30.Gagal

1.9K 66 2
                                    

  Maya Akasya hanya mampu berdesis apabila pipinya itu ditampar kuat oleh sepupunya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  Maya Akasya hanya mampu berdesis apabila pipinya itu ditampar kuat oleh sepupunya sendiri.

  Beberapa saat kemudian,  muncullah Miera beserta beberapa ahli keluarga Maya Akasya termasuklah Haikal.

  Ray?  Entah kemana lelaki itu,  kerana bila dicari di situ tiada pula kelibatnya.

  "Tengoklah budak ni,  kan Miera dan Siti dah cakap dulu.  Jangan biarkan Maya belajar tinggi-tinggi terutamanya ke luar negara.  Ni lah akibatnya,  pergaulan bebas sampai terjebak dengan penagihan dadah.  Nasib kami jumpa,  kalau tak duk sanjunglah betina ni sampai mampus. " Kata Miera,  lancar.

  Siti yang berdiri di sebelah Maya Akasya tersenyum sinis sambil mengibas-ngibas plastik kecil di tangannya.

  "Kalau semua nak bukti,  ni buktinya. " Tambah Siti yang membuatkan semua orang terkejut.

  "Maya,  apa yang kamu dah buat ni nak?" Tanya Puan Niza sambil menekup mulutnya,  menahan sebak.

  "U-ummi...  Ma-ya t-tak bu-buat. " Kata Maya Akasya sedikit tersekat kerana terbatas antara kewarasan dan tidak.

  "Bukti dah ada, boleh kita bawa ke balai. " Kata Siti dengan tegas.

  "Tapi,  tadi bukan ke plastik tu ada dekat tangan Siti?  Siti yang kasi dekat Yaya dadah tu kan? " Soal Haikal,  hairan.

  "Eh,  abang Haikal ada bukti yang Siti pegang ni?  Tak ada jangan banyak cakap.  Tak payah nak bela sangat betina ni lah bang! " Marah Siti apabila Haikal ingin mengganggu rancangannya.

  "Tapi betullah,  tadi aba.. "

  "Tak payah nak bela sangat isteri kamu yang tak jadi tu Kal,  bukti dah di depan mata.  Kenapa nak sangkal lagi? " Sapuk Mak Long menyokong anaknya itu.

  "Tapi Mak Long,  Kal sendiri nampak plastik tu kat tangan Siti.  Kal tak kisah sebab... "

  "Kamu tak payah nak putar belik cerita,  sekarang ni kita sama-sama bawak budak tak guna ni ke balai polis.  Biar merempat dalam penjara! " Potong Mak Ngah pula tanpa memberi kesempatan kepada Haikal untuk bercakap.

  "Maya tak buat... " Sayu sahaja suara itu apabila tubuhnya cuba diangkat oleh Siti dan Miera.

  Namun,  aktiviti mereka terhenti apabila ada bunyi tapak kaki yang datang mendekati mereka semua.

  Ray,  ya Ray Muzam melangkah mendekati Maya Akasya.  Matanya tajam memanah anak mata Maya Akasya yang separuh sedar itu.

  "A-abang,  percaya Maya... " Rayu Maya Akasya.

  "Halah,  kau tengok sekarang ni.  Siapa yang nak bela kau?  Laki kau sendiri pun tak percaya kau lah! " Kata Mak Long sambil menolak-nolak kepala Maya Akasya.

  Tiba-tiba sahaja tangan Mak Long digenggam kuat lalu direntap oleh Ray Muzam.

  Mata tajam itu perlahan bergerak melihat ke arah Mak Long yang kesakitan.  Wajah Ray Muzam datar pada waktu itu.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now