9.Kantoi

2.5K 83 6
                                        

  "Kenapa muka akak lebam?"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  "Kenapa muka akak lebam?"

  Maya memalingkan mekanya pada Ray Muzam yang baru sahaja meneguk air yang diberi mamanya.

  Terpantul dalam anak mata Ray Muzam lebam yang terdapat pada tepi bibirnya.

  Membulat mata Ray apabila melihat lebam yang biru itu.  Otaknya ligat mencari idea untuk menjawap nanti.

  "Oh,  yang ni ke?  Biasalah jatuh tangga dekat tempat kerja.  Abang dah suruh hati-hati waktu bekerja,  tapi tetap cuai. " jawap Maya,  tenang.

  Ray melihat wajah isterinya,  sangat tenang menjawap malah membela dirinya.

  "Betul ke jatuh tangga?  Biru sangat ni Maya. " mamanya berdiri mendekati anak dan menantunya itu.

  "Ya,  betul Ma.  Kenapa?  Daha tak cantik ke? " soal Maya Akasya sambil memegang wajahnya.

  "Tak ada lah sayang,  cantik je.  Menantu mama memang cantik" kata Datin Amna Nafisah sambil mengusap lembut belakang tubuh menantunya.

  "Nanti mama kasi ubat ya" Maya hanya mengangguk dan tersenyum manis melihat gelagat mamanya itu.

  "Aku.. " Ray terhenti daripada bercakap sebelum menyambungnya balik.

  "Abang naik atas dulu,  nanti sayang naik lah ya? " Maya hanya mengangguk sebelum dia bangun untuk menyimpan pinggan dan mangkuk yang diguna mereka tadi.

  "Ma,  Maya naik atas dulu ya?  " Datin Amna Nafisah hanya menganggukkan kepalanya sebelum masuk ke dapur.

  "Akak,  mari Jay tunjuk jalan masuk bilik abang" Maya hanya membontoti Jay yang sedang menaiki tangga itu.

  "Tu bilik abag Ray,  sebelah tu bilik abang Lay dan sini bilik Jay.  Saja cakap walaupun akak tak tanya" mereka berdua tergelak bersama.

  Maya melangkah masuk ke dalam bilik suaminya sebelum bergerak ke arah beg pakainnya untuk mandi dan memakai baju tidurnya.

  Maya mencari baju tidur kelawar kegemarannya yang dibeli dari Pasar Payang, Terengganu.

  "Ni pun kau" maya gembira menjumpai bajunya.  Jam di dinding dilihat patutlah terasa mengantuk,  sudah pukul  1 pagi.

  Dia berjalan ke arah bilik mandi,  namun matanya terlihat sekeping gambar yang bersaiz A4 di atas sebuah meja.  Laju pula langkahnya ke arah gambar tersebut.

  Senyuman terukir pada wajah gadis ini,  gambar yang dilihat ialah gambai Kak Ainina kesayangannya.

  Dia mengangkat gambar yang cantik berbingkai kaca itu.  Ditilik dan ditenung gambar itu sebelum tiba-tiba pintu bilik mandi dibuka dan mengejutkan Maya.

  Sekelip mata sahaja bikar kaca yang melindung gambar itu pecah kerana terlucut daripada genggaman Maya.

  "No! " jerit Ray Muzam tebelum dia mendekati gambar arwah tunangnya itu.

DARK MAFIA[C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang