Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya...
Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu..
__________________________________________________________________________________
"Jangan mati lagi , aku bel...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Aku nak letak dekat mana barang ni semua? " soal Ray Muzam sambil membawa beberapa beg milik Maya Akasya.
"Ikut sini, nanti awak letak depan pintu je. Sebab tu bilik doktor perempuan, takut ada yang tengah tidur dalam tu. " Maya masih meneruskan perjalanannya tanpa memandang ke arah Ray Muzam.
"Nah. " Ray meletakkan barangan yang dipegangnya di atas lantai sambil melihat sekeliling, sunyi.
"Thank you. " Maya mengangkat barangan itu lalu diletak ke dalam bilik yang disediakan untuknya dan beberapa doktor perempuan lain.
"Done? " Soal Ray Muzam apabila melihat Maya Akasya yang sudah keluar daripada bilik itu.
"Dah. " Jawab Maya, ringkas.
"Kau nak pergi mana? Aku nak ikut. " Ray Muzam membontoti Maya Akasya yang mengatur langkah tanpa tujuan itu.
"Janganlah, awak kan kerja hari ni. Saya nak buat kerja ni, dah lama sangat cuti. " Laju sahaja langkah fiatur oleh doktor muda itu.
"Siapa cakap aku kerja? Danish tak ada, so aku malas pergi kerja. " Ray Masih berada di belakang Maya Akasya.
"Awak, saya takut doktor senior marah nanti. " rayu Maya Akasya yang sudah menghentikan langkahnya lalu memandang Ray Muzam.
"Berani dia marah orang yang buka hospital ni? " Soal Ray Muzam, tenangng.
Maya Akasya sudah mengerutkan wajahnya. Dia seakan memikirkan sesuatu.
"Hospital ni, aku punya. Kalau kau nak tahu, aku buka hospital ni sebab strategik. Dekat dengan kawasan aku kerja, jadi senang lah aku nak ubatkan luka kalau jadi apa-apa. "
"Awak tipu eeeei? "
"Kau ingat, cuti kau berminggu-minggu tu siapa yang benarkan kalau bukan aku? " terus berubah riak wajah gadis itu.
"Maknanya, pesakit VVIP yang selalu diceritakan Marsya... "
"Akulah tu. " Potong Ray Muzam. Dia hanya senyum melihat wajah keliru Maya Akasya.
"Nanti kau fahamlah. " Ray Muzam melangkah mendahului Maya Akasya. Gadis itu hanya menunduk, terasa seperti aneh.
Oleh kerana dia berjalan dalam keadaan tunduk, Raya Muzam yang berhenti tiba-tiba itu dilanggarnya tanpa sengaja.
"Awwwww" Maya menggosok dahinya, belakang badan lelaki itu agak keras dan menyakitkan dahinya.
"Eh, dah kenapa kau langgar? " Soal Ray Muzam lalu menggosok bahagian dahi Maya Akasya. Hampir sahaja dia ingin menghamburkan tawa, namun tidak jadi kerana kesian.
"Lain kali, jalan tengok depan. Kan dah dapat sakit. " ditiup-tiup dahi gadis yang berada di hadapannya itu.
Aktiviti mereka menjadi tarikan banyak mata yang berada disitu, ada sekumpulan gadis yang bergosip, ada yang sedang makan namun terhenti ada juga yang merenung dengan mulut yang terbuka. Lawak betul riaksi mereka semua.