4.Pinang

2.8K 97 11
                                        

    Air mata Maya mengalir deras tidak berhenti seakan tiada hari esok

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


 
  Air mata Maya mengalir deras tidak berhenti seakan tiada hari esok.  Dia melihat batu yang tertulis nama yang dia kenali.  Wanita yang baik,  sangat baik seperti bidadari.  Mata dia kalihkan pada jururawat yang setia menemaninya itu.

  "Akak,  Yaya balik dulu.  Lepas habis belajar nanti Yaya datang sini balik okay? " tangan kecil gadis itu bermain-main dengan batu kecil yang berada di atas kubur itu.

  "Maya,  jom nanti hujan ." Maya Akasya hanya mengangguk lalu dirinya dipimpin oleh jururawat itu.

  Sebelum keluar daripada pintu pagar tanah perkuburan itu,  dia melihat kubur itu sekali lagi sebelum senyuman nipis diukir pada bibir merah delima itu.

  'Nanti Yaya datang lagi... ' desis hati gadis kecil itu.

END FLASH BACK

  "Awak demam ni! " Maya menolak tubuh besar lelaki itu daripada cuba untuk bangun.

  "Kalau aku demam pun, apa kaitan kau!? " Jururawat yang berada di belakang sedikit mengundur,  takut mungkin kerana wajah lelaki di hadapannya itu memerah.

  Sedang ralit mereka berdua bertekak,  salah seorang daripada anak buah Ray Muzam sudah mengacukan senjata apinya pada Maya Akasya.  Namun,  yang lain masih fokus kepada perbalahan mereka berdua.

  Tangan Maya digenggam kuat oleh Ray sehingga gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan.  Geram dengan tindakan lelaki itu,  tangan kiri gadis itu dihayunkan untuk menampar lelaki itu.

  Sekelip mata semua orang terdiam termasuklah Ray Muzam.  Belum sempat Maya melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu,  Ray dahulu yang melepaskannya sebelum badan lelaki itu tidak bermaya lalu jatuh ke hadapan dan sempat Maya memeluk tubuh lelaki itu.

  "Kau buat apa ni perempuan!!  " Jerit Veron yang mengacukan Glock miliknya ke arah Maya Akasya.  Hari ni mungkin hari terakhirnya bergelar doktor,  mungkin hari terakhir bergelar manusia?

  "Dia yang mula dulu lah!  Aku nak rawat dia je... "

  "Jadi,  dengan cara menampar kau boleh dikira merawat dia lah?  " tanya Zarif yang menapak ke arah tuan mudanya.

  "Tak payah banyak cakap,  kita tembak je betina ni macam doktor tadi,  semua doktor dekat sini memang nak bunuh tuan muda! " jerkah Vito sebelum picu pistol ditarik lalu...

Dor... Dor...

  Dua das tembakan dilepaskan

  "Vito! " jerit anak-anak buah Ray Muzam yang lain hampir serentak.

  Mata Maya ditutup rapat.  Tidak terasa peluru membusi badannya namun bahang daripada tubuh seseorang menyapa pipinya.  Setelah sedar,  membulat mata gadis itu apabila kini dia berada di atas katil pesakit serta dipeluk oleh lelaki yang ditamparnya tadi.

DARK MAFIA[C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang