Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dor.. Dor..
Laju sahaja kaki panjang milik Danish melangkah untuk mendapatkan tuan mudanya. Dia yakin bunyi tembakan itu datang daripada atas.
"Tuan muda! " mata Danish membulat kerana terkejut apabila melihat sekujur tubuh yang kaku di atas lantai serta dipenuhi dengan darah. Kepala lelaki itu ditumbusi peluru senjata api.
"Kenapa kau naik? " Soal Ray Muzam apabila melihat anak buahnya yang berdiri kaku melihat mayat yang baru sahaja ditembaknya. Siapa lagi kalau bukan orang suruhan musuhnya.
"Dah aku dengar bunyi tembakan. Kau fikir aku senang duduk ?" Marah lelaki itu.
"Jangan risau, kau pun tahu kan siapa yang menang? " sinis setiap perkataan lelaki itu.
"Jangan sombong.. "
"Bukan sombong, tapi aku takut kalau kau yang cedera nanti. Aku tahu kau tak gila macam Veron dan Zarif. Kau lebih suka lawan tangan kosong daripada gunakan senjata. Buktinya, sekarang kau tangan kosong kan? Macam mana kalau kau naik tapi aku yang baring kat situ? Tak ke kau pun mati? Sebab tu aku suruh kau tunggu bawah tadi. Sebab aku dah rasakan sesuatu dalam rumah ni. " teran Ray panjang lebar.
Danish memasukkan tangannya ke dalam jaket yang dipakainya, betul tekaan tuan mudanya. Dia tidak membawa sebarang senjata sama ada pistol atau pisau.
"Kau patut risaukan diri kau dulu Danish" Ray Muzam melangkah ke arah tangga untuk turun sebelum tangannya menekan-nekan skrin telefon mahal miliknya.
"Hello? " sapanya kepada orang di hujung talian.
" I need your help now. " talian dimatikan sebelum dia berpaling ke belakang.
"Kau tak bayah sentuh bangkai tu. Tu bukan kerja kau, nanti ada orang lain akan uruskan. "
"Baiklah Tuan Muda Ray Muzam" dia berlari anak membontoti tuan mudanya yang lebih dahulu menuruni anak tangga itu.
"Tempat ni tak selamat untuk bakal isteri aku, kita pindah rumah Ainina... "
"Huh? Maksud tuan? "
"Rumah yang aku bina untuk Ainina dulu untuk kami bina kebahagiaan bersama.. "
"Ermmm baik tuan muda"
…
"Macam mana kalau laki aku tu betul-betul orang tua Rin....! "
"Kau dah kenapa? Rosak lah make up kau nanti! " marah Erin apabila sahabatnya itu tidak duduk diam.
"Kalau betul-betul orang tua macam mana? "
"Ish kau ni, tak mungkin lah orang tua. Umi dan ayah kau tahu pilihan terbaik untuk anak dia, jadi jangan takut okay? " Maya Akasya hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia mengenakan tudung pada kepalanya.