17.Musuh?

2K 71 4
                                    

     Setelah beberapa hari Maya Akasya berada di hospital,  dia dibenarkan untuk pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


 
   Setelah beberapa hari Maya Akasya berada di hospital,  dia dibenarkan untuk pulang.  Maya Akasya menunggu kedatangan adik iparnya itu.

  "Eh,  hye miss meow!" Sapa Danish Hazik yang masuk bersama Lay Muzam.

  "Eh,  kau buat apa kat sini?  Menyibuk lah. " Marah Marsya yang sibuk mengemas barang Maya Akasya.

  "Aku kan pembantu paling setia Puan Muda Maya Akasya,  sudah tentulah perlu ada dekat sini. " Katanya sambil melemparkan senyuman manisnya itu kepada Maya Aksya.

  "Maya,  baju kau semua aku lipatkan.  Kalau ada apa-apa masalah,  nanti call lah aku ya? " Marsya meletakkan beg milik Maya Akasya sebelum keluar daripada bilik itu diikuti Erin.

  "Ta.. Ta..  Miss meow! " Marsya yang mendengar itu hanya menghadiahkan jelingan tajam pada Danish Hazik.

  "Ish awak ni,  suka betul menyakat ya? " Maya menepuk lembut bahu Danish Hazik.

  "Kalau tak menyakat macam ni,  nanti tak mesra puan. He.. He.. He.. " Danish menggaru garu puncak hidungnya.

  "Tolong bawakkan barang saya.  Saya nak jumpa doktor sekejap. " Maya turun dari katil lalu bergerak ke pintu.

  Danish Hazik hanya mengangguk kepalanya mendengar arahan puan mudanya itu.  Dia mengambil semua barangan yang dikemas Marsya tadi lalu mengikut puan mudanya berjumpa Doktor.

  "Ni,  rumah siapa? " Tanya Maya Akasya kepada Danish Hazik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Ni,  rumah siapa? " Tanya Maya Akasya kepada Danish Hazik.

  "Maaf puan,  saya diarahkan Tuan Muda Lay Muzam untuk hantar puan muda ke sini.  Saya hanya menurut perintah,  maafkan saya sekali lagi. " Jawab Danish Hazik dengan keadaan kepalanya ditundukkan.

  "Kalau Lay yang arahkan,  saya okay sahaja. " Maya Akasya menghadiahkan senyuman manis kepada Danish Hazik.

  Mereka dikejutkan dengan ketukan kuat dari luar pintu.  Tersemburlah wajah Veron Kaiser yang tersengih seperti kerang busuk.

  "Kau nak ape bab... "

   "Eh,  Danish!" Potong Maya Akasya apabila sedar yang anak buah suaminya itu ingin mengeluarkan perkataan kesat.

DARK MAFIA[C]Where stories live. Discover now