Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Abang, Yaya ngiga pulok doh! " Jerit Mak Niza apabila melihat Maya Akasya meronta-ronta di atas katil.
"Ya Allah budok ni, pukul tige duk ngiga lagi ke? " (Ya Allah budak ni, pukul tiga pun mimpi lagi? "Pantas Pak Kasim memeluk tubuh Maya Akasya. Tubuh gadis itu basah dipenuhi keringat. Wajahnya turut memucat, bibirnya kebiruan.
"Gi ambik air kat dapur. " (Pergi ambil air di dapur). Arah Pak Kasim kepada isterinya.
Mak Niza hanya mengangguk lalu bingkas bangun dari duduknya itu. Dalam masa yang sama, Pak Kasib sibuk membisikkan bacaan ayat kursi pada telinga Maya Akasya. Sekali-sekala ditiup pada telinga gadis itu.
"Yaya, bakpe jadi gining ni? " (Yaya, kenapa jadi macam ni?) Soal Pak Kasim apabila anaknya masih lagi meronta-ronta. Dalam masa yang sama, air matanya mengalir deras.
"Abang, ni air. " Mak Niza menghulurkan air yang diisi ke dalam cawan sebelum dibacanya selawat dan beberapa potong ayat Al-Quran.
Setelah itu, air direnjis beberapa kali pada wajah Maya Akasya. Beberapa detik kemudian..
"Maya!? " Panggil seseorang dari luar bilik membuatkan gadis itu membuka matanya, luas.
"Awak! " lupa dirinya baru sedar daripada tidur, gadis itu terus bangun dari katilnya lalu mendakap tubuh lelaki yang ada di hadapan matanya itu.
Namun, kakinya belum sempat menyeimbangi tubuhnya lalu terjatuh. Nasib baik Ray Muzam mendakap tubuh gadis itu erat.
"Tak nak tidur dah, saya takut.. " Tangis gadis itu sambil menyembamkan seluruh wajahnya pada dada bidang suaminya.
"Nasib baik umi tak kunci pintu. " Kata uminya sambil mengusap lembut tubuh puterinya itu.
"Terima kasih umi sebab beri tahu semua ni petang tadi, kalau tak.. "
"Tak apa Ray, kami tahu Ray sibuk. " potong Pak Kasim.
"Umi dan Ayah jaga Maya waktu Ray tak ada pun dah cukup bersyukur. Terima kasih sekali lagi. " Ray Muzam mendukung tubuh isterinya seperti bridalstyle.
Ray meletakkan tubuh kecil itu di atas katil sebelum menyelimuti gadis itu.
"Umi dan ayah keluar dulu. " Ray Muzam hanya menganggukkan kepalanya.
"Kenapa kau datang? " Soal Maya Akasya yang sedikit mengejutkan Maya Akasya.
"Elelelele, comel je dia nak berkau aku dengan aku. Kau ingat lawak? Tadi bukan main nangis, lepas tu acah-acah kuat lah sekarang ni? Aku tahu lah, kau tak boleh tidur tanpa bantal peluk kau ni. " Kata Ray Muzam beserta tawa.