Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kak, yogurt ni dah habis ke? " Marsya menanyakan itu kepada penjaga kedai.
"Abang tu dah borong dik. " katanya sambil menunjuk ke arah lelaki yang membelakangi mereka berdua.
"Abang? Yang tu ei? " Penjaga kedai hanya menganggukkan kepalanya.
"Encik, saya nampak awak ada lima yogurt tu. Kalau boleh lah kan, berbaik hati sikit je. Beri saya satu. "
"Tak boleh, ni aku punya. "
"Eh, kejap. Kenapa macam familiar. " "Memang aku familiar pun, sebab nanti aku pun akan masuk ke dalam family kau. " Buntang mata Marsya apabila melihat lelaki yang berada di hadapannya kini.
"Maaf, saya tak sihat ni. Saya tak jadilah nak beli yogurt tu. " Marsya mengurut-ngurut dahinya.
'Dia dah tak ada, jangan fikir bukan-bukan Mar. Dia dah tak ada, tolong ingat balik yang dia dah tak ada. ' Gumam Marsya.
"Marsya, kau dah lupa janji kau ke? Aku dengar ada orang tu terima aku untuk jadi imam dia. "
"Apa encik merepek ni, saya tak nak jadi makmum siapa-siapa. Imam saya dah lama tak ada dekat dunia ni, jadi encik jangan dekat dengan saya. " amarah Marsya.
"Hoi, rantai aku mana? "
"R-rantai? " soalnya bingung.
"Rantai aku, aku nak beri sendiri dekat kau dari tangan ke tangan. " Jawab Danish Hazik.
"D-Danish? Danish Hazik!? "
"Ya lah tu, Danish mana lagi yang kau kenal ni sayang? "
"Tapi awak.. "
"Aku hidup lagi Marsya. "
"Tak mungkin, kubur awak. "
"Kubur boleh dipalsukan ukhti. "
"Danish. " Danish sempat menyambut Marsya yang hampir terduduk itu.
"Eh,Adik! Kenapa ni? "
"Maaf kak, cuba cari kerusi untuk dia. Isteri saya ni tak sihat sikit, maklumlah lamat tak jumpa jadi terkejut tengok bidadara kat depan mata. " Katanya dengan nada bergurau.
"Ish dia ni, tak apa kak. Saya okay je. " halang Marsya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.