengan berita yang Emran dan Ilana akhirnya akan bertunang. Beberapa tahun lepas memang ada ura-ura yang tersebar, namun tidak pernah pula pertunangan itu terjadi. Dan hal ini telah disahkan oleh Emran sendiri beberapa minggu lepas, dalam masa empat bulan lagi, dia dan Ilana akan bertunang.

"Cakap nak bertunang, kau nak runsing apa lagi Em? Kira dah kau punya dah," ujar Izz seraya memeriksa beberapa batang golf miliknya.

Emran senyum nipis, namun tetap sahaja wajahnya kelihatan kelat. Kalaulah semuanya semudah itu. Bertunang dengan Ilana tidaklah bermakna seratus peratus Ilana akan terus sahaja menjadi miliknya tanpa syarat.

"Memanglah, tapi aku masih kena pikat dia, lembutkan hati dia. Tunang tak semestinya aku confirm akan kahwin dengan dia tau?" kata Emran. Baru sahaja tadi dia dibebel oleh Abahnya, Pengiran Eskandar. Kalau tidak kerana bebelan Pengiran Eskandar tadi, mana mungkin dia ke driving range begitu awal.

Kata Pengiran Eskandar, sudah masanya untuk Emran berubah. Tiada lagi cerita tentang Emran mendampingi gadis keliling pinggang, tiada lagi cerita tentang parti liar Emran di seluruh bandar itu. Pengiran Eskandar mahu Emran untuk fokus kepada Ilana, lebih-lebih lagi dengan rancangan pertunangan yang akan berlangsung. Hati Ilana perlu dipikat, perlu ditawan dan perlu dilembutkan agar menerimanya dan memastikan yang pertunangan itu akan terus ke jinjang pelamin.

Kata Pengiran Eskandar lagi, terlalu banyak yang bergantung dengan penyatuan Emran dengan Ilana. Lebih-lebih lagi untuk kemajuan empayar Senecaoil. Jika Emran dan Ilana berkahwin, maka partnership Senecaoil dengan Musaerna boleh berubah menjadi sebuah merger menjadikan Senecaoil mampu untuk melebarkan sayap ke peringkat global. Cita-cita Pengiran Eskandar begitu besar untuk Senecaoil, lebih-lebih lagi dengan pengaruh syarikat konglomerat antarabangsa seperti Musaerna.

"Relax lah Em. Kau perati je dulu, aku sure kau akan dapat lembutkan hati dia. Lagipun, dia nak lari ke mana? Dah terang-terang akan jadi tunang kau pun kan? Kalau dah seluruh Kuching ni tahu dia bakal tunang Awangku Emran Emir, takkan adalah orang lain yang berani potong jalan. Come on lah bro," ujar Izz, meyakinkan Emran. Emran tersenyum simpul.

CIKLET: Telah Ku Janji SelamanyaWhere stories live. Discover now