37.Tuan Muda!

1.6K 52 1
                                    

  "Mama baru je nak bermanja dengan Maya,  Ray dah nak bawak dia pergi dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Mama baru je nak bermanja dengan Maya,  Ray dah nak bawak dia pergi dah. " Rungut Datin Amna Nafisah sambil dimain-mainkan jari tangan kanan menantunya itu.  Sekali-sekala dia mengusap lembut cincin yang berada di jari manis Maya Akasya beserta senyuman.

  "Ma,  nanti Maya datang lagi.  Maya janji akan ambik cuti setiap minggu untuk keluar dengan Mama.  Mama jangan sedih,  nanti Maya pun ikut sedih. " Pujuk Maya Akasya lalu memeluk tubuh tua itu.

  "Maya jaga diri ya sayang? " Pesan Datin Amna Nafisah sambil mengusap lembut belakang tubuh Maya Akasya.

  "Mama jangan risau,  Ray ada untuk jaga Maya.  Maya dah jadi tanggungjawab Ray,  tak akan Ray sia-siakan dia.  Ray akan pastikan nanti mama akan selalu jumpa Maya.  Ray janji. " Pujuk Ray Muzam pula.

  "Terima Kasih sebab singgah sini.  Nanti jangan lupa datang sini lagi ya?  Maya pun,  kalau Ray sibuk dan tak nak layan Maya atau dia malas nak hantar Maya,  Maya datang je sendiri.  Kalau dia marah,  mama marah dia balik.  Ya sayang? " Kata Datin Amna Nafisah lagi.  Sungguh sayang dia kepada isteri anaknya ini.

  "Kalau ada masalah,  Ray dan Maya jangan lupa untuk berbincang dengan baik.  Ray,  jangan selalu tangan-tangankan Maya ya?  Ingat pesan papa,  tak akan nampak hebat pun seorang lelaki itu kalau suka pukul perempuan. " Dato' Fairuz bersilih ganti memandang anak dan menantunya itu.

  "Maya pun,  kalau ada masalah jangan lupa report dekat papa dan mama.  Jangan takut untuk bersuara ya?  Kamu kena selesa dengan kami,  sebab kami berdua ni ibarat mak dan ayah kandung kamu Maya. " Sambungnya lagi.  Kepala Maya yang berlapit tudung bawal itu diusap perlahan.

  Ray Muzam sambung mengangkat barang-barangnya dan Maya Akasya.  Tidak lupa dengan pemberian papa dan mamanya.

  "Ray,  jangan lupa pesan dekat Maya untuk makan dan minum secukupnya.  Nanti senang lekat sikit. " Pesan Datin Amna Nafisah sambil menututup mulutnya.

  "Eh,  awak ni sempat pulak mengusik Maya ya!? "

  "Benda baik,  bukan saya suruh Ray campak Maya dari tingkat dua bangunan pun. " Jawab Datin Amna Nafisah,  selamba.

  Ray Muzam dan Dato' Fairuz hanya mengilingkan kepala melihat telatah Datin Amna Nafisah itu.

  "Kami balik dulu. " Ray Muzam menghulurkan tangan untuk bersalam dengan papa dan mamanya lalu diikuti dengan Maya Akasya.

  Jay Muzam?  Budak tu entak ke mana perginya.  Dari kelmarin belum pulang,  mungkin menetap di asrama.

  "Mama.. Papa..  Maya pergi dulu ya? " Pamit Maya Akasya.

  "Ray pergi dulu,  kalau panjang umur... " Ray memandang kedua insan yang telah membesarkannya itu.

  "Ray akan datang lagi. " Sambungnya lagi.  Terasa tidak mahu berganjak dari rumah ini.  Berat hati untuk pergi daripada halaman rumah ini,  namun banyak perkara yang perlu disiapkannya.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now