48.Start

1.4K 45 1
                                        

  Veron Kaiser dan Zarif Amsyar tergesa-gesa menuruni anak tangga

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


  Veron Kaiser dan Zarif Amsyar tergesa-gesa menuruni anak tangga.  Mereka berdua telah menarik perhatian siapa sahaja yang berada di ruang tamu rumah milik Marsya itu.  Maklumlah, buat masa sekarang mereka perlu berpindah randah.  Mudah untuk mengelirukan musuh mereka.

  "Dah kenapa? " Soal Marsya yang sedari tadi sibuk menyusun pinggan mangkuk untuk makan nanti.

  Maya Akasya pula baru sahaja keluar dari dapur bersama sekuali nasi goreng dan ayam goreng campur.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  Veron Kaiser memicinkan matanya untuk mencari seseorang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  Veron Kaiser memicinkan matanya untuk mencari seseorang.

  "Cari siapa? " Tanya Maya Akasya pula.  Hairan dengan perangai mereka ini,  dia yang sedang bawa janin enam bulan tapi mereka ini pula yang terlebih sibuk.

  "Cari Lay" jawab Veron,  pantas. Serentak pandangan mereka berdua pabila mendengar suara Lay Muzam.

  "Aku dekat sini,  kenapa? " Lay Muzam baru sahaja keluar dari dapur.  Mungkin dia juga menolong Maya Akasya dan Marsya untuk memasak.  Maklumlah,  Erin sudah mula bekerja manakala Maya dan Marsya bekerja petang nanti.

  "Ada news yang kau perlu tahu." Zarif Amsyar memdekati Lay Muzam lalu menunjukkan layar telefonnya.

  Lay Muzam melihat dan meneliti apa yang ditunjuk Zarif.  Sekelip mata riaknya berubah.

DARK MAFIA[C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang