15. Lay Muzam (2)

2.2K 79 8
                                    

"Panggil Lay, Lay Muzam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Panggil Lay, Lay Muzam. " Maya terkedu melihat lelaki di hadapannya. Dia hanya mengangguk tanda respon.

"Kau siapa? " Maya memandang mata hijau gelap milik lelaki itu. Cantik, sungguh cantik.

"Maya Akasya. Tapi orang panggil Maya je, kalau lebih mesra boleh panggil Yaya. " Maya mengukirkan senyuman manisnya kepada lelaki nama Lay itu.

"Sekejap, Muzam? " Maya Akasya menggaru-garu dagunya yang tidak gatal itu.

"Aku adik Ray lah. Ray Muzam, kau doktor peribadi dia ke? Ya lah, aku tengok gaya kau macam doktor je." Maya Akasya tersengih mendengar itu. Baru sahaja dia ingin bercakap.

"Bila kau sampai? " serentak mereka berdua mengarahkan perhatian pada pemilik suara yang berada di atas tangga.

"Hey brother! How are you dude? Long time not see! " Lay Muzam mendekati abangnya sebelum tubuh lelaki itu dipeluk erat tubuh sasa itu.

"Bila kau sampai? " Soal Ray Muzam lagi dengan wajah datarnya.

"Kau ni kan, dah 3 tahun aku tak balik tak kan perangai tu tak nak ubah. Tak ada sedikit pun ke rasa rindu tu pada aku? " Lay Muzam memuncungkan bibirnya.

"Aku tanya ni Lay.. " Pertanyaan lelaki itu kini bertukar rentak, lebih serius dan matanya direnung tepat pada mata adiknya.

"Hurm, malas aku layan kau ni. Tegang sangat ni, nak pergi mana? At the end dalam kubur juga" Lay Muzam berjalan menuju ke dapur.

Maya Akasya melihat suaminya yang menahan marah itu terus memegang lengan Ray semelum ditarik lembut ke dapur.

"Saya ada beli makanan, jom." Ajaknya beserta senyuman yang tidak pernah lekang itu.

"Aku tak lapar Maya. " Ray Muzam melepaskan pegangan Maya namun Maya Akasya lebih pantas memeluk satu lengan itu.

"Belum cuba belum tahu lah awak. Mesti sedap dan saya yakin sangat yang awak suka." Lengan lelaki itu sekali lagi ditarik oleh Maya Akasya.

"Duduk. " Arah Maya pada Ray Muzam.

"Lay, duduk lah sini. " Lay yang sedang meminum air susu di hadapan peti sambil berdiri itu hanya mengangguk.

"Nanti saya hidang ni. " Maya menunjukkan beberapa makanan yang dibelinya tadi.

"Okay doctor " Maya tergelak kecil melihat gelagat kekanak-kanakan adik iparnya itu.

Maya laju sahaja meletakkan makanan yang berbungkus di dalam kotak ke dalam pinggan. Kesemuanya makanan manis , penambah berat badan.

Maya Akasya juga membancuh air untuk diminum suaminya dan adik iparnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now