41.Anemia?

1.4K 41 2
                                    

  "T-tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "T-tuan.. " Panggil wanita itu lalu menundukkan wajahnya.  Kali ini dia betul-betul takut dengan wajah beku itu.

  "Maaflah encik,  isteri saya ni memang tak tahu nak hormat orang.  Dah tahu kawasan macam ni,  tetap nak meroyan.  Dah,  jom kita pergi. " Kata lelaki itu lalu menarik lembut lengan isterinya. 

  Namun,  tubuh itu tidak berganjak apabila turut ditarik oleh Ray Muzam.

  "Tunggu,  kau nak bawa dia ke mana? " Soal Ray Muzam sambil mencerlung ke arah lelaki asing itu.

  "Saya nak redakan suasana.  Mungkin isteri saya ni dah banyak mengganggu orang di hospital ini,  jadi lebih baik kalau saya bawa dia pergi dari hospital ni. " Jawabnya sambil mencuba untuk menarik isterinya itu beberapa kali walaupun Ray Muzam masih tidak melepaskan mereka.

  "Tinggalkan anak waktu sakit?  Bapak jenis apa kau ni? " Kata Ray Muzam namun masih dalam nada tenang dan bercampur tegas.

  "A..anak.." Kelu.  Itu sahaja yang mampu dikatakan ketika itu.  Semua orang hanya memandang dan tidak berani masuk campur.  Silap hari bulan,  kepala diorang yang hilang.

 
  "Kau ingat aku tak tahu siapa kau?  Berani tunjuk diri kau kat sini ya? " Ray Muzam senyum sinis kepada lelaki itu lalu membaiki kedudukan bajunya yang sedikit tidak kemas itu.

  "Kau ingat aku tak tahu,  dari tadi perempuan ni duk meroyan cakap bayaran hospital mahal dan tak mampu bayar padahal dia ni cikgu menengah di sekolah kerajaan.  Waktu bercakap dengan aku,  bukannya dia pandang aku tapi pandang belakang aku dan ke bawah.  Kenapa agaknya ya? " Sengaja ditanya untuk bermain dengan psychology lelaki di hadapannya itu.

  "Pandang belakang aku sebab dia takut kau apa-apakan dia kalau salah cakap dan pandang bawah bila dah takut sangat.  Dari tadi lagi aku perasan keberadaan kau,  kau bukan cedera teruk sangat pun kan?  Jadi kau boleh awasi isteri kau dari jauh.  Selain itu,  aku juga tahu yang kau ini salah seorang daripada sindikit yang menjalankan kegiatan perdagangan kanak-kanak.  Jadi,  budak tu kau bawak lari untuk dijual kan? " Tajam sahaja mata helang itu menikam mata lelaki di hadapannya.

  "Kau dah diburu,  menyerah je lah.  Aku akan pastikan hukuman atau denda yang dikenakan akan ringan.  Aku juga harap kau dapat baiki diri dan bertaubat dekat dalam sana.  Jadi.. "

  "Pandai betul Tuan Muda Ray Muzam ni.  Dah lah pandai,  teliti, kacak lagi tapi sayang kau tak peka! "

ZAPP!

  Satu tikaman pisau belati singgah di perut Ray Muzam.  Membulat mata Ray Muzam menahan sakit yang tiba-tiba tanpa diundang menyerang tubuhnya itu.

  "Ray! " Jerit mereka semua serentak.

  "Sial!" Lay Muzam yang baru tiba bersama Jay Muzam terus mendekati abangnya itu.  Tangannya pantas menumbuk dan menolak tubuh lelaki itu.

  "Abang! "

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now